farhana mohamad: kejohanan debat piala naib canselor

Pages

26 February 2011

kejohanan debat piala naib canselor


salam mujahadah..

kejohanan debat piala naib canselor adalah salah satu kejohanan yang selalu diraikan di usim.

kejohanan ini menyaksikan persaingan sengit antara fakulti yang terdapat di usim seperti fakulti syariah dan undang-undang, fakulti ekonomi dan muamalat, tamhidi, dan lain-lain. tidak ketinggalan juga penyertaan dari usim cawangan pandan indah, fakulti perubatan sains kesihatan dan juga fakulti perubatan pergigian. saban tahun, kejohanan debat piala naib canselor mendapat sambutan. kejohanan pada tahun ini menyaksikan perbezaan dari segi penyertaan, kolej kediaman para pelajar turut serta pada kali ini. satu kelainan tercipta, tak pernah lagi kolej kediaman turut serta.

dan kali ni, ana memegang amanah untuk unit kehakiman dan pertandingan. dah lama rasanya meninggalkan ilmu kira-kira. tup2, diberi tanggungjawab ni. insyaallah, setakat ni semuanya berjalan lancar. malah ana masih sempat mengambil peluang yang ada untuk update blog. al-maklum lah, ketua unit terpaksa jadi hakim. so, sempat la buka benda-benda haram jap.

bersama-sama mereka dalam bilik mesyuarat, amat pening kepala ana. bukan pening coz kena kira markah, tapi pening melayan kerenah-kerenah mereka. semuanya giler-giler, bile keputusan persidangan dihantar runners, baru la kami senyap. masing-masing bertungkus lumus menyiapkan proses kiraan markah. ana bersama farhana, amira dan syamil bertanggungjawab untuk mengira markah bagi bahasa melayu.

sedang menunggu keputusan persidangan ketiga, teruja untuk mengetahui keputusan persidangan ketiga sebentar lagi~


2 comments:

  1. mabruk!tak dok gambar ko utk dikongsi??
    sape yg ke peringkat seterusnya?

    ReplyDelete
  2. insyaallah..akan d upload..
    yg psti, sume team FSU ke prgkat suku akhir utk ktiga2 bahasa..
    FST pun ada~

    ReplyDelete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign