farhana mohamad: moga Malaysiaku terus bersih~

09 July 2011

moga Malaysiaku terus bersih~


salam mujahadah..

lately, MALAYSIA ku terchenta heboh dengan BERSIH..



actually, ni post pertama ana pasal politik. sebelum ni tak berani nak post pasal politik, bukannya apa cuma takut dikenakan tindakan undang-undang. maklum la, banyak mata2 diluar sana.

abah ana pun pernah pesan,

" na, jangan cuba nak tulis apa2 benda tentang politik ye, sekarang ni dah takde lagi kebebasan bersuara even kerajaan cakap rakyat mempunyai kebebasan untuk bersuara."


yup, absolutely agree with abah.


memang betul rakyat Malaysia sekarang ni seolah-olah sudah hilang kebebasan untuk bersuara, untuk menyuarakan pendapat. berbalik pada topik asal, awal-awal pagi lagi da kecoh di facebook, twitter mahupun laman sesawang yang lain tentang perhimpunan BERSIH di sekitar ibu kota.


sebelum ni ana tak ambil peduli sangat pun pasal bersih, but after my senior, bro Hazimin Harun kena tangkap dek polis ekoran memiliki baju bersih, ana seakan-akan bersemangat untuk mengetahui perkembangan perhimpunan ni.




ana hanya berpeluang membaca info-info terkini pada jam 3 petang. agak terkejut bila melihat status2 sahabat di fb. masing-masing menyuarakan pendapat mereka tentang perhimpunan ni. ada yang menyokong, ada juga yang protes. biasalah, setiap perkara mesti ada pro dan contra nya. sempat juga ana membaca blog2 sahabat ana.

and ada something yang ana betul2 terkejut. perhimpunan bersih bukan hanya dibuat di malaysia, malahan rakyat2 malaysia yang berada di luar negara juga turut melakukan perhimpunan juga. tiba-tiba ana rasa bangga dan menitis airmata bila melihat ada rakyat2 yang menyertai perhimpunan tadi dipukul polis, ada juga yang ditangkap termasuk orang2 besar parti yang terlibat, dan yang lebih menyayatkan hati bila ada mangsa semburan gas FRU meninggal dunia.

mereka hanya berkumpul untuk menyerahkan memorandum, tapi kenapa kerajaan seolah2 takut untuk berdepan pembangkang. beberapa tindakan turut diambil kerajaan untuk menghalang perhimpunan bersih ni. kenapa perlu takut, mereka hanya ingin menyuarakan hasrat agar pilihanraya akan datang lebih telus dan adil.


"I have never seen all the races in Malaysia so united in one cause before" - A. Samad Said



p/s: tiba2 teringat pasal freedom of assembly (article 5 of federal constitution)

No comments:

Post a Comment

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign