farhana mohamad: muhasabah diri

20 April 2014

muhasabah diri

Allahuakbar...  T_T


Imam Muda Fakhrul yang mula2 up gambar ni. serius. bila tengok je gambar ni, terus mengalir airmata aku. sayunya hati bila tengok insan yang kita sanjung, penuh zuhud solat di muka pintu masjid. masjid beliau sendiri, Masjid Pulau Melaka.

aku sangat menyanjungi Tok Guru Nik Aziz. ada ceritanya tersendiri, arwah atok aku dulu selalu bercerita pasal TGNA. bila aku up gambar ni dalam group whatsapp, ada yang cakap aku cuba nak bercakap pasal politik. dah kamu fikir pasal politik, politik je la dalam minda kamu. cuba fikir luar kotak, taruk tepi dulu pasal politik kejap.

cuba kamu risik2 dari orang sekeliling macam mana perilaku TGNA, baru kamu akan faham maksud aku. korang nampak tak apa yang aku nampak? TGNA dah tersangat uzur. tapi tetap gagahkan jugak diri dia ke masjid setiap kali solat lima waktu. kalau TGNA tak ke masjid, itu tandanya TGNA tak sihat. dalam gambar tu, berkemungkinan TGNA lewat ke masjid, sebab tu beliau solat kat depan pintu. 

 cuba muhasabah diri kita balik. 
kita yang muda belia ni, ada ke masjid?? 
yang tengah sihat walafiat, yang masih mampu untuk berjalan, 
yang masih ada kudrat, ada tak kita ke masjid? 
dalam sehari ada tak ke masjid? 
tak payah cakap kat orang, aku tuju diri aku sendiri. 
ke sana ke sini laju je, nak ke masjid punya la payah.
hinanya diri aku kalau nak dibandingkan dengan beliau. itu baru bab ke masjid, belum lagi bab ilmu agama, belum lagi dari segi akhlak. jauh gila beza aku dengan dia. hinanya diri aku. setiap pagi jumaat, beliau tetap gagahkan diri jugak ke Dataran Ilmu.

Ya Allah, tolong panjangkan umur beliau. kami masih perlukan beliau.

#prayforTGNA#beliasayangulama'

6 comments:

  1. subhanaALLAH kagum dengan beliau

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.
      moga kita juga dapat mencontohi sifat beliau.

      Delete
  2. bekas MB yg lain dari yg lain...very humble...rumahnya takde pak guard segala bagai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt humble kak. seolah2 dia bkan mb. sgt zuhud

      Delete
  3. kagum... kita yang biasa2 ni tak dapat nak ikut macma mana yang beliau buat.... hebat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga kita juga dapat mencontohi beliau. apply sifat2 beliau dlm diri kita.

      Delete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign