Lamanya tak bersiaran. Aku rasa semenjak dah jadi mak-mak ni memang aku dah takde masa nak update blog bagai. Nak mengadap laptop macam dulu-dulu memang tak la sekarang ni.
Sedar tak sedar aku dah menginjak ke usia 27 tahun. seram oiiii. Dulu-dulu kan masa kecil, selalu je terfikir kalau dah umur 27 tahun nanti macam mana. Serius aku rasa umur 27 tu dah agak tua. Dan sekarang ni aku dah pun mencapai usia tu, angka yang agak seram bagi aku.
Aku pun sama juga macam orang lain. Ada cita-cita dan target apa yang kita nak bila dah sampai usia sekian-sekian. Since dah berusia 27 tahun, ternyata masih banyak benda yang aku nak, tapi masih tak achieve lagi. Kadang terfikir sempat ke aku nak rasa apa yang aku nak. Kot la kan mati dulu. Ajal maut ni tak kira masa dan tempat.
Kala berusia muda dulu, pernah tanam dalam hati, target nak kahwin bila dah usia 27 tahun. Kalau kahwin selepas 27 tahun tu bagi aku dah tua. Time tu la fikir, time tak matured lagi. Tapi Alhamdulillah. Allah awalkan jodoh aku. Umur 25 tahun dah kahwin, umur 26 tahun dah ada anak sorang, umur 27 tahun........erkkkk.nanti kita tengok apa jadi. Bila sebut pasal kahwin, iye, aku berhutang kisah kahwin aku macam mana.
Alang-alang dah menaip, aku langsaikan terus cerita kahwin aku ehh. Auni tidur boleh la aku menaip jap. Hurmmm, dari mana aku nak mula ni. Semuanya bermula pada tahun 2013. Masa ni aku menjalani latihan industri di sebuah institusi kerajaan. Aku sebagai pelajar praktikal manakala suami aku dah pun bekerja. Suami aku selalu ke tempat praktikal aku untuk proses perbicaraan. Sepanjang praktikal tu memang ada mulut yang cuba kenan-kenan kan kami. Tapi aku tak pernah layan memandangkan aku sendiri tahu hukum agama. Takdenya aku terhegeh-hegeh gatal nak melayan mana-mana lelaki, baik bujang mahupun dah kahwin.
Sepanjang praktikal kami hanya bercakap perihal kerja, sedikit pun tak pernah sembang kosong ke laut ke hulu ke hilir. Habis praktikal, maka tiadalah kami berjumpa apatah lagi nak contact kan.
Februari 2015, tiba-tiba ada seorang pakcik datang rumah aku nyatakan hajat. Gila tak terkejut kau. Cuba bayang berapa lama tu. Tapi pakcik tu tersalah bagi nama. Nama suami aku lain, tapi nama lain yang pakcik tu sebut. Tak lama selepas tu, datang rombongan merisik ke rumah. Serius kami tak pernah berhubung langsung selepas aku habis praktikal. Even semasa praktikal sekalipun kami takde bertukar-tukar nombor.
Mac 2015, kami bertunang. Cukup 40 hari tunang, 2 Mei 2015 kami disatukan. Semua berlaku dengan cepat. Dan alhamdulillah semuanya pun dipermudahkan Allah. Dari proses merisik, tunang, settle semua prosedur kahwin. Semuanya dipermudahkan. Selepas bertunang baru kami betul-betul berhubung. Itupun sebab pasal proses nikah tu semua.
Alhamdulillah, sekarang umur 27 tahun, aku dah pun ada Auni Faqihah sebagai penyejuk mata aku, dan juga Aizuddin Hariri sebagai teman sweet sour aku. Tipu la kan kalau sepanjang kahwin tak pernah gaduh. InsyaAllah itu semua yang mematangkan kami. Doakan kami sentiasa kuat untuk mempertahankan rumahtangga kami, doakan kami terus sihat dan dimurahkan rezeki untuk membesarkan permata hati kami. Doakan juga aku sempat capai apa yang aku nak.
Happy birthday ibu!
assalamualaikum...mama dtg dr segmen yg sama...jom join segmen mama
ReplyDeletehttp://maszull.blogspot.my/2017/04/segmen-mama-nak-url-blog.html
selamat hari jadi.Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).
ReplyDeletewahhh happy birthday ya...
ReplyDeletepsssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #29. Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/04/senarai-url-blog-29.html . Pemenang akan diumumkan pada 19/4/2017. (^_^)
- Mia Liana
Happy Birthday Mummy!
ReplyDelete-TheRealBloggerMak
SINGGAH
ReplyDeletehttps://belogsjm.blogspot.my/
Selamat Hari Lahir Farhana.
ReplyDeleteMoga rutin harian dipermudahkanNYA.
Singgah jenguk dari blog MakDara..