farhana mohamad: Ensiklopedia Solat dari Harith - tq!

03 September 2014

Ensiklopedia Solat dari Harith - tq!

godek2 draft. ehh, terjumpa entry ni.
ingatkan dah post rupanya masih dalam draft.

aku ada join segmen dari blogger harith hari tu.
tak sangka pulak ada rezeki untuk hadiah saguhati.
kalau tak silap ada 4 orang kot yang terima hadiah saguhati.
hadiah saguhati pun dah meriah nau haa,
hadiah utama memang superb la harith kasi.

ni haa hadiahnya.
*pinjam gambar sat naa hencik google.
I is malas nak snap.heee

dari awal lagi harith dah bagitau hadiah saguhati tu adalah ensiklopedia solat. wahh. benda yang memang aku nak sangat2.
dah lama cari haa. kalau g bookstore asyik sold out je.

bila aku join sesuatu segmen @ giveaway, 
aku takde la menaruh harapan nak menang,
ramai kot join kan.
so tak payah letak harapan tinggi menggunung untuk menang, 
nanti frust tak berlagu. hihihi
aku join sekadar untuk memeriahkan segmen tu sambil2 kenal blogger2 lain.
alhamdulillah, ada rezeki kali ni.
abah aku khusyuk haa baca, aku pun tak sempat belek lagi.

terima kasih harith!
siap whatsapp lagi tanya dah dapat ke belum.
bagus betul harith ni.

btw, harith ada buat segmen baru.
cepat2 la join kalau nak hadiah dari harith.
harith nak kasi Wangian Gaharu Tahajjud (Yussof & Zulaikha).
menarik pula hadiahnya.
kalau sempat nanti sy join ye harith.
terima kasih lagi sekali!
semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

p/s: meriah pulak tengok abang2 kakak2 kbba join cabaran 30 hari.
aku takleh join sebab tak istiqamah dalam update blog.
#kelabbloggerbenashaari
#entrykelabbloggerbenashaari

12 comments:

  1. wahh..best ensiklopedia nih..tahniah..nilai yang kita dapat dalam sebuah buku lebih besar dari harganya kan...

    ReplyDelete
  2. wahhh bes hadiah nya...tahniah hana

    ReplyDelete
  3. singgah melawat farhana....tahniah dpt hadiah yg sangat berguna untuk bekalan kita di sana nnti.Insyallah

    ReplyDelete
  4. Ensiklopedia ni sangat bagus. Aaaa, bestnyaaa hadiahh.

    Scha dh masukkan farhana dalam bloglist scha. Aktif berblog yer :)

    ReplyDelete
  5. saya suka buku ni...sangat memberi inspirasi dan manfaat untuk kita...bestttt....fre lagi tu..rajin2 baca.. ;) dah follow farhana da....

    ReplyDelete
  6. banyak ilmu boleh kaut ni..
    singgah sini dear.. mamaniza.com

    ReplyDelete
  7. mmg ramai yang join cabaran 30 hari tue

    ReplyDelete
  8. Tahniahh...seronoknya dapat ensiklopedia tu...
    Manfaatkan baik-baik.. :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdullilah, dapat ni pun jadi lah. Berguna jugak :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. mmg best ensiklopedia ni...saya dah baca...alhamdulillah dapat hadiah tu..

    http://salimharmanain.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. tahniah..
    btw, kite ade satu.
    beli gune baucer 1 malaysia. hehe
    sgt berguna.
    tp a bit berat. haha

    ReplyDelete
  12. Wah.. tahniah ye, akhirnya hajat untuk memeliki tercapai juga.. dapt free lagi tue..

    Jemput follow sini plak http://aienlieyrusli.blogspot.com/

    ReplyDelete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign