farhana mohamad: Tips Dalam Mendidik Anak

21 September 2015

Tips Dalam Mendidik Anak


Assalamualaikum wbt.


meh baca ni. bagus untuk ibubapa dan juga bakal ibubapa dan juga bakal pengantin dan juga untuk anak-anak. *haaa. amek. berapa kali dan juga.  untuk kita sama-sama apply kelak. sharing dari seorang ustaz dari group tazkirah aku bersama beberapa orang ilmuwan. Di majlis ilmu parenting bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

Antara perkongsiannya:

1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak bersabarlah. Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri utk istiqomah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Quran, puasa Isnin Khamis dsbnya. tambah2 lagilah utk mendidik org lain. l maka bersabarlah dlm mendidik. Dlm banyak keadaan matlamat kita utk anak2 sudah benar tp kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.

2. Tuntutlah ilmu berterusan walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.

3. Jgn label anak. Blh kata anak malas tp jgn label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dgn nama yg baik sb itu adalah labelnya.

4. Letakkan misi dan visi yg jelas kpd anak. Jadi hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dgn acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK drp didik anak jadi CERDIK.

5. Anak bukan milik kita tp amanah kpd kita. Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jgn bawa anak2 kpd kita, bawalah anak2 kpd Allah.

6. Ibu sama dgn Ramadhan sbb ibu adalah madrasah anak2 dan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dlm rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kpd anak drp ayah.

Sbb itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

7. Pendidikan anak2 bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya.

Yg sudah berkahwin dan ada anak2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan... didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

8. Didiklah anak dgn Al Quran. Ibnu Sina hafiz pd masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dlm kandungannya ia telah dididik oleh ibu yg hafizah.

Kita bukan hafiz tp pastikanlah anak2 sekurang2nya kenal huruf Al Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.

9. Ibu bapa pemimpin kpd anak2. Pemimpin yg baik adalah yg besar pengaruhnya kpd anak2. Skrg ni anak2 tadika lebih percaya ustazah di sekolah dari ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dari ibu bapanya. akhirnya ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya.

10. Tingkatkanlah pengaruh dari rasa percaya dan kepercayaan. Dlm rmhtangga, dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya.

11. Walk the talk. Didiklah diri kita dlm usaha mendidik anak2 kita. Bantulah anak2 menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

12. Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan spt sedekah banjir dsbnya sebg tawasul anak2 menjadi baik. Cth: moga dgn sedekah ini, tetaplah solat anak2ku.

13. Sayangilah anak2 kerana kita sayang dia bukan krna dia sayang diri kita. Cth: kita jadikan anak2 kuda lumba utk kebanggaan kitoa. Anak dpt result yg baik terus war2kan. anak yg tak dpt elok diamkan dan dimarah kerana memalukan kita. jgn membezakan anak2 yg pandai dgn yg kurang pandai.



p/s: Sedikit perkongsian utk kebaikan bersama walaupun diri serba kekurangan.

kenapa aku rasa penting untuk share?

sebab taknak kita semua lalai. taknak kita semua menyesal dikemudian hari. time anak kecil ni kita kena bentuk siap-siap. bila dah besar baru nak bentuk, memang tak terbentuk la jadinya. anak-anak ni ibarat sehelai kain putih untuk ibubapa dia coretkan. kalau kau lukis yang baik-baik, insyaAllah baik hasilnya. kalau kau lukis yang seram-seram, maka seram la akhlaknya esok. minta jauh benda-benda yang tak elok tu semua.

sebab tu aku selalu tekankan, peranan ibubapa sangat penting dalam mendidik anak. kalau dari kecik anak dah di didik dengan kurang ilmu agama, jauh dari Quran dan sunnah. macam mana kau nak expect anak jadi alim, ilmu agama penuh didada. cara kita hidup tu sendiri automatically mempengaruhi si anak. contoh, kita pakai seksi meksi, solat pun tidak tapi hantar anak ke sekolah agama. Alhamdulillah, niat tu dah comel sangat dah. hantar anak sekolah agama untuk belajar agama, maklum la sebab diri sendiri tak pandai agama so kena la hantar anak ke sekolah agama kan. tapi jangan marah kalau sikap anak tak berubah macam orang yang belajar agama, sebabnya kenapa? sebab cara didikan ibubapa tu sendiri. bila dah hantar anak ke sekolah agama, apa salahnya kalau kita sendiri pun cuba dekati agama cuba dalami agama kita sendiri.

"kenapa ustazah suruh sy pakai tudung? mak sy pun tak pakai tudung."

"datang sekolah baru sy pandai solat. kat rumah sy tak pernah tengok pun mak ayah solat."

"ustazah paksa sy baca Quran, mak tak pernah paksa pun."

menitis air mata aku bila itu ayat yang keluar dari mulut pelajar aku tahun 2.

7 comments:

  1. Good sharing...alhamdulillah itu yg sdg kami amalkan walaupun tak sepenuhnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good sharing admin. Mmg bermanfaat. Semoga kita dapat mendidik anak kita menjadi insan yg soleh. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

      >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

      Delete
  2. wah!! blog dah cantik! saya suka...saya suka!

    anyway suka baca apa yang ditulis si atas
    masih banyak yang perlu diperbaiki
    apapun nice sharing ana

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH .. TIPS YG BAGUS ..
    INSHA ALLAH BOLEH JDKAN RUJUKAN TUK BESARKAN HANAN

    ReplyDelete
  4. Cantiknya blog Farhana. Thanks Nice tips.

    ReplyDelete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign