farhana mohamad: February 2010

Pages

10 February 2010

surat layang dari ALLAH S.W.T

Surat sayang dari Allah S.W.T……..


Saat kau bangun pagi hari,,AKU memandangmu
Dan berharap engkau akan berbicara kepadaKU,
Walaupun hanya sepatah kata meminta
pendapatKU atau bersyukur kepadaKU atas
sesuatu hal yang indah yang terjadidalam hidupmu
hari ini atau kelmarin…
Tapi AKU melihat engkau begitu sibuk
Mempersiapkan diri untuk pergi bekerja…
AKU kembali menanti saat kau sedang bersiap,
AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk
berhenti dan menyapaKU ,,tetapi engkau terlalu
sibuk……..

Di satu tempat engkau duduk di sebuah kerusi
selama lima belas minit tanpa melakukan apa pun.
Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu,
AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU,,tetapi
engkau berlari ke telefon dan menghubungi seorang teman
untuk mendengarkan khabar terbaru..

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan
AKU menanti dengan sabar sepanjang hari..
Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau
terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu padaKU.

Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang
Sekeliling,mungkin engkau berasa malu untuk
berbicara kepadaKU,itulah sebabnya mengapa
engkau tidak menundukkan kepalamu…

engkau memandang tiga atau empat meja
sekitarmu dan melihat beberapa temanmu
berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut
sebelum menyantap rezqi yang AKU berikan,tetapi
engkau tidak melakukannya…masih ada waktu
yang tersisa dan AKU berharap engakau akan
berbicara kepadaKU,meskipun saat engkau
pulang ke rumah kelihatannya seakan-akan banyak
hal yang harus engkau kerjakan…

setelah tugasmu selesai,engkau menyalakan TV,
engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari
di depannya,tanpa memikirkan apa pun dan hanya
menikmati acara yang ditampilkan..,
kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau
menonton TV dan menikmati makananmu tetapi…
kembali engkau tidak berbicara kepadaKU…,

Saat tidur,KU fikir kau merasa terlalu lelah.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada
keluargamu,kau melompat ke tempat tidur dan
tertidur tanpa sepatah pun namaKU kau sebut…,

engkau menyedari bahawa AKU selalu hadir
untukmu..,,,
AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau
sedari,,,,,
AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana
bersabar terhadap orang lain,,,,
AKU sangat menyayangimu,,setiap hari AKU
menantikan sepatah kata,doa,fikiran atau
syukur dari hatimu…..
Keesokan harinya….engkau bangun kembali dan
kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahawa
hari ini kau akan memberiKU sedikit waktu untuk
menyapaKU …..tapi yang KU tunggu…tak
kunjung tiba…tak juga kau menyapaKU…

SUBUH…ZOHOR…ASAR…MAGHRIB…ISYA’ dan
SUBUH kembali,,kau masih mengacuhkan AKU…tak ada
sepatah kata,,tak ada seucap doa,,,dan tak ada rasa..,,
tak ada harapan dan tak ada keinginan untuk
bersujud kepadaKU…

Apa salahKU padamu…..wahai HAMBAKU???
Rezqi yang AKU limpahkan,,kesihatan yang AKU berikan,,
Harta yang aku relakan,,,makanan yang aku
hidangkan,,anak-anak yang aku rahmatkan,,,apakah
hal itu tidak membuatmu ingat KEPADAKU….!!!!!!!

Percayalah aku sentiasa mengasihimu,,dan aku
Tetap berharap suatu saat engkau akan menyapaKU,,
Memohon perlindunganKU,,.,,,,,
bersujud menghadapKU…….


≈ yang selalu menyertaimu setiap saat ≈

Note: adakah kita memiliki cukup masa untuk
mengirimkan surat ini kepada orang2 yang kita
sayang?? Untuk mengingatkan mereka bahawa segala
apapun yang kita terima hingga saat ini,,
datangnya dari ALLAH semata…..

09 February 2010

Doa Memohon Selamat

MEMOHON SELAMAT DARI MELAKUKAN MAKSIAT UNTUK DIRI & KELUARGA.DARI KITAB 101 DOA DARI HADIS-HADIS SAHIH TERBITAN TELAGA BIRU


اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي ، وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي ،
وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي ، وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي ، وَمِنْ شَرِّ مَنِيَّتِي .

"Ya Allah , sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan pendengaranku , kejahatan penglihatanku , kejahatan lidahku , kejahatan hatiku dan kejahatan air maniku."


Keterangan & Petua Beramal

Menurut al-Imam Syaraf al-Haq Muhd Asyraf Al-Siddiqi Al-Azim Abadi, Nabi s.a.w mengajar kita agar memohon perlindungan Allah dari kejahatan-kejahatan yang disenaraikan dalam versi ini iaitu : mendengar perkara-perkara yang dibenci Allah, melihat perkara-perkara yang dibenci olehNya, berkata tentang perkara yang sia-sia yang menjurus kepada dosa dan melakukan zina ataupun perkara-perkara yang menjuruskan daku kepadanya.

Menurut Ibnul Qayyim , antara langakah menghindarkan diri dari mengikuti syahwat ialah dengan mendalami ilmu dan mengamalkannya.Perlaksanaannya boleh dilakukan menerusi langkah-langkah di bawah :

a. Melihat faktor-faktor yang membangkitkan syahwatnya.Apabila sudah mengenalpastinya maka hendaklah dilakukan prkara-perkara yang dapat membendungnya.

b. Hendaklah dia menundukkan pandangan dari melihat perkara-perkara yang mengajaknya kepada melakukan maksiat itu.

c. Melakukan perkara-perkara yang dihalalkan baginya untuk mengurangkan kecenderungan melakukan maksiat

d. Memikirkan akibat buruk melakukan perkara larangan itu di dunia lagi.


Sumber: Ust Zahazan Mohamed

06 February 2010

..attitude of march person..

ini bukanlah horoscope tetapi sekadar kajian yg dibuat dato' fadzilah kamsah. disebabkan ana dilahirkan pada bulan mac, so ana postkan untuk bulan mac.


* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


banyak sangat persamaan kajian dato' dengan diri ana. sebagai contoh, ana memang cukup sensitif. gurauan kawan2 mungkin boleh jadi serius bagi ana. ana memang x cepat marah, ana lebih suka memendam rasa, tapi klu da sampai tahap overdos, memang teruk gak letupannya. yang paling ana suka sekali dengan kajian dato',, part suka berangan-angan. memang ana suka berangan-angan, time kecik2 dulu, ana selalu berangan ana student ipt, sibuk je dengan assignment2. ana juga pernah berangan nak belajar undang2 dan menjadi student usim. lastly, semua yang ana angan2 kan menjadi kenyataan. Maha Besar ALLAH. tak pernah terlintas dihati ana semua ini akan jadi kenyataan, sebelum ini ana sekadar berangan2. terima kasih Ya ALLAH.

~reading d same issues on d paper~

salam mujahadah...

ana baru sahaja selesai membaca akhbar2 malaysia online tatkala mencoret post ini. Apa yang boleh ana rungkaikan disini, kesemua paper tersebut melaporkan isu2 yang sama. And d most famous issued is about sodomy between mohd saiful bukhari azlan and datuk seri anwar ibrahim. SB was accuse AI do d worst action towards him on Jun 2008. i'm tired to read all d article, half of d paper juz talking about dat. media should alert to d other things, not focussing more to broadcast about d sodomy issued. i'm confused a lot bout dis issued. yesterday, media melaporkan prosiding dilakukan secara tertutup, thus, how come banyak laporan yang x sepatutnya diketahui, disiarkan semalam. hal ini telah dipertikaikan Karpal Singh selaku peguam kpda defendant. arghh,, macam2 la dunia ni...

~off bout dis issued~

p/s: nanti x pasal2 lak kena saman.. weee~

02 February 2010

orang cantik,, orang buruk...

Salam mujahadah...

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.


Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik tanpa anda alam ini tidak akan sempurna.


Memang Allah swt menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah swt. Dia berhak dan mampu buat apa sahajamengikut kehendak-Nya. Kita tidak ada hak untuk mempertikai persoalan itu dan ini, mempertikai itu ini.


Anda mungkin merasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggaplah ia suatu kelebihan. Jika anada berasa anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik.Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung ? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan membawa kemusnahan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.


Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan diwajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan diri. Saat menjadi buruk pasti akan tiba, bagaimana sicantik akan menghadapi hari tua mereka.Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?


Kadang-kadang semut yang diberikan sayap oleh Allah swt supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya kadang-kadang seseorang manusia diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberi balasan yang setimpal diAkhirat.


Tontonilah filem-filem atau drama di TV. Kisah hidup orang cantik penuh duri.Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada sifak riak dan takbur.


Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana sabda Rasulullah saw. wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah swt kepadanya.Dan tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan mempertikaikan kerja Tuhan.


Siapakah penghuni syurga itu, baragkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah swt ialah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah swt. Barangkali yang buruk tapi dia faham Allah swt tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada didalam hatinya.


Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalu tersasar.Hargailah diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah swt. !!!
-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign