farhana mohamad: nikmat apa lagi yang kau dustakan

Pages

09 April 2014

nikmat apa lagi yang kau dustakan

ke pasaraya petang tadi, dari dalam kereta aku nampak seorang pakcik tertunduk2 dan ditangannya ada satu plastik. memakai baju kemeja yang dah agak pudar warnanya. kelihatan teragak-agak nak masuk pasaraya. mungkin pakcik ni peminta sedekah, aku fikir. disebabkan nak cepat, terus aku masuk ke dalam pasaraya. abaikan dulu pakcik tu, dengan harapan bila keluar nanti dia masih ada kat situ.

tengah pusing2 dalam pasaraya, aku ternampak kelibat seseorang. owhh, pakcik tadi rupanya. sama macam diluar tadi, dia tertunduk2 dan sedang memegang plastik. dari jauh aku perhatikan, duduk di satu sudut untuk tengok apa yang pakcik tu sedang buat.

sentap!
Ya Allah. pakcik tu tengah kira duet dia.
duet syiling!
dia keluarkan satu plastik, tuang syiling ke dalam tapak tangan. sayup2 aku dengar dia mengira.

"seringgit. seringgit dua puluh sen. seringgit tujuh puluh sen."

AllahuAkbar. mata aku basah tiba2.

pastu dia keluarkan pulak plastik kedua dari kocek. duet syiling jugak. sambung mengira.

entah apa agaknya yang pakcik tu nak beli. cukup ke tidak duetnya. siapa lagi yang ada di rumah dia, cukup ke makan minum pakai diaorang. berharap untuk jumpa pakcik tu lagi.


p/s: heyyy, kau tak bersyukur lagi ke. masuk pasaraya pun takde kira2 duet sebab kau tahu duet kau cukup untuk beli barang. kadang kadang kalau nak beli barang, cari yang mahal, kualiti tinggi, nak yang semua tiptop. sedarlah sikit, masih ada yang kurang bernasib baik dari kita semua. nak beli barang tak berkualiti pun belum tentu cukup duet. kau bertuah Allah dah bagi nikmat kesenangan untuk kau. tapi itu pun tak abes2 mulut kau duk merungut itu ini. sekurang2 nya kau dapat rasa nikmat kesenangan tu.

Ust Badlishah, "kalau ikutkan hati kita, macam2 yang kita nak. tapi kita tak mungkin dapat semua yang kita nak tu. sekiranya kita tak dapat apa yang kita inginkan, maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada."

11 comments:

  1. Hubby K.Ma selalu pesan, kalau rasa kita susah pandang lah org yg lebih susah...kalau kita tiba2 sakit fikirkan org yg terlantar sakit..masa tu baru lah kita tahu dan rasa sgt bersyukur...segala yg Allah bg tu sbnrnya itu yg dittpkan utk kita..Alhamdulillah..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la kak ma. kadang2 fikir hidup kita ni dh susah, pdahal kat luar sana ada yg lebih susah dari kita. =(
      bila tgk yg lebih susah dri kita, bersyukur sgt dgn apa yg kita ada.

      Delete
  2. Replies
    1. T_T
      cukup ke duet pakcik tu nak beli barang. huhuu

      Delete
  3. kannn allahuakbar,apa rasa kalau itu ayah kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dpat bayangkn klu itu ayah sy kak sue. allahuakbar, sedar2 je airmata dh menitis
      T_T

      Delete
  4. aduilaaa..... kita selalu mengeluh kita susah.... ada lagi yang lebih susah dari kita...... bersyukur dengan apa yang ada.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi tak dapat apa yg kita nak, selagi tu la mulut tak berhenti nak merungut. bersyukur dgn apa yg kta miliki skrg.

      Delete
  5. itulah , bila rasa kita susah sebenarnya ada roang lebih susah dari kita.. muhasabah diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu muhasabah diri. bersyukur dgn apa yg kita ada sekarang instead of merungut. bagi kta 10 sen tak bernilai, tapi lain plak dgn orang susah. 10 sen tu sgt bernilai bgi diaorang.

      Delete
  6. nanti sy buat kunjungan balas. :)

    ReplyDelete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign