Assalamualaikum wbt.
Tak tahu la kan bila aku betul-betul dapat fokuskan blog. Semenjak dah berkeluarga ni memang blog langsung tak berupdate. Mulut je serius nak berblog, tapi kekangan masa memang tak mengizinkan aku fokus pada blog. Sedikit coretan tentang kelahiran permata hati kedua aku. Bukan mendambakan orang baca blog aku, tapi lebih kepada sebagai kenangan aku sendiri. Aku mungkin akan terlupa akan kenangan kelahiran ni, tapi sebagai kenangan untuk aku terus ingat, aku coretkan disini agar aku mahupun anak-anak aku ataupun saudara mara boleh baca kenangan ni kelak.
Perasaan bersalinkan anak kedua ni?
Aku rasa sangat mudah nak dibandingkan dengan kelahiran Auni Faqihah. Tak sangka aku bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan. Auni dilahirkan ketika kandungan aku 37 minggu, manakala kelahiran anis pada 36 minggu. Iya, awal satu minggu dari auni. Tapi tanda-tanda bersalin sama seperti Auni dahulu.
Subuh rabu, iaitu hari yang sepatutnya aku dan rakan-rakan ke hospital bagi melawat arwah penyelaras aku yang berada di wad icu sebuah hospital, terpaksa dibatalkan. Aku jugak bergegas ke hospital yang sama setelah dah turun tanda. Tanda yang sama seperti kelahiran Auni dlu, turun darah. Rumah bersepah, barang tak packing lagi, barang baby di rumah orang tua aku, nak uruskan Auni lagi. Nampak tak betapa kalutnya insan bernama Farhana ni. Kejut suami maklumkan dah turun tanda, boleh pulak dia garu kepala lepas tu ke hulu ke hilir macam takde arah tuju. Taktahu nak marah ke nak gelak. Dalam hati anak kedua pun panik lagi ke.
Sampai hospital, keliling pusing cari parking 8 kali! ini klu buat umrah, dah cukup bilangan tawaf dah. Bila agaknya masalah parking hospital berkenaan akan selesai. Hospital dan parking berpisah tiada. Pilihan terakhir, kami terpaksa susahkan best friend aku. Call Hanan, nak mintak tolong suaminya. Alhamdulillah Allah permudahkan. Kami ke kedai Hanan, ambil Zaim untuk Zaim bawa balik kereta aku ke kedai diaorang. Thanks a lot Hanan dan Zaim.
Prosedur yang sama seperti Auni dulu, daftar, masuk jumpa nurse, cek urine, cek "jalan", scan. Memandangkan dah tahu apa yang kena buat, takde nya aku gabra ke apa. Cuma part nak kena seluk tu aku gerun sikit walaupun dah baby kedua. So far, aku tak pernah rasa sakit untuk proses seluk menyeluk tu seperti yang kebanyakan ibu-ibu hamil risaukan. Dan seperti jangkaan aku, jalan pun belum buka lagi, baby pun ok² je kat dalam. Takde benda yang perlu dirisaukan. As expected, aku warded juga disebabkan dah dalam tempoh melahirkan baby (36 weeks). Paling lucu bagi aku, aku disorongkan dengan kerusi roda hingga ke wad. Katanya sebab dah ada "show", so prosedur hospital kena tolak aku dengan wheelchair walaupun kau masih boleh jalan sendiri. Rasa macam malu pula sebab kakak yang dah buka jalan kena jalan ke wad seperti biasa, sedangkan aku ditolak.
Semalaman di hospital tanpa sebarang contraction, aku pun cuba-cuba risik doktor untuk keluar hospital. Doktor tanya yakin ke awak nak discaj? Dengan confident aku jawab ya, jalan pun tak bukak lagi, baby pun ok. Doktor cek, dan jawapannya, "ok, saya benarkan awak balik". Suka gila dapat balik, rindu Auni satu hal. Tak pernah aku berpisah dengan dia walaupun sebentar. Dapat tau je boleh balik, aku terus order brownies. Buang tebiat laki aku kata. Haha, lantak situ, asalkan aku dapat makan sebelum bersalin. Maghrib khamis aku discaj hospital. Then, ambil brownies yang aku order pagi tadi sebelum pulang ke rumah mertua aku (plan balik rumah mertua dulu sebelum balik rumah orang tua aku memandangkan Auni berada di rumah mertua aku). Sampai rumah terus peluk Auni, rindu sangat walaupun hanya semalaman berpisah.
Khamis selepas isya, aku rasa macam sakit sikit. Cuba tengok jam, moniter kekerapan sakit. Tapi tak konsisten. Pegangan aku, selagi aku dapat tahan sakit, so maybe bukan masanya lagi. Sampai ke subuh sakitnya, tapi tak konsisten. Sekejap 10 minit sekali, lepas tu senyap sejam. Then sakit balik dalam kekerapan 5 minit sekali. Jam 8 pagi Jumaat, aku rasa macam satu contraction yang kuat. Setiap kali contraction datang, dalam kepala aku, "ok, ini betul-betul, bukan main-main dah". Terus bagitahu suami. Suami tanya confirm ke? Aku balas, "tengok muka ni ada macam gurau ke?". Suami paksa aku makan sebelum bergegas ke hospital. Taknak kejadian macam proses kelahiran Auni dulu berulang (Auni dulu aku tak sempat makan, takde tenaga nak teran. hampir-hampir kena vakum). Dalam sakit tu sempat juga aku habiskan sebungkus nasi. Ipar duai, mertua semua terkejut bila suami maklumkan aku dah start sakit. Kan maghrib semalam baru je balik. Sebelum ke hospital, sempat juga aku maklum kepada umi yang aku dah start sakit. Siap je makan, terus ke hospital. Bawa adik ipar sekali stand by kot takde parking. Sepanjang dalam kereta, puas la paksa suami pasang "hazard light", tapi dia cakap takpe, tak perlu. Dia tak tahu si bini dah sakit sangat-sangat, dan memang dah rasa baby nak keluar. Doa nabi yunus tak lepas dari mulut aku. Sampai je hospital, suami ambilkan wheelchair memandangkan aku memang dah takleh jalan langsung. Kami turun dan adik ipar bawa balik kereta aku.
Suami aku tolak masuk bahagian bersalin, tak sempat nak daftar nurse suruh aku terus masuk dalam. Prosedur sama, kena cek jalan dulu. 3 orang nurse di keliling aku, "fully dilate!" teriak nurse. Terus kelam kabut tolak aku ke labour room. Sampai labour room, terus diaorang tukar baju aku, sambil panggil doktor, sambil pakai glove. Kalut gila.
10.11 pagi sampai hospital, dan 10.15 pagi, 18 Ogos 2017, keluarlah anak dara kedua aku, Anis Nabilah seberat 2.1 kg. 2 malam aku d hospital, manakala Anis ditahan di wad baby memandang dikira lahir pramatang (36w4d). Baby ok takde masalah cuma ditahan untuk pemantauan. Alhamdulillah, sepanjang proses bersalin, jahit, cek luka, cek jalan sebelum bersalin, scan, semuanya dipermudahkan. Semuanya aku lalui bersama doktor perempuan. Memandangkan Anis premature, Anis juga prolonged jaundice selama sebulan. Doktor cakap baby premature memang berisiko prolonged jaundice.
Now Anis dah 6 bulan. besar dah dia. Nak sama besar dengan kakak dah. Jadi anak yang baik ye Anis. Sayang anak ibu!
#AuniFaqihah
#AnisNabilah
#IbuAunis