farhana mohamad: antara garisan..

11 September 2009

antara garisan..

mggu lepas ana bersama x-housemate berbuka puasa bersama2 di selera anak timur setelah sekian lama kami tidak makan bersama.. sedang khusyuk menikmati juadah iftar jamai' A-4-3 camelia court kami disajikan dengan sebuah cerita yang amat menarik pda fikiran ana.. cerita ni adalah sebuah telemovie yang disiarkan di saluran berbayar astro saluran 104 iaitu channel ria.. tajuk cerita tu "antara garisan"... urm~ 1001 satu persoalan muncul dibenak kepala ana yang cetek ini, knape citer ini dinamakan antara garisan...???



citer dibarisi pelakon2 yang sememangnya berbakat seperti noorkhiriah, isma yusoff, syarifah amani dan ramai ag disamping menampilkan seorang bakat baru ana rasa iaitu ismail abdul aziz...

ni ana summary skit bout this story.. very touching for me as a muslim...Cerita bermula apabila seorang ustaz muda bernama arman (Ismail Abd Aziz) muncul di sebuah masjid di sebuah kampung di subuh hari telah bertembung dengan seorang perempuah GRO bernama Ayu (Noorkhiriah) yang sedang mabuk di hadapan masjid itu. Ustaz Arman yang ketika itu sedang berdiri di kaki tangga masjid telah memandang wanita itu dengan pandangan jijik dan Ayu pula memandang ustaz tersebut dengan perasaan malu.

Ever since that kehidupan mereka berdua mula berubah tanpa mereka sedar sehinggalah pada satu hari pada waktu yang sama cuma hari yang berlainan, Ayu pula yang berdiri dui kaki tangga masjid itu mengambil tempat Ustaz Arman pada kali pertama mereka bertemu dului dan Ustaz Arman pula berdiri di tempat Ayu dalam keadaan yang cukup mengaibkan. Pada saat mereka baru mereka teringat yang mereka berdua pernah berada di tempat yang berbeza. Ketika itulah mereka tersedar yang mereka berdua telah berubah kedudukan tanpa mereka sedar kerana yang membezakan antara dua keadaan itu hanyalah satu garisan halus…that’s why cerita ni tajuk dia…antara garisan…

akhirnya persoalan ana terjawab jgak di akhir cerita ni.. bru ana faham knape tajuk story ni antara garisan.. ceritanya betul2 akan membuatkan kita berfikir dua kali setiap kali kita melihat seseorang yang kita tidak pernah kenal, tapi kita terus menghukumnya kerana luaran seseorang itu. semoga kita semua tidak tergolong di dalam golongan2 yang senang menghukum, kerana yang maha berkuasa hanyalah Allah taala. segala yang baik adalah dari Allah taala. segala yang buruk adalah dari keluarga

“The story is all about dosa and pahala or baik dan buruk sesuatu yang memisahkannya hanyalah satu garisan yang cukup halus. we never know when we cross the line”...

video

No comments:

Post a Comment

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign