Assalamualaikum wbt.
First of all, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Dah pertengahan bulan Ramadhan nampaknya kita semua. Iman macam mana? dah topup ke belum? ke masih ditakuk lama? Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya.
Actually, dah lama nak publish post ni, tapi hati aku ni berbelah bagi pulak. Since aku tengok over nau nau komen yang readers tinggalkan di blog aku, aku rasa dah sampai masanya aku basuh sikit. Post aku berkaitan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) dan juga berkaitan Guru Kafa sangat banyak pengunjungnya. Ok, straight to the point, aku nak tegur sikit pada readers, tolong berhemah sikit bila komen boleh tak? Aku hargai kalian baca blog aku, tapi tolong celik minda sikit sebelum komen apa-apa. Komen yang macam mana aku maksudkan tu? Komen yang tak berapa cerdik ibarat kata orang orang tua.
Sebagai contohnya, posting aku berkaitan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M), dah terang terang tajuk post tu pengalaman interview sl1m, tapi kenapa komen yang aku terima adalah diluar skop penceritaan aku. Pakat duk sibuk komen bila result interview nak keluar? Adakah saya lulus lnterview? adakah keputusan interview dah keluar?
Dik, mai sini akak bagitau, posting tu adalah berkaitan pengalaman interview aku dulu. Cuba tengok tahun posting tu bila. Jangan compare dengan interview yang you baru je pergi. Aku tulis post tu sebagai guideline jenis soalan mahupun procedure pada hari interview. Itu sahaja.
Kalau soalan awak tanya bila keputusan nak keluar, dengan nada yang mengjengkilkan, tolong jangan komen. Fikir dulu sebelum komen. Klu komen bertanya tentang soalan soalan interview aku terima lagi. Ini tak, soalan korang ibarat aku ni kerja tabung haji yang incharge pasal program tu. Do research dik. Jangan nak tunggu orang suap je segala maklumat. Why not klu you google dalam page tabung haji ataupun call direct ke jabatan yang terlibat. Aku dah explain segala details, tapi nampaknya adik adik zaman sekarang ni lebih suka disuap terus. Taknak bersusah payah langsung. Klu macam tu sampai bila pun you takkan berjaya dik.
Itu adalah pengalaman aku sendiri, soalan yang aku hadap masa interview, mana mungkin sama dengan soalan yang korang bakal dapat. Klu sama alhamdulillah, senang la untuk korang. Sekurang-kurangnya dah ada guideline dari aku. Cuba fikir logik akal, adakah isu semasa zaman aku interview tu masih sama dengan isu semasa sekarang? Absolutely no. Do research, cari isu isu terkini, isu isu yang tengah hangat, isu isu yang sedang berlaku. Mana mungkin isu semasa zaman aku sama dengan isu semasa awak, melainkan memang isu tu belum ada penyelesaian.
Aku dulu membesar macam korang juga. Interview sana sini juga. Tapi tolong rajin sikit cari maklumat ye. Jangan tunggu orang suap je segala jenis maklumat. Ini baru part interview awak dah tunggu semua jatuh ke riba, kena ingat, bila dah kerja nanti lagi mencabar. Berkorban sikit klu nak berjaya. Bersusah susah dulu klu nak senang. Tanam dalam hati awak, bukan senang nak senang melainkan you ada kabel yang mampu tolong you dengan mudah. Aku takde kabel yang mampu nak tolong aku. Semua usaha aku sendiri. Tak bangga pun dik klu you dapat kerja atas bantuan orang lain dalam erti kata lain, ada tangan yang tolong you dapat benda tu walaupun hakikatnya you tak layak.
Lastly, so sorry aku terpaksa buat teguran ni. Aku bukan taknak tolong, bukannya demand taknak jawab soalan soalan korang, tapi tolong fikir logik akal sebelum komen apa apa. Aku klu jahat sangat, aku dah tak cerita dari A to Z untuk tolong korang berjaya dalam interview ni tau. Btw, thanks sebab korang sudi baca blog aku yang tak famous ni. And now memang aku dah tak aktif blog. Its time for me to focus on my family first. Ikutkan hati macam macam aku nak tulis, tapi masa tak mengizinkan. ok la, nanti aku sambung meroyan lagi ye. Wasalam