farhana mohamad: isu penempatan mahasiswa usim

25 April 2010

isu penempatan mahasiswa usim

Salam kebajikan,

Lebih seribu mahasiswi hilang tempat penginapan untuk semester hadapan. Hal ini menyebabkan kekecohan dan kelam kabut kepada mahasiswi untuk mencari tempat penginapan baru. Tambahan lagi bercampur aduk dengan final exam yang sedang berjalan sekarang.

Semalam jawapan daripada pihak pengurusan asrama supaya mencari sendiri rumah sewa adalah jawapan yang tidak bertanggungjawab. Sedangkan tempoh yang diberikan untuk pengosongan asrama adalah sehingga 9 Mei ini dan tarikh akhir final exam adalah 7 Mei ini. Jika ditanya kepada pegawai universiti untuk berfikir pun mereka tak kan sempat melaksanakan 2 kerja dalam satu masa, satu masa untuk fokus kepada exam, dan dalam masa yang sama sibuk mencari rumah kosong untuk menyewa.

Semalam juga, pihak ejen rumah sewa mula mengambil kesempatan menaikkan harga rumah sewa sehingga mencapai harga ribuan ringgit. Harga yang tidak masuk akal ini telah menyebabkan ramai mahasiswi mencari-cari rumah yang termurah dan ada jua yang sudah sanggup membayar deposit walau sedar harga sewa yang tinggi itu.

Jika saya ditanya siapakah yang lebih berkebajikan antara pengurus asrama pekerja kilang dengan pengurus asrama universiti. Saya ingin katakan pengurus asrama kilang lebih terurus dan berkebajikan berbanding pengurus asrama universiti. Dan pekerja kilang lebih bernasib baik berbanding mahasiswi universiti.

Bersama dengan ini saya bawakan 5 usul segera untuk dilaksanakan pihak pengurusan.

1- Pihak pengurusan asrama hendaklah mengadakan taklimat khas kepada mangsa yang terlibat. Bagi panduan jelas apa yang sepatutnya mereka lakukan selepas mereka sewenang-wenangnya dihambat keluar.

2- Panjangkan tempoh pengosongan asrama sehingga penghujung bulan Jun. Terutamanya kepada pelajar yang akan tinggal dalam masa cuti (short sem). Kerana fatrah exam ini tidak memungkinkan mereka dapat mencari rumah sewa untuk tinggal semasa short sem nanti.

3- Sediakan wakil atau penyelia menguruskan penempatan asrama. Kerana mangsa adalah kaum muslimat dan kesukaran untuk bermuamalat bersama masyarakat awam di sini perlu ditimbangkan. Semalam sahaja seorang cina botak sebagai ejen asrama menaikkan harga sewa rumah berlipat kali ganda. Sebulan sebelum itu pelajar USIM juga menjadi mangsa cina botak ini, apabila selepas sebulan menyewa baru semalam air disalurkan.


4- Beritahu kawasan black area untuk disewa. Kerana di sini popular dengan pekerja asing dari Nepal, Indonesia dan Bangladesh. Di sekitar Sutera Indah juga tersohor dengan pusat hiburan dan rumah urut sekeliling Sutera Indah. Kerana semalam ada pihak yang menawarkan rumah kedai untuk disewa oleh muslimah. Rumah kedai itu di belakangnya adalah asrama pekerja kilang warga asing, manakala dibawahnya adalah bengkel servis bas Sidik Canopy. Bimbang sekali jika mereka menyewa di sana keselamatan yg tak terjamin serta kedudukan yang tidak sesuai.


5- Tetapkan harga semasa rumah sewa. Kerana masa inilah, pihak ejen rumah sewa menaikkan harga rumah setinggi mungkin. Terbaru ada yang meletakkan harga sehingga RM1500 sebulan di Desa Anggerik. Harga munasabah perlu diletakkan berdasarkan ekonomi mahasiswa bukan berdasarkan harga awam.


Saya pohon dengan sesungguhnya agar pihak bertanggungjawab ambil cakna tentang kebajikan mahasiswi seramai seribu lebih ini. Saya menyampaikan cadangan kerana saya melihat kedudukan pelajar universiti harus dilayan lebih baik berbanding pekerja kilang Nepal atau buruh binaan asing. Kerana saya lihat mereka diurus tepat peninggalan dengan baik, setara dengan kedudukan mereka sebagai pekerja kilang. Kami adalah mahasiswa terpelajar yang perlu diberi layanan yang sebaiknya, bukana layanan angkuh pegawai universiti dengan mudah menghambat lebih seribu mahasiswa dalam masa teringkas dan terpantas ini.


Orang kata universiti ini populardengan perkara-perkara pelik. pohon pertimbangan seadilnya. Atas dasar ukhuwwah Islamiah atau kalau tidak pun atas dasar kemanusiaan yang sedia ada pada semua insan yang punyai akal berfikir dan hati yang menimbang.


Salam kebajikan, dari mahasiswa untuk mahasiswa.

sumber: si syahid

3 comments:

  1. salam ziarah..
    saya setuju dengan cadangan ukhti..

    saya baru habis tamhidi akaun..
    dengar cerita2 pasal akak2 kena pindah
    lebih 1000 temoat plak tu..
    saya sedih

    pihak pengurusan seharusnya lebih cakna tentang perkara2 ni..

    harap2nya mereka sensitif dengan keadaan kita yang sesak duit n masa utk mencari rumah sewa yang lain..

    semoga ditabahkan hati hendaknya..
    maas salamah

    ReplyDelete
  2. betul deq, kami semua tertekan sangat2.. keputusan dibuat time tengah exam..majoriti da xleh fokus exam.. 2 hari selepas exam kitaorang da start shortsem..mana logik kitaorng nak cari umah dalam masa yg singkat..owner dan ejen pun mula amek kesempatan sekarang ni.. harga umah mahal sangat2.. ktorang masih lagi stdent, mana nak cari nak bayar deposit umah yg mahal tu...

    ReplyDelete
  3. btw, ini bukan cadangan akak..ni usul drpd kawan akak..usul2 ni da dibentangkan dpan nc..tapi xtau cmne respons org atasan..

    ReplyDelete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign