farhana mohamad: antara minat dan permintaan ibubapa

24 April 2014

antara minat dan permintaan ibubapa

setiap orang ada minat masing2, dan ada target sendiri dalam kerjaya. apa skop pekerjaan untuk bidang pengajian yang diambil. nak jadi apa lepas ni. pekerjaan tu sesuai tak dengan kelulusan kita, bidang kita. tapi kadang2 impian yang kita nak sangat tu terhalang dengan permintaan ibubapa.

contohnya macam ni, korang belajar bidang syariah. bidang yang korang belajar ni melayakkan korang untuk menjadi lawyer syarie ataupun hakim syarie dan banyak lagi. kenapa aku bagi contoh lawyer syarie ataupun hakim syarie, sebabnya most orang fikir itulah pekerjaan yang selalu dikaitkan dengan bidang syariah.

sejak dari kecil lagi, korang memang dah pasang impian nak jadi lawyer. then, dapat further study dalam bidang yang memang kena dengan minat korang. elok je dah habis belajar, tiba2 ibubapa korang menyuarakan hasrat supaya korang pilih kerjaya lain. 

agak2 apa tindakan korang? teruskan minat korang ataupun tunaikan permintaan ibubapa? 

personally, aku memilih untuk tunaikan permintaan ibubapa. walaupun hati korang dah hancur sebab tak dapat apa yang dicitakan, just be positive. ketepikan perasaan korang dulu, letaklah harapan ibubapa di atas. rezeki Allah itu luas. InsyaAllah, ada rezeki korang dalam kerjaya lain. siapa tahu mungkin ada rezeki untuk jadi editor syariah atau pegawai syariah atau macam2 lagi. banyak lagi prospek kerjaya yang sesuai dengan bidang tu. 

adalah satu kebahagiaan bagi aku kalau aku dapat bahagiakan ibubapa. walaupun hati dah retak seribu, hati tu kembali bercantum bila dapat penuhi hajat ibubapa. kena ingat, Redha Allah terletak pada Redha ibubapa. dalam hadis nabi s.a.w mafhumnya menyebut, redha Allah bergantung pada redha ibubapa, dan murka Allah bergantung pada murka ibubapa. 


taruk tepi dulu cita2 korang, jom kita gapai redha Allah. hebat mana sekalipun kita, kita bukan siapa2 kalau hati ibubapa terguris. insyaAllah, ada rezeki lain menanti. sentiasa solat dhuha. peace!

2 comments:

  1. K.Ma dulu pun mcm tu tapi bila dah jdi ummi sedikit sbyk fhm kenapa ibu bapa kdg2 nak anak mereka belajar @ kerja dlm bidang tertentu..yg pasti for the good reason..yg penting restu org tua membawa berkat..InsyaAllah.:-)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah kak.
    Allah itu sebaik baik perancang. mungkin ada rezeki yang lebih baik Allah nak bagi. ana rasa tak rugi pun kalau si anak turutkan kehendak ibubapa selagi benda tu tak bertentangan dengan islam.

    ReplyDelete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign