Assalamualaikum wbt.
aku nak cerita sikit haa pasal SL1M under Tabung Haji tu. Tabung Haji tu apa? erkkk. memang pelik la kan kalau ada yang tak kenal Tabung Haji. (=.=)
macam ni, pada Isnin lepas 14hb Julai aku sesaja g menyemak dekat interview terbuka SL1M tabung haji tu di Kuala Terengganu. kali ni untuk zon pantai timur. zon barat iaitu di kuala lumpur dah settle, zon utara di alor star pun dah settle. tinggal satu peluang je lagi bagi sesiapa yang berminat nak join SL1M under tabung haji iaitu di Johor pada 17hb Julai. kalau tak silap aku akan diadakan di Tabung Haji Johor. 17hb Julai? esok? haaa. esok!
sila bawa bersama :-
* salinan ic
* resume
* salinan transkrip exam
* salinan spm
* 2 keping gambar passport
# hanya bagi sesiapa yang dah grad ok!
ok. sambung cerita.
asalnya, aku nak temankan adik je. bosan duk rumah sorang2, then decide la nak ikut my parents. aku bawak sekali semua sijil2 aku sebab plannya odw balik nanti nak singgah rumah mak sedara untuk sahkan salinan sijil2 aku sebab yang dah sedia ada dah habis. *aku memang selalu standby salinan sijil. incase kalau nak guna, baru la tak kalut nanti.
kami gerak lepas subuh, lebih kurang kul 6.15 dan sampai kuala terengganu kul 7.35. sampai je sana, memang terkejut yang amat. tersangatlah ramai orang, dan barisan pun panjang. ada 4 line semua, kesemuanya sangat panjang. adik aku ajak beratur sekali, alang2 nak beratur aku angkut je semua sijil2 aku. hampir sejam jugak la beratur then tiba giliran kami. untuk saringan pertama, diaorang cek samada kita bawak tak dokumen2 yang diperlukan tu dan menepati syarat ke tak.
adik aku tak lulus, tapi yang lulusnya aku!
adik tak lulus sebab belum grad.
oiii. terkejut jugak sebenarnya sebab memang langsung tak prepare!
yess, tak bukak buku pape. dan tak tau pun SL1M tu apa sebenarnya. maksud aku, tak tahu secara details. sekadar tahu itu skim latihan.
bila dah lulus saringan pertama, aku diminta naik ke tingkat atas untuk sesi interview. owhhh ya, interview SL1M ni dibuat di TH hotel kuala terengganu. naik la aku sorang2 ke tingkat atas. sampai je tingkat atas, memang dah ramai la calon2 haa. isi borang, then diminta untuk tunggu didalam dewan bersama beratus calon yang lain. kul 10 pagi, dapat tau dari staff kaunter bawah dah tutup. hampir 1000+ calon terpaksa pulang. giler ramai. nasib baik jugak aku sampai awal. alhamdulillah. aku tunggu dalam dewan tu sampai tengahari sebelum berpindah ke dewan sebelah! sambil menunggu tu, staff edarkan satu kertas. orite, rupanya kami kena buat esei in english. masa diberi 20 minit. maybe disebabkan terlampau ramai orang, staff cakap buat je la esei tu sehingga dipanggil untuk interview.
aku baru tahu rupanya ada 3 ujian ok.
- ujian bertulis (esei english tu)
- ujian fardhu ain
- interview
bila dah tengahari, dalam kul 11 lebih aku dan beberapa calon dipindahkan ke dewan sebelah. menunggu lagi di sana. menunggu tanpa berbuat apa2. hehehe. kalau bawak buku dapat jugak belek2. maka tertunggu2 la kami untuk diinterview sampai ke petang. kul 4.30 sampai la giliran aku. jenuh kau tunggu dari pagi. hehehe. dari mula2 semangat nak interview, tiba2 jadi down. ekekeke.
aku diminta masuk ke dalam bilik untuk sesi interview bersama 2 orang calon lagi. interview bersama, 3 orang calon sekaligus. bukan sorang2. sepatutnya ujian fardhu ain dulu, kalau pass baru interview. tapi disebabkan terlampau ramai calon, diaorang jalankan sekaligus. ada yang interview dulu baru ujian fardhu ain, begitu la sebaliknya. untuk sesi interview, kami diberi 1 tajuk dan diminta untuk bincangkan atau bahas. ala macam speaking muet untuk grouping tu. tajuk semuanya tak sama, dan siapa yang bernasib baik dapat la tajuk dalam bahasa melayu, kalau tak in english. kitaorang dapat tajuk in malay. sesudahnya discussion, kami diminta untuk describe pasal urself in english. alhamdulillah, semuanya ok. partners aku pun hebat2. settle part ni.
then tunggu untuk sesi ujian fardhu ain. yang ni cuak sikit sebab yela kita tau pengetahuan masing2 setakat mana kan. dan aku admit masih banyak yang aku perlu belajar. luas haa bidang fardhu ain ni, jangan tau fardhu ain tu solat je. ketika sesi ujian fardhu ain ni jugak aku dapat tau rupanya kena baca Al-Quran dan jawi. ok lagi kot bagi aku. lupa nak habaq, ada soal jawab pasal tajwid sekali tau! haha. adoiii. mati aku. time duk menunggu tu, macam2 soalan dah yang aku dengar dari calon2 sebelumnya. ada yang kena soal pasal bab aqidah, bacaan sujud sejadah, sujud sahwi, sirah nabi, malaikat, solat jenazah, mandi wajib dan macam2 lagi la. keluar semua aqidah, sirah, feqah. heheee.
tiba giliran aku, first kena baca Quran dan terjemahan. then ustaz tanya 6 soalan hukum tajwid. ada 2 soalan aku tak dapat jawab! confuse nama2 tu haa. haha. padan muka, sape suruh tak asah skills part tajwid. last ustaz suruh aku listkan nama2 malaikat dan tugas2nya. alhamdulillah, yang ni pun ok. part tajwid tu je aku rasa sigh sikit.
settle! yesss. boleh balik. tau kul berape? kul 6.10 dah pun! haha. dan masih ada ramai lagi calon yang tengah menunggu! maybe dalam 200 orang. tak tau la diaorang habis kul berapa. yang pasti kepala aku dah terasa pening2 sikit haaa. pening menunggu pening tengok ramai orang. =P
untuk sesiapa yang berhajat nak menyertai SL1M Tabung Haji, make sure korang sampai awal dan bawak semua barang2 yang diperlukan. kalau korang tertinggal je pape, memang selamat jalan romeo. takde maaf bagimu. kawan aku tak lulus sebab bawak 1 keping je gambar passport. staff nak 2 keping. sebab itu sahaja! dan persiapkan diri korang dengan pengetahuan yang secukupnya ok. soalan2 aku dah bocorkan dah, so prepare urself. kalau ada sahabat2 dan kenalan yang berhajat nak join, bagitau diaorang pengalaman aku ni ehh. yang paling penting part soalan2 tu haa. perkemaskan diri, InsyaAllah ada rezeki anda bersama SL1M nanti! :)
p/s: jom buru lailatul qadar!