haaa.
lagi entry yang diperam terlalu lama dalam draft!
tak tahu kenapa aku suka sangat peram entry lelama.
pekasam kalau diperam selama ni pun aku rasa dah boleh goreng dah.
liebster award lagi.
kali ni dari mak buyung hidayu.
ni soalan2 dari mummy MFZ.
1) Blog korang tentang apa?
-hurmm. personal kot. tapi idok le suka cerita pasal family terlalu kerap, seketul dua tu ada la. kadang lebih suka bercakap pasal isu semasa ataupun benda yang terjadi di sekeliling kita. tapi lately macam banyak duk join segmen je. dah lari dari tujuan asal. nak kena pulang ke pangkal jalan. ehh, panjang pulak jawabnya.
2) Siapa pendorong dalam menghasilkan blog?
-sebenarnya, aku dah lama berblog. tapi pernah stop berblog kejap sebab busy teramat sepanjang belajar di uni dulu. rasanya takde orang khusus kot yang mendorong untuk berblog. ia lebih kepada suka2. nak polish bakat menulis. erkkk~
3) Apa pendapat korang tentang kawen muda?
-ehhh, dalam draft ada entry pasal ni! haha. nanti la lain kali publish. pada aku, takde masalahnya pun kalau kawen muda. lagi bagus apa, boleh elak benda2 yang kita semua taknak benda tu berlaku. contohnya gejala maksiat, kes pembuangan bayi etc.
4) Pengalaman yang paling memalukan pernah korang alami?
-haha.hurmm. banyak kot rasanya. panjang nanti kalau tulis. salah satu pengalaman ada kat sini.
5) Bila last korang bersenam?
-petang tadi. jalan2 luar rumah sambil dukung anak buah. berjalan tu kiranya bersenam jugak kan? kikikiki
6) Ciri-ciri lelaki idaman.
-kalau boleh nak yang paling kacak.
body ketak2 macam fahrin ahmad.
yang suweet kencing manis.
yang tinggi bak darah tinggi.
hahaha. ini semua mengarut.
cukup la dia seorang yang beriman, yang mampu bimbing aku dan anak2 nanti ke jalan Allah. sebab aku tahu ilmu agama aku tak tinggi, jadi aku memerlukan orang yang tinggi agamanya untuk didik aku. dengan dunia yang kian mencabar ni, aku perlu orang sebegitu. mafhum ayat quran, lelaki soleh untuk perempuan soleh. so, nak kena menyolehkan diri dulu la baru boleh demand nak macam tu. :)
7) Lebih suka shopping online ke mall?
-aku cukup susah kalau bab membeli barang. kadang masuk 5 biji kedai pun belum tentu aku beli something. memang agak selektif dalam membeli. aku lebih suka ke kedai sebab senang nak pilih apa yang aku nak. beli on9 susah, kadang tak dapat macam yang kita nak. size lari, warna tak sama dengan yang asal. rosak ke apa.
8) Korang lagi ramai kawan dari sekolah, kolej, tepat kerja or kawan sekampung?
-aku jenis friendly. dengan siapa2 pun aku rapat. sekolah, kolej sume ramai. kawan sekampung je takde. hehehe. sebab aku dari kecik duk membesarkan kat bandar walaupun rumah kat kampung. sekolah rendah, sekolah menengah sume kat bandar. keluar rumah pagi, balik pun dah pukul 6. weekend tuisyen plak. sambung belajar pun luar kelantan. memang takdenya nak kenal orang kampung.
9) Jenis banyak mulut atau suka buat hal sendiri?
-seorang yang mulut becok. kalau dah bercakap susah nak berhenti. dengan orang2 tua pun aku layan je borak haa. sama jugak macam menulis, bila dah tulis takleh tulis pendek2. sebagai contoh entry ni, panjang2 aku tulis. padahal boleh je tulis pendek, jawab soalan tu terus. tapi gaya aku jawab dah macam buat esei. ada isi pastu buat huraian then bagi pulak contoh.
10) keluar gathering tapi masing2 ngadap fon.
-kalau cenggini jangan ajak aku keluar lagi. geram betul perangai macam ni. rasa macam nak hempuk je siapa2 yang busy duk pegang phone bila gather. sama jugak bila kita duk dalam 1 majlis yang mana ada orang tua dalam majlis tu ataupun family2 duk berkumpul, tolong hormat yang lain. simpan la kejap phone tu. tau la phone canggih manggih memasing. at least tolong respect orang tua atau orang2 sekeliling.
11) Pendapat dan kata2 perangsang
-teruskan berblogging dengan cara kita sendiri. setiap orang tak sama. ada sesetengah yang suka berkongsi aktiviti harian dia dengan yang lain. so, dia jadikan blog sebagai diari. ada sesetengah pula kurang gemar berkongsi aktiviti harian, tapi dia memilih untuk berkongsi sesuatu yang mana mendatang kebaikan ataupun info2 yang berfaedah. so, just be urself. post apa yang kita suka.
yeayyy! dah habis jawab soalan kakak ipar aku. dah macam esei pulak. selamat membaca. kikiki. nanti jumpa kat kampung!