Allahuakbar... T_T
Imam Muda Fakhrul yang mula2 up gambar ni. serius. bila tengok je gambar ni, terus mengalir airmata aku. sayunya hati bila tengok insan yang kita sanjung, penuh zuhud solat di muka pintu masjid. masjid beliau sendiri, Masjid Pulau Melaka.
aku sangat menyanjungi Tok Guru Nik Aziz. ada ceritanya tersendiri, arwah atok aku dulu selalu bercerita pasal TGNA. bila aku up gambar ni dalam group whatsapp, ada yang cakap aku cuba nak bercakap pasal politik. dah kamu fikir pasal politik, politik je la dalam minda kamu. cuba fikir luar kotak, taruk tepi dulu pasal politik kejap.
cuba kamu risik2 dari orang sekeliling macam mana perilaku TGNA, baru kamu akan faham maksud aku. korang nampak tak apa yang aku nampak? TGNA dah tersangat uzur. tapi tetap gagahkan jugak diri dia ke masjid setiap kali solat lima waktu. kalau TGNA tak ke masjid, itu tandanya TGNA tak sihat. dalam gambar tu, berkemungkinan TGNA lewat ke masjid, sebab tu beliau solat kat depan pintu.
cuba muhasabah diri kita balik.
kita yang muda belia ni, ada ke masjid??
yang tengah sihat walafiat, yang masih mampu untuk berjalan,
yang masih ada kudrat, ada tak kita ke masjid?
dalam sehari ada tak ke masjid?
tak payah cakap kat orang, aku tuju diri aku sendiri.
ke sana ke sini laju je, nak ke masjid punya la payah.
hinanya diri aku kalau nak dibandingkan dengan beliau. itu baru bab ke masjid, belum lagi bab ilmu agama, belum lagi dari segi akhlak. jauh gila beza aku dengan dia. hinanya diri aku. setiap pagi jumaat, beliau tetap gagahkan diri jugak ke Dataran Ilmu.
Ya Allah, tolong panjangkan umur beliau. kami masih perlukan beliau.
#prayforTGNA#beliasayangulama'
subhanaALLAH kagum dengan beliau
ReplyDeletealhamdulillah.
Deletemoga kita juga dapat mencontohi sifat beliau.
bekas MB yg lain dari yg lain...very humble...rumahnya takde pak guard segala bagai..
ReplyDeletesgt humble kak. seolah2 dia bkan mb. sgt zuhud
Deletekagum... kita yang biasa2 ni tak dapat nak ikut macma mana yang beliau buat.... hebat.....
ReplyDeletemoga kita juga dapat mencontohi beliau. apply sifat2 beliau dlm diri kita.
Delete