farhana mohamad: tanyalah ustaz

20 March 2010

tanyalah ustaz

salam mujahadah...

tanggal 24 feb 2010, ana dan classmate ana dari zaman persekolahan, naziha telah menyertai satu program lawatan ke sri pentas tv3 di bandar sri utama. program tersebut merupakan anjuran majlis perwakilan pelajar usim. jemputan ini kami terima daripada seorang pelajar lelaki FEM. sebenarnya program itu adalah rakaman "tanyalah ustaz" yang akan disiarkan di tv9 jam 7 pagi.

seusai tamat kelas sir ridwan, ana dan naziha terus bergegas ke fpqs, coz semua peserta diminta berkumpul di sana tepat jam 10.30 pagi. ana dan naziha terpaksa ponteng kelas law. (rugi sgt2 ase nyer...huhuhuhu...nasib baik ada surat pelepasan dari mpp). agak lama kami menunggu, jam telah menunjukkan jam 11.30 tengahari, tapi bus still x sampai lagi. waktu semakin menghampiri jam 12 petang, barulh bus yg kami nanti2kan sampai.

menurut si yg menjemput kami menyertai program tu, program bermula jam 12 dan tamat pada jam 2 petang. naziha sudah berkira2 untuk menghadiri ko-kurikulum nasyid pada jam 2.30 petang (last2 terpaksa jgak skip nasyid...). akibat dri masalah yang tidak diingini menimpa, jam 12.20 baru kami bertolak ke sri pentas. (agak lewat disitu...) seusai tiba di sri pentas, kami diberikan sedikit penerangan (kelihatan TINI dari HotFM sedang khusyuk dengan tugasnya sebagai Deejay..).

kami bergegas ke surau untuk menunaikan solat zuhur then turun ke set rakaman. surau di sri pentas agak besar tapi keadaannya agak suram, hanya beberapa kakitangan sahaja yg kelihatan selain daripada pihak rombongan kami. agak sejuk hati ana apabila melihat seorang kakitangan perempuan yg tidak menutup aurat berada didalam surau tersebut dan mendengar tazkirah yg diberikan ust dengan tekun seusai gadis berkenaan tadarrus al-quran. tazkirah yg kedengaran di sebelah pihak muslimin juga mendapat sambutan dari pelajar2 lelaki usim, namun tidak ada seorg pun pekerja lelaki didalamnya (satu sumber beritahu ana tntang hal ni). ana terfikir sejenak, andai tiada pelajar2 lelaki tersebut, mungkin ustaz itu hanya mengomel sendirian. kemana perginya semua kakitangan2 sri pentas..?? (istighfar seketika...)

sebelum rakaman bermula kami dihidangkan dgn menu lunch yg amat menarik dan bez. tepat jam 2.30, proses rakaman bermula. kami juga dikhabarkan, rakaman ini adalah untuk 2 episod (huhhhh ~.~)

tempat duduk ana dan naziha telah berubah, dari belakang kami terpaksa beranjak ke depan coz ada seseorang yg menukar tempat duduk kami (sangat geram disini,, x pasal2 ana kena duk depan, naziha dapat line kedua...kamera asyik zoom je...x suke2!).

proses rakaman dimulakan oleh ust suki othman selaku hos rancangan tersebut. tajuk episod kali ni adalah "salah sangka" ataupun buruk sangka. pada mulanya ana sangkakan 'salah sangka' dan 'buruk sangka' adalah dua identity yg berbeza, sangkaan ana meleset.. ianya adalah item yang sama sebenarnya. walaupun pada dasarnya ana ke sana sekadar memenuhi jemputan, tapi banyak plak input2 berguna yg ana peroleh disana.

salah sangka atau buruk sangka adalah satu sifat mazmumah. terdapat 4 punca utama berlakunya salah angka..
1) hasutan syaitan
2) lemah iman
3) takabbur @ ujub
4) hati yg rosak/batin yg mempunyai masalah

sewaktu sesi soal jawab, seorang pelajar usim telah bertanya kpada ustaz,, apakah perbezaan antara 'fitnah' dan 'mengumpat'. fitnah ialah kita menyatakan sesuatu yang tidak benar, whilst mengumpat adalah kita menceritakan keaiban orang lain tetapi ianya adalah sesuatu yang benar, pokoknya kedua2 item itu adalah benda yg sama, kedua2nya merupakan sifat mazmumah (tiba2 teringat lak ana dan naziha telah terjebak ke lembah "umpatan" sewaktu menunggu kedatangan bus di fpqs... astaghfirullahh..).

ustaz juga mengkhabarkan bahawa terdapat 3 perkara yg senantiasa berlaku kepada manusia. firstly, manusia selalu menganggap sesuatu perkara itu adalah sial (maka abaikanlah golongan yang berfikir sebegitu). kedua, iri hati dan ketiga adalah buruk sangka.

thus,,beristighfarlah selalu...manusia takkan lari dari semua benda2 tu... tamat kedua2 rakaman, semua pelajar tidak melepaskan peluang bergambar dengan ust suki othman dan posing bersama barang2 produksi yang terdapat dalam bilik rakaman (kebanyakkan program dirakam di tempat yg sama...).

sebelum bersurai kami disajikan dengan hidangan petang oleh pihak sri pentas. sebelum meninggalkan sri pentas, kami tidak melepaskan peluang bergambar di persekitaran sri pentas. ramai artis2 dan pengacara tv yg kami jumpe antaranya anahita bakavolli, maria tunku sabri, kiran HotFM, ag HotFM dan ramai ag...

jam 6 kami bertolak pulang ke nilai, most student tdo time on the way pulang ke nilai (penat agak nyer...). jam 7.15 kami sampai di kampus. ana dan naziha bergegas solat maghrib coz jam 8 ada kelas introduction to muamalat (penat kami tolak jauh2...tak nak skip kelas walaupun ada surat pelepasan). kelas berjalan seperti biasa, dan ana langsung x rasa penat or mengantuk during dat class. sekian dlu ea...daaaaa







No comments:

Post a Comment

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign