farhana mohamad: ..attitude of march person..

06 February 2010

..attitude of march person..

ini bukanlah horoscope tetapi sekadar kajian yg dibuat dato' fadzilah kamsah. disebabkan ana dilahirkan pada bulan mac, so ana postkan untuk bulan mac.


* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


banyak sangat persamaan kajian dato' dengan diri ana. sebagai contoh, ana memang cukup sensitif. gurauan kawan2 mungkin boleh jadi serius bagi ana. ana memang x cepat marah, ana lebih suka memendam rasa, tapi klu da sampai tahap overdos, memang teruk gak letupannya. yang paling ana suka sekali dengan kajian dato',, part suka berangan-angan. memang ana suka berangan-angan, time kecik2 dulu, ana selalu berangan ana student ipt, sibuk je dengan assignment2. ana juga pernah berangan nak belajar undang2 dan menjadi student usim. lastly, semua yang ana angan2 kan menjadi kenyataan. Maha Besar ALLAH. tak pernah terlintas dihati ana semua ini akan jadi kenyataan, sebelum ini ana sekadar berangan2. terima kasih Ya ALLAH.

No comments:

Post a Comment

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign