farhana mohamad: February 2011

Pages

26 February 2011

kejohanan debat piala naib canselor


salam mujahadah..

kejohanan debat piala naib canselor adalah salah satu kejohanan yang selalu diraikan di usim.

kejohanan ini menyaksikan persaingan sengit antara fakulti yang terdapat di usim seperti fakulti syariah dan undang-undang, fakulti ekonomi dan muamalat, tamhidi, dan lain-lain. tidak ketinggalan juga penyertaan dari usim cawangan pandan indah, fakulti perubatan sains kesihatan dan juga fakulti perubatan pergigian. saban tahun, kejohanan debat piala naib canselor mendapat sambutan. kejohanan pada tahun ini menyaksikan perbezaan dari segi penyertaan, kolej kediaman para pelajar turut serta pada kali ini. satu kelainan tercipta, tak pernah lagi kolej kediaman turut serta.

dan kali ni, ana memegang amanah untuk unit kehakiman dan pertandingan. dah lama rasanya meninggalkan ilmu kira-kira. tup2, diberi tanggungjawab ni. insyaallah, setakat ni semuanya berjalan lancar. malah ana masih sempat mengambil peluang yang ada untuk update blog. al-maklum lah, ketua unit terpaksa jadi hakim. so, sempat la buka benda-benda haram jap.

bersama-sama mereka dalam bilik mesyuarat, amat pening kepala ana. bukan pening coz kena kira markah, tapi pening melayan kerenah-kerenah mereka. semuanya giler-giler, bile keputusan persidangan dihantar runners, baru la kami senyap. masing-masing bertungkus lumus menyiapkan proses kiraan markah. ana bersama farhana, amira dan syamil bertanggungjawab untuk mengira markah bagi bahasa melayu.

sedang menunggu keputusan persidangan ketiga, teruja untuk mengetahui keputusan persidangan ketiga sebentar lagi~


11 February 2011

februari datang lagi

salam mujahadah..


sedar tak sedar kita da beranjak ke bulan februari untuk tahun 2011. sebenarnya, gusar sekali hati ini bile bulan februari menjelma.


kenapa ye..?


kerana bulan februari merupakan bulan menyemai kasih sayang (pandangan sesetengah manusia di luar sana..)


hati ana makin gusar untuk menghadapi berita-berita yang akan muncul oktober nanti. pasti banyak insan-insan tidak berdosa akan ditemui nanti. allahuakbar, bile agaknya masalah ni dapat diselesaikan..? penat memikirkan jawapan untuk soalan tersebut. mungkin ini persoalan-persoalan yang muncul di sanubari insan-insan tidak berdosa.


Tanggal 14 Februari setiap tahun merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan remaja di seluruh dunia.Sebab hari itu dianggap sebagai hari untuk mengungkapkan rasa kasih sayang. Itulah hari valentine,satu hari di mana orang-orang di barat sana menjadikannya sebagai fokus untuk mengungkapkan rasa kasih sayang.


Dan seiring dengan masuknya beragam gaya hidup barat ke dunia Islam, perayaan hari valentine pun ikut mendapatkan sambutan hangat, terutama dari kalangan remaja. Bertukar bingkisan valentine, semarak warna pink, ucapan rasa kasih sayang, ungkapan cinta dengan berbagai ekspresinya, menyemarakkan suasana valentine setiap tahunnya, bahkan di kalangan remaja muslim sekali pun.


Perayaan Valentine’s Say adalah Bahagian dari Syiar Agama Nasrani


Valentine’s Day menurut literatur ilmiah yang dapat kita tunjukkan bahawa perayaan itu merupakan bahagian dari simbol agama Nasrani.


Bahkan kalau mahu diundur ke belakang, sejarahnya berasal dari upacara ritual agama Romawi kuno. Adalah Paus Gelasius I pada tahun 496 yang memasukkan upacara ritual Romawi kuno ke dalam agama Nasrani, sehingga sejak itu secara rasmi agama Nasrani memiliki hari raya baru yang bernama Valentine’s Day.


The Encyclopedia Britania, vol. 12, sub judul: Chistianity, menuliskan penjelasan sebagai berikut: “Agar lebih mendekatkan lagi kepada ajaran Kristen, pada 496 M Paus Gelasius I menjadikan upacara Romawi Kuno ini menjadi hari perayaan gereja dengan nama Saint Valentine’s Day untuk menghormati St. Valentine yang kebetulan mati pada 14 Februari (The World Encylopedia 1998).


Keterangan seperti ini bukan keterangan yang diada-adakan, sebab rujukannya bersumber dari kalangan barat sendiri. Dan keterangan ini menjelaskan kepada kita, bahawa perayaan hari valentine itu berasal dari ritual agama Nasrani secara rasmi. Dan sumber utamanya berasal dari ritual Romawi kuno. Sementara di dalam tatanan aqidah Islam, seorang muslim diharamkan ikut merayakan hari besar pemeluk agama lain, baik agama Nasrani ataupun agama musyrik (penyembah berhala) dari Romawi kuno.


Katakanlah: "Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang Aku sembah. Dan Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang Aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku." (QS. Al-Kafirun: 1-6)


Kalau dibanding dengan perayaan natal, sama sekali tidak ada bezanya. Natal dan Valentine sama-sama sebuah ritual agama milik umat Kristiani. Maka seharusnya juga ada fatwa yang mengharamkan perayaan valentine khusus buat umat Islam.


Mengingat bahawa masalah ini bukan semata-mata budaya, melainkan terkait dengan masalah aqidah, di mana umat Islam diharamkan merayakan ritual agama dan hari besar agama lain.


Valentine Berasal dari Budaya Syirik.


Ken Swiger dalam artikelnya “Should Biblical Christians Observe It?” mengatakan, “Kata “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang berarti, “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa”. Kata ini ditunjukan kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan orang Romawi”.


Disedari atau tidak ketika kita meminta orang menjadi “to be my Valentine”, bererti sama dengan kita meminta orang menjadi “Sang Maha Kuasa”. Jelas perbuatan ini merupakan kesyirikan yang besar, menyamakan makhluk dengan Sang Khalik, menghidupkan budaya pemujaan kepada berhala. Icon si “Cupid (bayi bersayap dengan panah)” itu adalah putra Nimrod “the hunter” dewa matahari.


Disebut tuhan cinta, kerana ia rupawan sehingga diburu wanita bahkan ia pun berzina dengan ibunya sendiri. Islam mengharamkan segala hal yang berbau syirik, seperti kepercayaan adanya dewa dan dewi. Dewa cinta yang sering disebut-sebut sebagai dewa Amor, adalah cerminan aqidah syirik yang di dalam Islam harus ditinggalkan jauh-jauh.


Walhasil, semangat Valentine ini tidak lain adalah semangat yang bertabur dengan simbol-simbol syirik yang hanya akan membawa pelakunya masuk neraka, naudzu billahi min zalik.


Semangat valentine adalah Semangat Berzina


Perayaan Valentine’s Day di masa sekarang ini mengalami pergeseran sikap dan semangat. Kalau di masa Romawi, sangat terkait erat dengan dunia para dewa dan mitologi sesat, kemudian di masa Kristen dijadikan bahagian dari simbol perayaan hari agama, maka di masa sekarang ini identik dengan pergaulan bebas muda-mudi. Mulai dari yang paling sederhana seperti pesta, bertukar hadiah hingga penghalalan perbuatan zina secara legal. Semua dengan mengatasnamakan semangat cinta kasih.


Dalam semangat hari Valentine itu, ada semacam kepercayaan bahawa melakukan maksiat dan larangan-larangan agama seperti berasmara, berpegang tangan, berpelukan, berciuman,bahkan hubungan seksual di luar nikah di kalangan sesama remaja itu menjadi boleh. Alasannya, semua itu adalah ungkapan rasa kasih sayang.


Bahkan tidak sedikit para orang tua yang merelakan dan memaklumi putera-puteri mereka saling memuaskan nafsu biologis dengan teman lawan jenis mereka, hanya semata-mata kerana beranggapan bahawa hari Valentine itu adalah hari khusus untuk mengungkapkan kasih sayang.


Padahal kasih sayang yang dimaksud adalah zina yang diharamkan. Orang barat memang tidak boleh membezakan antara cinta dan zina.


Misalnya, istilah penjaja cinta. Bukankah penjaja cinta tidak lain adalah kata lain dari pelacur atau menjaja kenikmatan seks?


Di dalam syair lagu romantis barat yang juga melanda begitu banyak lagu pop di negeri ini, ungkapan make love ini bertaburan di sana sini. Buat orang barat, berzina memang salah satu bentuk pengungkapan rasa kasih sayang. Bahkan berzina di sana merupakan hak asasi yang dilindungi undang-undang.


Bahkan para orang tua pun tidak punya hak untuk menghalangi anak-anak mereka dari berzina dengan teman-temannya. Di barat, zina dilakukan oleh siapa saja.


Allah SWT berfirman tentang zina, bahawa perbuatan itu bukan hanya dilarang, bahkan mendekatinya pun diharamkan.


“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”. (QS Al-Isra’: 32)


-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign