farhana mohamad: April 2010

Pages

30 April 2010

Ibu, Adik cuma nak tanya kenapa begini jadinya...???

:::CINTA FEBRUARI:::

Bu, adik cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak ?
Malam tu ibu ada temu janji
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu...

Benarkah bu?

Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?

Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?


Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta ibu dan lelaki itu telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?

Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta ibu dan jejaka itu?

Mengapa ibu?

Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?

Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya tu je bu.....















nauzubillah...lindungi dan jauhilah kami semua dari perbuatan ini Ya Allah..

27 April 2010

::pesan akhi::

Setapak demi setapak ku gagahi jua, biarla, lantakla apa mereka nak kata, apa mereka nak ejek aku pasrah dan redha. Kerana aku percaya pada Ilahi…. dan… akhi.

Akhi kater, di jannah bidadari2 syurga, meraka wanita suci lagi terpelihara… melindungi diri mereka aurat mereka drp ajnabi, hanya buat suami mereka shj. Tp akhi kater lagi, sungguh sedih melihat dunia kini, para wanitanya sudah hilang al-haya’ (malu). mempamerkan diri mereka sesuka rasa.

Aku ingat akhi ckp camtu. Aku pun nak jadi bidadari. Lalu ku tutup auratku seperti selayaknya dinyatkan di dalam al-Quran, yang mana ALLAH memerintahkan wanita yg beriman supaya menutup kepala mereka dan dilabuhkan sehingga menutupi dada. menutup AURAT mereka. Adapun, Allah tidak membiarkan hamba-NYA tanpa bimbingan. Diberi garis panduan yg tepat. Pakaian tidak boleh ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Warna tidak boleh menarik perhatian, dan tidak boleh jarang. Maha suci Allah Maha suci Allah.

Tapi…. aku sedih. Kenapakah kami, wanita yg ingin mematuhi peraturan ALLAH ini, perlu diejek dan dihina??? Memang x sah kalau sehari x mendengar nama ku disorak dari jauh. Terasa maruah dicakar, amarah mula membuak. Namun, ku dengar lagi akhi berkat, "sesungguhnya Allah itu bersama org2 yg sabar".

Biarla… biarla.

Akhi kater lagi…. Walaupun bidadari2 itu, indah dan suci, tiada ternoda walau sebesar hama, namun sesungguhnya martabat wanita yg beriman itu, adalah lebih tinggi daripada mereka. SUBHANALLAH!!! Bahkan, bg wanita2 beriman ini,yg dengan izin ALLAH dimasukkan ke dlm syurga, mereka dijadikan lebih cantik dan indah dari para bidadari itu.

Hatiku lega mendengarnya…. Akhi kater… bidadari2 itu, mereka telah dijadikan demikian. Sedangkan manusia, ada nafsu dan akal. Andainya kiter guna akal itu untuk memandu nafsu dengan bimbingan wahyu insyaALLAH, kita menjadi makhlukNYA yg lebih baik dari bidadari2 di jannah.

Akhi kater lagi…

Beruntung sebenarnya, makhluk ALLAH yg bergelar wanita ini…Padanya terletak seribu satu rahsia alam… padanya ALLAH jadikan kelembutan sebgai pakaian perlindungan bukan kelemahan padanya mata yg lembut bisa meleburkan iman seorang bergelar lelaki bisikannya mengandungi racun dan juga penawar senyumannya bisa membawa kepada jalan ALLAH atau lembah maksiat tangannya membelai lembut bakal pemimpin2 ummah juga bisa menghancurkan kehidupan seorang insan

Kata-katanya?

Itulah pengubat segala duka dan luka seorang insan bergelar lelaki, juga bisa menghancur leburkannya…lemas dlm lautan alpa.

Soalnya… yang mana satukah kita?? Bagaimanakah kita aplikasikan anugerah Ilahi ini??

Akhi kater…. "bersyukurla wahai ukhti, ALLAH telah menjadikan kamu sebagai salah satu rahsianya yg paling agung, maka hargailah nikmat ALLAH"

Akhi kater lagi.. "Ukhti, wanita itu titik permulaan dua jalan berbeza. Wanita itu mungkin menangis, tapi sebenarnya dia lebih gagah dan tabah dari seorang lelaki. Di kala kami, insan yg bergelar lelaki ini rebah dan berputus harap, kamulah wahai wanita yg mukminah, ntah bagaimana dengan kekuasaan Rabbul Izzah, menjadi kekuatan yg plg utuh,tak lebur hatta oleh panas mentari. Selayaknya kamu wahai mukminah ibarat Sydtn Khadijah dan ribuan lagi serikandi ISLAM."

Bicara akhi lagi..

"Wahai ukhti, wanita mukminah itu ibarat mawar. Anggun, kelopak lembut danrapuh, namun berduri."

Aku pegang kater akhi. Sebab aku x mahu lepaskan peluang keemasan yg ALLAH anugerahkan kepada ku di sebalik hikmah kejadian ku sebagai seorang WANITA.

25 April 2010

isu penempatan mahasiswa usim

Salam kebajikan,

Lebih seribu mahasiswi hilang tempat penginapan untuk semester hadapan. Hal ini menyebabkan kekecohan dan kelam kabut kepada mahasiswi untuk mencari tempat penginapan baru. Tambahan lagi bercampur aduk dengan final exam yang sedang berjalan sekarang.

Semalam jawapan daripada pihak pengurusan asrama supaya mencari sendiri rumah sewa adalah jawapan yang tidak bertanggungjawab. Sedangkan tempoh yang diberikan untuk pengosongan asrama adalah sehingga 9 Mei ini dan tarikh akhir final exam adalah 7 Mei ini. Jika ditanya kepada pegawai universiti untuk berfikir pun mereka tak kan sempat melaksanakan 2 kerja dalam satu masa, satu masa untuk fokus kepada exam, dan dalam masa yang sama sibuk mencari rumah kosong untuk menyewa.

Semalam juga, pihak ejen rumah sewa mula mengambil kesempatan menaikkan harga rumah sewa sehingga mencapai harga ribuan ringgit. Harga yang tidak masuk akal ini telah menyebabkan ramai mahasiswi mencari-cari rumah yang termurah dan ada jua yang sudah sanggup membayar deposit walau sedar harga sewa yang tinggi itu.

Jika saya ditanya siapakah yang lebih berkebajikan antara pengurus asrama pekerja kilang dengan pengurus asrama universiti. Saya ingin katakan pengurus asrama kilang lebih terurus dan berkebajikan berbanding pengurus asrama universiti. Dan pekerja kilang lebih bernasib baik berbanding mahasiswi universiti.

Bersama dengan ini saya bawakan 5 usul segera untuk dilaksanakan pihak pengurusan.

1- Pihak pengurusan asrama hendaklah mengadakan taklimat khas kepada mangsa yang terlibat. Bagi panduan jelas apa yang sepatutnya mereka lakukan selepas mereka sewenang-wenangnya dihambat keluar.

2- Panjangkan tempoh pengosongan asrama sehingga penghujung bulan Jun. Terutamanya kepada pelajar yang akan tinggal dalam masa cuti (short sem). Kerana fatrah exam ini tidak memungkinkan mereka dapat mencari rumah sewa untuk tinggal semasa short sem nanti.

3- Sediakan wakil atau penyelia menguruskan penempatan asrama. Kerana mangsa adalah kaum muslimat dan kesukaran untuk bermuamalat bersama masyarakat awam di sini perlu ditimbangkan. Semalam sahaja seorang cina botak sebagai ejen asrama menaikkan harga sewa rumah berlipat kali ganda. Sebulan sebelum itu pelajar USIM juga menjadi mangsa cina botak ini, apabila selepas sebulan menyewa baru semalam air disalurkan.


4- Beritahu kawasan black area untuk disewa. Kerana di sini popular dengan pekerja asing dari Nepal, Indonesia dan Bangladesh. Di sekitar Sutera Indah juga tersohor dengan pusat hiburan dan rumah urut sekeliling Sutera Indah. Kerana semalam ada pihak yang menawarkan rumah kedai untuk disewa oleh muslimah. Rumah kedai itu di belakangnya adalah asrama pekerja kilang warga asing, manakala dibawahnya adalah bengkel servis bas Sidik Canopy. Bimbang sekali jika mereka menyewa di sana keselamatan yg tak terjamin serta kedudukan yang tidak sesuai.


5- Tetapkan harga semasa rumah sewa. Kerana masa inilah, pihak ejen rumah sewa menaikkan harga rumah setinggi mungkin. Terbaru ada yang meletakkan harga sehingga RM1500 sebulan di Desa Anggerik. Harga munasabah perlu diletakkan berdasarkan ekonomi mahasiswa bukan berdasarkan harga awam.


Saya pohon dengan sesungguhnya agar pihak bertanggungjawab ambil cakna tentang kebajikan mahasiswi seramai seribu lebih ini. Saya menyampaikan cadangan kerana saya melihat kedudukan pelajar universiti harus dilayan lebih baik berbanding pekerja kilang Nepal atau buruh binaan asing. Kerana saya lihat mereka diurus tepat peninggalan dengan baik, setara dengan kedudukan mereka sebagai pekerja kilang. Kami adalah mahasiswa terpelajar yang perlu diberi layanan yang sebaiknya, bukana layanan angkuh pegawai universiti dengan mudah menghambat lebih seribu mahasiswa dalam masa teringkas dan terpantas ini.


Orang kata universiti ini populardengan perkara-perkara pelik. pohon pertimbangan seadilnya. Atas dasar ukhuwwah Islamiah atau kalau tidak pun atas dasar kemanusiaan yang sedia ada pada semua insan yang punyai akal berfikir dan hati yang menimbang.


Salam kebajikan, dari mahasiswa untuk mahasiswa.

sumber: si syahid

24 April 2010

enjoy it!

:::Ikhlas dari Munzir Networkman Tuesday, April 20, 2010::



Akal : Assalamualaikum.

Senyap sunyi..salam nye x bersambut..dicuba lagi..

Akal : Assalamualaikum.

Masih tiada yang menyambut..dicuba lagi untuk kali ketiga..alhamdulillah, terdengar bunyi kunci dibuka dari dalam..kelihatan Hati di sebalik pintu dengan rupa yang lesu..

Hati : Waalaikumussalam.. Akal rupanya..ingatkan siapa tadi..masuklah..

Akal pon melangkah masuk ke dalam kamar Hati..dilihatnya Hati terus berbaring di sofa..Akal ikut duduk di kerusi yang lain..

Akal : Kita dengar Hati x sihat..tue kita datang melawat..Hati ok x..??

Hati : Aaa..haah..x sihat sikit..kepala cam pening-pening..pastu badan pon cam sakit-sakit..penat sangat kot..

Akal : Hmm..maybe la kot..nampak macam Hati gelap sikit..Hati pergi main berjemur ke..??

Hati : Eh, xde la..xde main berjemur pon..teman Nafs je pergi jalan-jalan..shopping-shop
ping sikit..

Akal : Ohh..ye ke..

Suasana sepi..dilihatnya Hati sibuk memicit-micit kepalanya sambil memejamkan mata..

Akal : Hati..kita nak cakap sikit la..

Hati : Hmm..kenapa, ‘Kal..??

Akal : Xde la..kita rasa sejak Hati berkawan baik dengan Nafs tue, kita berdua dah macam makin jauh je..bukan lah kita jeles ke ape..cume kita macam rindu la nak spend time, borak-borak ngan Hati macam dulu-dulu..

Hati : Hmm..agak la..xpe, next time kita keluar bertiga eak..

Akal : Hmm..kita bukannya x nak..tapi kita rasa Nafs tue macam x suka je kat kita..bila kita datang dekat je kalau korang ngah berborak, mesti dia tarik Hati pergi tempat lain..kalau dia nampak Hati tegur kita pon, selalu kita nampak dia macam jeling kita..

Hati : Eh, mana ada..Nafs tue baik taw..seronok berkawan dengan dia..dia pandai cari tempat best nak pegi enjoy..hari tue dia bawak Hati pergi satu tempat nie..dengar lagu..seronokkk..! ada orang nyanyi-nyanyi sume..pastu dia ajar Hati macam mana nak main game dekat archade tue..and then, dia kenal kan Hati kat kawan-kawan dia..lelaki..hoho..hensem-hensem sume..tapi tue la..cam ramai yang dah ada GF la tapi..jeles betul..tapi xpe..ada je yang still single-mingle..hoho..nanti kalau Akal nak, Hati bawak Akal pegi sana ye..

Akal terdiam seketika sebelum meneruskan kata-katanya..

Akal : Hati, kita rasa Hati dah berubah la..

Hati terkejut..bingkas dia bangun dari baringnya dan duduk menghadap Akal..

Hati : Hmm..?? Berubah..?? Eh, xde la..mana ada..Hati macam nie gak la..maintain je..

Akal : Tak la..dulu Hati x macam nie..dulu mana ada Hati suke pergi tempat-tempat macam tue..taw pasal tempat tue pon x pernah..pastu mana pernah Hati usha-usha laki macam tue..Hati kan taw x elok wat camtu..sekarang pon Hati dah jarang pergi lawat Mak Usrah..dia selalu tanye pasal Hati taw..

Hati : Ala..dulu Hati x taw sebab xde orang beritahu..lagi pon, bukan selalu pon pergi..baru 4 kali pergi..Akal nie..macam mak orang la..

Akal : Tapi Hati..Hati kan taw benda tue salah..

Hati : Ala..salah apa nya..Hati bukan wat pape pon..Hati juz nak enjoy je..

Akal : Enjoy apa nya kalau dok buat tambah dosa camtu, Hati..??

Hati : Mana ada tambah dosa..?? Bukannya Hati pegang-pegang diorang ke apa..borak-borak je..

Akal : Hati..Hati dah meremehkan hal dosa pahala nie, Hati..Hati taw x kalau Hati wat benda-benda yang ALLAH larang tapi tanpa perasaan yang benda tue salah, Hati akan dapat satu titik hitam kat badan Hati..?? Cuba Hati tengok..Hati perasan x yang Hati dah makin gelap..Hati nak ke jadi hitam betul..??

Hati terdiam..Akal meneruskan bicaranya..

Akal : Kita taw Hati sekarang selalu tido lambat..selalu dengar Hati bangun lambat..selalu termiss Subuh..Isyak pon kadang-kadang Hati terlepas sebab tertido..betul x..??

Hati mendiamkan diri..tapi masih menganggukkan kepala..

Akal : Boleh kita taw kenapa..??

Hati : Hati penat je..tue selalu tertido awal, bangun lambat..

Akal : Kenapa Hati penat..??

Hati : ..sebab teman Nafs..

Akal : X cakap dengan dia yang Hati penat..??

Hati : Hmm..dia tue macam keras kepala sikit..kalau Hati cakap Hati penat, dia still tarik Hati ikut dia gak..kalau Hati cakap Hati x mau ikot, nanti dia merajok..x mau cakap dengan Hati..Hati malas nak ribut-ribut..nanti makin serabut kepala Hati..makin penat nanti..

Akal : Tapi still Hati penat gak kan sekarang..??

Hati mendiamkan diri semula..

Akal : Hati, kita nak cakap..daripada Hati penat sebab ikut Nafs yang x dapat apa-apa..dengan kalau Hati tolak permintaan Nafs tapi dapat pahala..yang mana satu lebih beruntung..??

Lambat Hati menjawab..

Hati : …tolak..

Kelihatan Hati menundukkan kepalanya..

Akal : Hati, kita nasihat Hati sebab kita sayang Hati..kita x mau Hati makin jauh and makin banyak buat benda salah.. kita x taw Hati taw ke x nie, tapi kita selalu nampak Nafs tue duduk-duduk dengan Syaitan..Hati taw kan Syaitan tue pelajar bermasalah..siap ada geng lagi..Kita x mau Hati terikut sampai jadi geng tue..bukannya kita nak sangka buruk ke apa..just langkah berjaga-jaga je..

Hati kelihatan terkejut..

Hati : Eh..Nafs kata dia x kawan dah dengan Syaitan tue..dia kata diorang dah x sependapat, so dia dah x join dah geng tue..

Akal : Hmm..maksudnya dia dah tipu Nafs la tue..bukan sekali kita nampak diorang tue jumpa..banyak kali gak la..tapi kita x sempat-sempat nak beritahu Hati sebab dia selalu ada kat sebelah Hati..

Hati : Tapi Hati x paham..kenapa dia nak tipu Hati..x paham la..ingatkan kitorang kawan baik..

Akal : Hati..ingat x ayat yang Mak Usrah pernah bagi kita dulu..?? Yang Syaitan memang dah berjanji untuk memesongkan manusia dari jalan ALLAH sampai tibanya hari akhirat..and dia memang akan sengaja buat macam dunia nie terasa indah untuk kita sampaikan kita terpedaya..Hati pon taw kan..Hati yang control seseorang tue..sebab tue kita rasa dia aim Hati..

Hati kelihatan kecewa..terlihat kesedaran terlukis di mukanya..

Akal : Hati..kita nak cakap banyak pon, kita pon bukan taw sangat..ada benda yang kita x taw and kita pon x paham sangat..kalau Hati nak, kita boleh kenalkan sorang kawan kita nie..nama dia Furqan..insyaALLAh dia boleh tolong terangkan sume-sume yang Hati nak taw and tanye..

Hati memandang Akal dengan pandangan terharu..

Hati : Terima kasih ‘Kal sebab sedarkan Hati..beruntung sungguh Hati dapat kawan macam Akal nie..

Akal : Ala..kita bukan wat pape pon..sume tue ALLAH yang izinkan..

Kedua-dua pon tersenyum..

Akal : Ok la, Hati..kita nak kena pergi nie..ada hal nak kena settlekan..Hati rehat la ye..nanti bila da sihat balik, jenguk-jenguk la Mak Usrah..dia rindu betul ngan Hati..baby Iman ngan Islam pon dah lama x kena timang ngan Hati..

Hati : InsyaALLAH..kalau Akal rajin, nanti sampaikan la salam Hati kat diorang ye..

Akal : InsyaALLAH..Hati rehat ye..

Akal pon beredar meninggalkan Hati untuk berehat..

***************

p/s: kan bagus kalau bley sedarkan hati kita dengan semudah nie..?? hmm..tapi kita kena ingat..kalau kita nak mendekatkan diri pada ALLAH, ALLAH akan buka jalan untuk kita..begitu jugak kalau kita berusaha untuk menjauhkan diri dari ALLAH..ALLAH akan buka jalan untuk kehendak kita tue jugak..NAUZUBILLAH..mudah-mudahan kita x termasuk di dalam golongan yang dipesongkan setelah mendapat hidayah-Nya..
Amin~

::really depressed::

salam mujahadah..

ana x tau macam mana nak gambarkan perasaan ana kala ini..rasa sangat tertekan, tertekan dan tertekan...ku x mampu menempuh ujian Mu yang sekelumit ini Ya Allah.. berikan aku kekuatan untuk menempuh ujian ini Ya Allah... perjuangan hidupku masih panjang dan banyak lagi dugaan dan cabaran yang terpaksa ku tempuh sepanjang ranjau kehidupanku ini..

banyak benda terpaksa ana fikirkan, kadangkala pernah terfikir di firasat ana, kan bagus kalau ana jadi kanak2 sepanjang hidup ana, tak payah fikir apa2, main je 24 jam...bila usia semakin meningkat pelbagai benda yang nak difikirkan.

kenapa aku begitu lemah..???
bangun farhana!!
kamu x pernah selemah ni..kamu kuat!
begitu kecil ujian Allah pun kamu x mampu nak tempuh..
kenapa kamu menjadi begitu lemah..??

kenapa ana begitu lemah..??? persoalan ni ligat bermain di benak kepala ana. Allah hanya menguji dengan ujian yang kecil sekali ana kira, tapi kenapa ana tak mampu nak tempuhinya. terfikir pula ujian2 yang terpaksa ditempuhi saudara2 ana di bumi palestin, ujian mereka lagi berat dari ujian yang ana tanggung. tapi mereka begitu kuat sekali menempuhinya. sepatutnya ana bersyukur berada di bumi yang aman damai tanpa bermandikan peluru mahupun bom setiap hari.

ana memerlukan seseorang di saat ini. insan yang dapat merungkaikan semua tekanan ana. umi, abah, anakmu ini sangat memerlukan mu kala ini. anak mu tidak kuat menempuh semua ini. ye betul, anakmu ini telah menghubungi umi dan abah semalam sambil diiringi airmata yang seakan-akan tidak mahu berhenti. sejam tidak memadai bagiku untuk menghilangkan semua tekanan ini. pelbagai nasihat dikau curahkan tapi ianya tidak sama andai dikau berada di hadapanku. ana merindui umi dan abah. ana buntu.



p/s: post kali ni seakan-akan diary, tapi ana x kisah sebab blog ni ana yang punya.. ~.~

17 April 2010

Gelaran Syeikh Al-Islam : Siapa Yang Layak?

Bukan sebarangan ulama yang memperolehi gelaran “Syaikh al-Islam”. Ulama yang memiliki ketinggian ilmu sahaja yang layak menyandangnya.

Gelaran *Syaikh al-Islam* biasanya diberikan oleh beberapa ulama kepada seorang ulama atas ketinggian ilmunya. Ada beberapa kriteria untuk layak menyandangnya.

Ibnu Nashiruddin, dalam kitab Radd al-Wafir, mencatatkan beberapa kriteria tersebut.

Pertama:, seorang tokoh hendaklah seorang yang memahami al-Qur’an dan as-Sunnah dengan perbedaan qira’ah dan asbab an-nuzul-nya.

Kedua :, tokoh tersebut perlu menguasai bahasa Arab secara sempurna.

Ketiga :, tokoh tersebut ialah seorang yang menguasai masalah ushul (pokok) dan furu’ (cabang) dalam Islam.

Empat :, beliau adalah ulama yang menjaga ibadahnya, tawadhu, dan tidak menganggap dirinya manusia maksum.

Walhal, tidak banyak ulama yang menyandang gelaran tersebut. Berikut ialah di antara ulama yang bergelar Syaikh al-Islam:

1. Ibnu Qudamah Al-Maqdisi

Nama lengkapnya ialah Asy-Syaikh Muwaffaquddin Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad Ibnu Qudamah al-Hanbali al-Maqdisi, lahir di Nablusi, dekat Baitul Maqdis, Palestin, pada 541 Hijriah. Pada usia 10 tahun, beliau sudah menghafal al-Qur`an.

Menginjak usia 20 tahun, Ibnu Qudamah, pergi ke Baghdad untuk menuntut ilmu kepada beberapa ulama, antara lain: Abu Zur’ah bin Thahir, Ahmad bin Muqarib, dan ulama wanita Khadijah an-Nahrawaniyah. Merasakan ilmu yang dimiliki belum mencukupi, beliau melanjutkan perjalanan menuntut ilmu kepada ulama di Damaskus dan Makkah.

Beberapa ulama, seperti Hafidz Dziya’ al-Maqdisi dan Hafidz al-Mizzi mengakui gelar Syaikh al-Islam amat tepat dianugerahkan kepada Ibnu Qudamah al-Maqdisi.

Semasa hidupnya, Ibnu Qudamah telah menghasilkan pelbagai karya. Di antaranya ialah al-Mughni (fiqih), al- I’tiqad (aqidah), ar- Raudhah, dan al-Burhan. Selain itu beliau menulis biografi para ulama yang telah menjadi gurunya.

Ibnu Qudamah wafat pada hari Sabtu, bertepatan dengan hari Aidilfitrah pada 620 Hijriah.

2. Izzudin bin Abdissalam (Sultanul Ulama)

Beliau yang bernama Izzudin, lahir pada tahun 577 hijriyah. Beliau berguru kepada ulama ternama, seperti Hafidz Ibnu Asakir dan Saif al-Amidi.

Beliau adalah ulama yang berani berkata haq di hadapan penguasa. Sikap beraninya ini membuatkan beberapa penguasa Mesir di waktu itu tidak mampu menentangnya, termasuk ketika Izzudin meminta agar mereka menyiapkan pasukan untuk menghadapi pasukan Tatar di Syam.

Beberapa karya yang pernah ditulisnya adalah al-Qawa’id al-Kubra, Majaz al-Qur’an, Tafsir al-Qur’an, Muhtashar Shahih Muslim, dan Al-Fatawa
al-Mishriyah.

Maka, Tajuddin as-Subki, Ibnu al-Imad, Tilmitsani, dan Imam as-Suyuthi memberikan gelar Syaikh al-Islam kepada Izzudin. Beliau wafat pada tahun 660 H dan dimakamkan di Cairo, Mesir.

3. Imam Nawawi

Lahir di Nawa, sebuah desa yang berada di daerah Dar’an Suriah pada 631 H. Keluarganya sangat menghargai ilmu Islam.

Pada tahun 649 hijriah, beliau melakukan perjalanan ke Damaskus, Syria untuk mempelajari kitab Tanbih dan al-Muhadzab. Kitab rujukan dalam madzhab Syafi’i itu berhasil beliau hadami dalam tempoh 4,5 bulan. Dalam sehari beliau menghadiri 12 majlis ilmu dalam berbagai macam disiplin ilmu.

Beliau juga termasuk ulama yang produktif, beberapa karya beliau ialah, Syarah Shahih Muslim, Syarah Muhadzab, dan Riyadh as-Shalihin.

Banyak ulama yang mengakui Imam Nawawi sebagai Syaikh al-Islam. Di antaranya, Tajuddin As Subki dalam Thabaqat-nya, Imam Sakhawi dalam al-Ihtimam, serta Syaikh Abdul Ghani Daqqar dalam karyanya Imam an-Nawawi Syaikh al-Islam wa al-Muslimin.

Beliau wafat pada tahun 676 H dan dikebumikan di Nawa.

4. Taqiyuddin Ibnu Daqiq al-Ied

Lahir pada 625 hijriyah, berasal dari keluarga terkemuka. Melalui ayahnya, Abu Hasan Ali bin Wahab yang juga seorang ulama,beliau mendalami fikih mazhab Syafi’i. Beliau juga mempelajari perkara yang sama kepada murid ayahnya, Al Baha’ al-Qufthi. Sedangkan, dalam ilmu bahasa Arab beliau berguru kepada Muhammad bin Fadh al-Mursi.

Semangatnya dalam menuntut ilmu begitu kuat. Taqiyuddin terus ke Cairo dan berguru kepada Izzudin bin Abdissalam.

Beliau pernah mengajar di Dar al-Hadits, Qahira. Banyak ulama yang mengakui ketinggian ilmunya. Al Adfawi pernah berkata, ”Tidak ragu lagi bahawa beliau adalah seorang mujtahid, tiada yang menyanggah, kecuali orang-orang yang keras kepala.”

Karya yang telah dihasilkan, di antaranya ialah Ihkam al-Ahkam, Syarah Umdah al-Ahkam, al-Iqtirah (Musthalah Hadits), dan Syarah Muqadimah Mathruzi (ushul fikih). Beberapa ulama telah menyebutnya sebagai Syaikh al-Islam, antara lain Tajuddin as-Subki dalam Thabaqat-nya, Imam ad-Dzahabi dalam Tadzkirah al-Huffadz, dan Ibnu Hajar al-Haitami al-Maki. Taqiyuddin wafat pada 716 H.

5. Ibnu Taimiyah

Setelah pasukan Tatar menguasai Harran (kini berada di Turki), beliau yang lahir pada tahun 661 hijriah, diajak ayahnya berhijrah ke Damaskus. Di sana, beliau berguru kepada beberapa ulama, salah seorang darinya ialah Ibnu Abdu al-Qawi at-Thufi.

Penguasaan terhadap ilmu tidak diragukan lagi, selain menguasai masalah ushul dan furu’, beliau juga seorang hafidz, faqih, dan mufassir. Tidak hairan pada usia 19 tahun beliau sudah berfatwa.

Beliau merupakan guru kepada Ibnu Qayim al-Jauziyah, dan Ibnu Katsir juga pernah membuat karya yang cukup terkenal, Majmu’ah al- Fatawa, Jawab As Shahih, Iqtidha’ Sirath al-Mustaqim, dan Qawa’id Nuraniyah.

Para ulama yang memperakuinya sebagai Syaikh al-Islam di antara lainnya ialah, Imam Dzahabi, Ibnu Qayim al-Jauziyah, dan Hafidz al-Mizzi.

Ibnu Taimiyah Wafat pada 20 Dzulhijjah 728 H, ketika beliau didalam penjara Qal’ah Dimasyq yang disaksikan oleh salah seorang muridnya Ibnu Qayyim.

6. Taqiyuddin as-Subki

As Subki lahir pada tahun 683 hijriah. Ayahnya, Zainuddin adalah sekaligus gurunya itu adalah seorang hakim. Beliau dihantar orang tuanya ke Mesir, untuk berguru kepada beberapa ulama, seperti Hafidz Dimyathi dan Syaikh al-Islam Ibnu Daqiq al-Ied.

Para ulama semasanya, seperti Al-Baji, Ibnu Rif’ah, dan Dimyathi memanggilnya dengan Imam Muhaditsin, Imam Fuqaha, dan Imam Ushuliyin. Tajuddin as-Subki dan Hafidz al-Mizzi pun memberikan gelar Syaikh al-Islam.

Beberapa karyanya antara lain, Tafsir Durar an-Nadzim, Al-Ibhaj Syarh Minhaj, dan Majmu’ Syarh al-Muhadzab.

Jasad as-Subki, yang wafat pada tahun 756 di Cairo ini diiringi ribuan umat Islam. Ada yang mengatakan bahawa tidak ada yang mampu menandingi jumlah orang yang memberi takziah kepada Imam Ahmad bin Hanbal, kecuali jumlah orang yang memberi takziah kepada as-Subki.

7. Ibnu Hajar al-Atsqalani

Beliau lahir dalam keadaan yatim pada tahun 733 hijriah di Mesir. Pada usia 9 tahun, beliau sudah mampu menghafal al-Qur’an, hafal al-’Umdah (kumpulan Hadits-Hadits hukum), Alfiyah Hadits Iraqi (ilmu Hadits).

Imam Syaukani menyebutkan bahawa guru-guru Ibnu Hajar adalah para pakar di bidang masing-masing, antara lain: Hafidz al-Iraqi (ahli Hadits), Ibnu Mulaqqin (ulama terbanyak berkarya), dan Al Bulqini (ahli fikih). Beliau telah melakukan perjalanan ke Hijaz, Yaman, Syam, dan Makkah untuk mecari ilmu.

Beliau merupakan guru kepada Imam Sakhawi dan Imam Suyuthi ini menghasilkan karya terkenal sehingga kini iaitu Fathu al-Bari, dalam waktu 25 tahun. Juga beberapa buku yang berhubungan dengan kedudukan periwayat Hadits, seperti Lisan al-Mizan dan Tahdzib at- Tahdzib.

Ulama yang menggelarkannya dengan Syaikh al-Islam adalah Imam as Suyuthi. Imam Sakhawi juga mengarang buku khusus yang berjudul Jawahir ad Dhurar fi Tarjamah Syaikh al Islam Ibnu Hajar. Beliau wafat tahun 852 H di Mesir.

Wallahu’alam

http://almukminun.blogspot.com/2010/04/gelaran-syeikh-al-islam.html

16 April 2010

WANITA IDAMAN

wanita..idaman lelaki
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah
yang jiwanya penuh penghayatan terhadapIslam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah

wanita idaman lelaki ialah…
yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
wanita idaman lelaki ialah…wanita yang menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam
yang mengamalkan hidup penuh sederhana
kerana dunia baginya adalah rumah
sementara menuju akhirat

wanita idaman lelaki…yang sentiasa
bersedia untuk menjadi insan
yang hidup dibawah naungan al quran dan
mencontohi sahabiyyat…
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matanya dari berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan
rahmat Allah keatasnya
wanita idaman lelaki ialah…tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana penat membaca
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangunnya subuh penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah
penuh kematangan

wanita idaman lelaki…..sentiasa
mengingati mati
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari
kemudian

wanita idaman lelaki….
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di situlah rumah idamannya
dan dia ingin membawa saya bersama
dialah wanita idaman lelaki…..
jika ada lagi WANITA
sebegini..alhamdulillah….alangkah
bertuah sesiapa yg dapat memiliki hatinya

p/s: ana ingin menjadi wanita itu! insyaallah....

Karamah Saidina Umar Al Khattab r.a

(1) Suatu hari, berlaku gempa bumi di Madinah. Sewaktu itu Saidina Umar r.a memegang teraju pemerintahan sebagai Khalifah setelah kematian Saidina Abu Bakar r.a. Ketika bumi sedang bergetar, Saidina Umar r.a menghentakkan tongkatnya ke tanah lalu berkata, “Wahai bumi, tenanglah kamu. Apakah aku tidak berlaku adil di atasmu?” Dengan izin Allah, serta-merta gempa bumi terhenti.

(2) Tentera Islam di bawah pimpinan Amru Al Ash telah berjaya membuka Mesir. Ketika itu berlakulah kemarau panjang hinggakan air Sungai Nil kering. Menurut penduduk di situ, air Sungai Nil akan naik kembali jika dikorbankan seorang anak dara ke dalamnya. Begitulah yang mereka lakukan pada masa-masa yang lalu. Amru menulis kepada Saidina Umar r.a bertanyakan pendapatnya. Saidina Umar r.a menolak sama sekali upacara khurafat tersebut lalu beliau menulis sepucuk surat kepada Sungai Nil yang berbunyi:

“Daripada Amirul Mukminin Umar kepada Sungai Nil di Mesir. Jika kamu mengalirkan airmu dengan kehendakmu sendiri, janganlah kamu mengalir. Tapi jika kamu mengalir dengan kehendak Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa, maka kami memohon kepada Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa untuk mengalirkan kamu.”

Surat ini dilemparkan oleh Amru ke dalam Sungai Nil. Dengan izin Allah, pada malam itu juga tersembur keluar mata-mata air di sepanjang sungai tersebut hingga penuh sebagaimana yang kita lihat hari ini.

(3) Suatu ketika seorang utusan dari Rom (musuh Islam) tiba ke Madinah untuk menyampaikan sesuatu daripada rajanya kepada Khalifah. Dia bertanyakan orang ramai di manakah istana Saidina Umar r.a. Malangnya Saidina Umar r.a tidak ada istana kerana beliau tinggal di sebuah rumah kecil sahaja di padang pasir. Inilah contoh zuhud yang terbaik. Ketika sampai ke tempat Saidina Umar r.a, dilihatnya khalifah sedang tidur sendirian di bawah pokok tamar. Tongkatnya dijadikan bantal. Utusan Rom berasa hairan kerana pemerintah Islam yang sangat digeruni Timur dan Barat itu langsung tidak ada pengawal peribadi. Dia terfikir inilah saat yang paling sesuai untuk dia berkhidmat kepada rajanya iaitu dengan membunuh Saidina Umar r.a. Dia pun mendekati Saidina Umar r.a dengan pedang yang terhunus. Tiba-tiba muncul dua ekor singa entah dari mana hendak menerkamnya . Sang utusan menjerit ketakutan dan pedangnya terlucut menyebabkan Saidina Umar r.a terjaga. Singa-singa tadi hilang begitu saja. Utusan Rom pun menceritakan apa yang terjadi kepada saidina Umar r.a. Akhirnya dia terus memeluk agama Islam.

(4) Saidina Umar r.a pernah melaung dia atas kubur seorang pemuda, “Wahai pemuda, bagi orang yang takut kepada Tuhannya, kamu akan mendapat dua syurga.” Suara dari dalam kubur itu menjawab, “Wahai Umar, Allah telah mengurniakan kepadaku dua syurga.”

(5) Saidina Umar r.a telah mengirim sepasukan tentera di bawah pimpinan Sariyah ke Nahawunda untuk menghadapi tentera Parsi. Dalam peperangan itu, tentera Islam terpukul hebat dan hampir-hampir akan kalah. Saidina Umar r.a yang ketika itu sedang berkhutbah di masjid telah dibukakan hijab oleh Allah hinggakan dia dapat melihat situasi peperangan tersebut. Secara spontan Umar r.a menjerit memerintahkan Sariyah dan tenteranya bertahan di atas sebuah bukit. Arahannya itu dapat didengar oleh tentera Islam yang jauh ratusan (mungkin ribuan) batu lalu mereka mengubah strategi dan akhirnya mencapai kemenangan.

*** Banyak persoalan dari saudara2 ditujukan pada diri ana,”mengapa ana delete FB”? adakah ana berundur kerana takut? kerana lemah apabila orang mencaci? atau kerana FB ini haram? Maka jawabnya persoalan2 itu biarkan sahaja, mengenai FB ini jika diguna dengan baik maka akan membawa manafaat tetapi apabila diguna secara mungkar maka membawa bala, jadi gunakanlah ia dengan sebaik2nya. InsyaAllah ana tidak akan berundur, perjuangan kita kan belum tamat... makanya kita mesti sama2 tempuhinya. Setiap dari kita adalah bersaudara maka mengapa ana perlu menjadi lemah sedangkan kamu semua ada bersama2 ana? Apatah lagi apabila kita menolong agama Allah maka Allah bersama2 kita. Kita juga ada peranan masing2, makanya jalankan peranan itu. Ana tetap akan menyebarkan artikel2 dan ilmu2 dalam FB ini cuma bezanya ana tidak sebarkannya secara terus tetapi melalui 21 orang yang sudi menolong ana dalam hal ini.

Wallahu’alam.-Al Azhar Addin
****Mohon disebar2kan seramai mana yang kamu boleh sebarkan

15 April 2010

peringatan besar buat muslimat

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.

Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.

"Siapa yang dipintu itu?"

Maka sahut Siti Fatimah;
"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah".

Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat.

Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;

"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;

"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa".

Berkata Sayyidina Ali RA.;

"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;

Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar (menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagi

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab; dan

Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.

Kata Sayyidina Ali RA;

Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"

Maka sabda Nabi SAW.;

Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.

Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.

Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki

SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN.

12 April 2010

anak haram

SERAMAI 17,303 Orang anak luar nikah berbangsa Melayu yang dilaporkan sepanjang tahun 2009. Ini peningkatan yang amat menggerunkan berbanding hanya 16,541 orang pada tahun 2008. Lagi menggerunkan kerana sepanjang lima tahun yang lalu, seramai 74,723 orang anak luar nikah yang terhasil dari benih lelaki dan perempuan Melayu. Itulah statisitk yang dikemukakan oleh Ketua Pengarah jabatan Pendaftran Negara. Ini sungguh membimbangkan, kata Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak dalam Mingguan Malaysia hari ini(28.3.2010.).





SIAPAKAH yang harus dipersalahkan atau dijadikan sebab atau punca semua ini. Terlalu banyak untuk disenaraikan. Tapi, Kalau kita perhatikan kepada realiti dan kita telitikan fakta dalam Hadis Nabi, ternyata ibu-bapa merupakan salah satu faktor yang mewujudkan masalah ini. Saya ulangi, salah satu faktor dan bukan satu-satunya faktor..

Dalil

“Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)
Hadis ini jelas menerangkan peranan ibu bapa untuk mencorak dan melakarkan kehidupan anak-anak dari aspek kerohanian.

Kata orang, anak-anak itu merupakan bayangan ibu-bapanya. Dan harus diketahui apakah sifat bayang-bayang. Kayu yang bengkok tidak akan sesekali menghasilkan bayang yang lurus. Lumrahnya, kalau ibu bapa itu jauh dari agama, maka anak-anaknya juga akan mencetak watak yang sama. Lazimnya, jika ibu-bapa itu cakna agama, maka anak-anaknya akan menyalin kecaknaan tersebut.


Namun kita kena akur, dalam kes-kes tertentu( yang mungkin jarang berlaku) terdapat peristiwa yang menyanggahi kelaziman dan menyalahi lumrah atau kebiasaan. Ya, menyalahi kelaziman kerana seseorang bapa yang kufur adakalanya ‘menghasilkan’ anak yang beriman seperti kes Nabi Ibrahim a.s. Menyanggahi lumrah dan kebiasaan, apabila terdapat anak yang kufur yang lahir dari zuriat insan yang soleh seperti dalam kes Nabi Nuh a.s. Itu kuasa Allah dan tidak perlu kita pertikaikan. Cuma, di sini saya berbicara tentang perkara yang bersifat lumrah, lazim dan kebiasaan.




Cerita 1

Ada cerita yang ingin saya kongsi. Cerita benar yang benar-benar terjadi. Cerita tentang maksiat yang kini dijadikan hobi oleh sesetengah muda-mudi. Juga cerita tentang ibu bapa yang merestui maksiat ini. Pernah seorang sahabat saya, juga seorang guru menegur pelajarnya yang baru berusia 16 tahun kerana sering berdua-duaan dengan teman lelaki. Bukan setakat berdua-duaan, malah pelajarnya itu, dilihat dan dilaporkan oleh banyak pihak telah pun berbuat serba serbi, di sana-sini dan begitu – begini. Tapi jawapan pelajarnya itu amat menarik untuk direnungi.

Kata pelajar tersebut, “Cikgu, walaupun mak saya hanya bersekolah sampai tingkatan dua, tapi mak saya sangat matang. Dia tak pernah halang saya bergaul dengan mana-mana jantan. Apa hak cikgu nak campuri urusan saya kat luar sekolah. Mak saya yang berusah payah mengandungkan saya pun tak bising-bising. Ni , cikgu yang takde kena mengena pulak nak bising” Dan daripada sumber yang didapati, mak gadis tersebut sememangnya baik hati, bukan setakat tidak menghalang anaknya di bawa keluar malam-malam oleh jantan, malah turut membenarkan jantan tersebut( yang merupakan teman lelaki anaknya itu) bermalam di rumahnya.


Cerita 2

Peristiwa gila yang kedua pula berlaku di sebuah sekolah(saya rahsiakan nama sekolahnya demi kebaikan semua pihak). Ibu dan bapa kepada seorang pelajar tingkatan satu telah dipanggil untuk dimaklumkan yang anaknya sudah bertaraf ‘kelapa ditebuk tupai’. Maka berkatalah si bapa yang gila itu “ Cikgu, saya dah lama tahu semua tu. Kalau cikgu nak tahu, kakak dia lagi teruk. Saya tak kisah cikgu, yang penting dia tak bunting.” Masya-Allah, inilah penyakit gila yang melanda segelintir ibu-bapa. Kepada rakan-rakan guru, jangan sesekali alpa, tugas kita hanyalah di sekolah. Kalau pelajar kita merompak atau membunuh, itu tugas polis untuk menyelesaikan. Kalau pelajar kita bersekedudukan, itu tugas pencegah maksiat. Tolong jangan masuk campur, nanti anda akan ‘ditembak’ oleh mak-bapak dan masyarakat.

Salah Siapa??

SEJUJURNYA! NAK salahkan ibu bapa seratus peratus pun tak boleh juga. Banyak juga faktor lain yang perlu diambil kira. Pernah dahulu, seorang artis wanita mengatakan para artis tidak boleh dijadikan ikon atau idola masyarakat. Maka melentinglah sesegelintir artis. Tetapi masyarakat tidak buta dan pekak dengan realiti semasa. Berpeluk-pelukan dah jadi ‘sunnah’ para artis. Lagi gila ‘sunnah’ ini direstui oleh media sebagai lumrah dan kebiasaan pasangan yang bercinta.

Pelik tapi realiti...

Artis /penyanyi lelaki yang langsung tak popular telah mencium pipi artis wanita yang masih lagi bergetah, atas alasan menganggapnya sebagai ciuman mesra dari seorang anak kepada ibu angkatnya. Lepas tu, artis perempuan yang baru nak mencipta nama berpelukan mesra dengan teman lelakinya ketika berbaris membeli tiket di sebuah pawagam. Bila ditanya, maka inilah jawapannya “ secara jujurnya saya juga ingin dibelai mesra seperti insan lain yang bercinta.”

Ada juga kes artis perempuan yang langsung tak dikenali, begitu asyik bermesra dengan seekor anjing. Lepas tu bila ditanya oleh wartawan, maka dengan bangganya dia mempertahankan perbuatannya. Meskipun isu anjing/ termasuklah babi masih khilaf antara ulama, namun dalam konteks Malaysia, amat tidak sesuai untuk bermesra dengan anjing. Dalam pancaindera hari ini pulak tentang seorang artis perempuan yang amat berbangga dengan darah Arabnya suatu ketika dahulu, telah bergambar hampir separuh bogel. Namun, berdasarkan jawapannya kepada wartawan, ternyata dia tak rasa bersalah malah berbangga dengan tindakannya itu. Lagi menghairankan, tidak bolehkah digubal satu enakmen untuk mendakwa artis yang tak bemoral ini ke mahkamah syariah atas alasan menghina agama apabila berkelakuan gila macam kera ini.

Zina berleluasa...

Kes penzinaan dan seterusnya melahirkan anak luar nikah juga tidak hanya berlaku dalam kalangan budak2 hingusan, malah golongan dewasa pun tidak terkecuali. Tidak salah rasanya, faktor kesukaran untuk mendirikan rumah tangga turut menjadi punca penzinaan. Jujur! hari ini terlalu sukar untuk berkahwin tetapi terlalu mudah untuk berzina. Semua pihak kena akui, hari ini pintu untuk pernikahan seolah-olah tertutup rapat tetapi pintu untuk perzinaan seakan-akan terbuka luas.

Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’

Kisah dari lelaki...

Dua hari yang lepas, ketika sedang minum di sebuah warung, pelbagai topik kami perkatakan. Dari topik politik yang kian menggila hinggalah ke topik kesukaran mendirikan rumah tangga. Seorang rakan saya yang agak berusia berkata “Kalau takde RM10 ribu sebagai wang hantaran, jangan harap nak pinang anak dara orang. Kalau takde RM30 ribu jangan mimpi nak nikah.” Seorang rakan yang masih muda, berusia 22 tahun bertanya sambil melawak “ Kalau RM 5 ribu tak cukup ke sebagai wang hantaran.” Lalu seorang lagi rakan saya yang berasal dari kuala kangsar dan pernah berkhidmat di perkampungan orang asli Lasah Sungai Siput menjawab, “ Kalau setakat RM5 ribu tu, nak pinang anak orang asli pun tak layak. Nanti orang asli akan jawab, Aku jual tupai dan kera pun dah lebih dari RM5 ribu sebulan.”
Lalu dinyatakan tentang perbelanjaan yang perlu agar walimah itu dianggap bermaruah dan dikagumi para hadirin. Antaranya, kelengkapan untuk persandingan mestilah hebat dan gah, Kugiran yang diundang pula mestilah boleh menyampaikan lagu dan bermain alat muzik dengan baik, kad undangan juga mestilah cantik dan kalau boleh mesti ada keunikkan yang tersendiri hinggakan dikenang oleh orang yang bertandang. Pendek kata, kena ada paling kurang RM30 ribu kalau nak kahwin.
Dalam asyik bersembang, saya terkenangkan kata-kata Datuk Seri (skrg Tan Seri) Harussani yang disiarkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 18.7.2003. Katanya “ Hantaran perkahwinan yang tinggi adalah punca ramai lelaki sukar kahwin.”

Fikirkanlah...

Cuba sahabat bayangkan. Pasangan muda yang baru bekerja( paling awal pun berusia 23 atau 24 tahun, kerana itu usianya bagi yang baru menamatkan pengajian di IPT. Dan itupun kalau terus dapat kerja kerana lumrahnya terpaksa menganggur terlebih dahulu) di manakah dia nak mencari wang sebegitu banyak. Bank Rakyatkan ada, mungkin itu jawapannya. Tapi jangan lupa dgn bayaran PTPTN, bayaran ansuran kereta dan macam2 lagi. Kalau pasangan yang lemah iman tetapi perkasa nafsu, pasti sahaja mereka terjerumus ke kancah penzinaan. Berzina kerana terpaksa lantaran perkahwinan yang sudah bersifat urus niaga. Perkahwinan yang diwajibkan “berjenama” dan mesti dikenang selagi hayat bersisa telah mengundang sengsara kepada pasangan muda. Maka berzinalah jawapannya. Berzina juga semakin mudah kerana pil perancang dan kondom ada dijual merata-rata dan di mana-mana.

Nukilan dari Shameel Iskandar
http://bicaradariaku.blogspot.com/

10 April 2010

PERINGATAN UNTUK SEMUA PENGGUNA FB KHUSUSNYA MUSLIMAT(DALAM SAJAK)

* COPY PASTE DALAM INTERNET : TERIMA KASIH YANG MENCIPTANYA.


Assalammualaikum
Khas untuk serikandi2 kesayanganku. ..

Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang soleh

p/s : puisi ini mmg sengaja di copy...
Wahai muslimah marilah mengambil iktibar,
jadilah muslimah sebenar,
jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.
sampaikanlah pada sahabat2 kalian
sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini

Terima Kasih kepada penulis puisi ini.

Semoga Allah memberkatimu. .

09 April 2010

.:intan:.

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,"beritahu pegawai itu lagi.
"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.

"Pah... oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya. "Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah. "Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai" cerita Pak Uwei
dengan wajah berseri-seri.

"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai." "Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan."

"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja." Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei. "Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok
kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.

"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.

"Tapi bang?... " "Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis. "Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada
ke tidak ke, sama aje. Balik ya?... ," balas Pak Uwei.

Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.

"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak uwei.

"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"

"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah." Intan cuba membuat abahnya faham.

"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!" "Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.

"Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!!"

Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.

Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.

"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara. "Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya. "Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz. "Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat- lewatnya minggu depan."

"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.

"Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya PakUwei melindungi kekecewaannya. "Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. "Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling Pada Balkis.

"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis. "Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman."

"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.

"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan. "Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.

Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya. "Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya."Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.

"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.

Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar. "Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?" "Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye." "Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.
"Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.

Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari. "Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api." "Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh
mencapai pinggan. "Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis.

Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca."Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.

Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. "Abah ni... ke situ pulak...." "Habis tu?" "Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni, resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti."Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya. "Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh
Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis.

Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima pemberian yang tak seberapa ini dari Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.

"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.

"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan."

"Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan..."ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. "Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," MakPah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran. "Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembiran bercampur hiba.

"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah. "Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?"

"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."

"Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu.

"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.

"Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga.
"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."
"Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.
Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.
"Mak... abah... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya
tanpa dapat menahan airmata menitis laju.

"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari
wajah Intan. "Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil
mencium tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" Tanya PakUwei terasa hampa.

"Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.

"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati." cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman yang sedang memandu.

"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu. "Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu, abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"

"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus, "ajak Azman menukar tajuk perbualan. "Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya. "Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. "Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah. "Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.
"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu. "Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya.

" Kenapa Az ... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan. "Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang. "Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah. "Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah tersedu sedan.

"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hariJumaat
mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak," cerita Muaz.

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."

Moral cerita ... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita bernyawa. Renung-renungkan. ...

http://haninasution.blogspot.com/

06 April 2010

~hikmah menangis~

MENANGIS....PERLUKAH MENANGIS..BILA DIBOLEHKAN MENANGIS.......ADAKAH TANGISAN ITU BOLEH DIPAKSA.......

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

01) Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
02) Menangis kerana rasa takut.
03) Menangis kerana cinta.
04) Menangis kerana gembira.
05) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
06) Menangis kerana terlalu sedih.
07) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
08) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
09) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda :-

Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a, saya di buat menangis atas 3 perkara jua :

1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. saya tidak tahu sama ada saya akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan, Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada
kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

surat dari seorang IBU

بسم الله الرحمن الرحيم

Anakku….
Ini surat dari ibu yang tersayat hatinya. Linangan air mata bertetesan deras menyertai tersusunnya tulisan ini. Aku lihat engkau lelaki yang gagah lagi matang. Bacalah surat ini. Dan kau boleh merobek-robeknya setelah itu, seperti saat engkau meremukkan kalbuku sebelumnya.

Sejak doktor mengabari tentang kehamilan, aku berbahagia. Ibu-ibu sangat memahami makna ini dengan baik.. Awal kegembiraan dan sekaligus perubahan psikis dan fizikal. Sembilan bulan aku mengandungmu. Seluruh aktiviti aku jalani dengan susah payah kerana kandunganku. Meski begitu, tidak mengurangi kebahagiaanku. Kesengsaraan yang tiada hentinya, bahkan kematian kulihat didepan mataku saat aku melahirkanmu. Jeritan tangismu meneteskan air mata kegembiraan kami.

Berikutnya, aku layaknya pelayan yang tidak pernah istirehat. Kepenatanku demi kesihatanmu. Kegelisahanku demi kebaikanmu. Harapanku hanya ingin melihat senyum sihatmu dan permintaanmu kepada Ibu untuk membuatkan sesuatu. Masa remaja pun engkau masuki. Kejantananmu semakin terlihat, Aku pun berikhtiar untuk mencarikan gadis yang akan mendampingi hidupmu. Kemudian tibalah saat engkau menikah. Hatiku sedih atas kepergianmu, namun aku tetap bahagia lantaran engkau menempuh hidup baru.

Seiring perjalanan waktu, aku merasa engkau bukan anakku yang dulu. Hak diriku telah terlupakan. Sudah sekian lama aku tidak bersua, meski melalui telepon. Ibu tidak menuntut macam-macam. Sebulan sekali, jadikanlah ibumu ini sebagai persinggahan, meski hanya beberapa minit saja untuk melihat anakku.

Ibu sekarang sudah sangat lemah. Punggung sudah membungkuk, gemetar sering melecut tubuh dan berbagai penyakit tak bosan-bosan singgah kepadaku. Ibu semakin susah melakukan gerakan.

Anakku…
Seandainya ada yang berbuat baik kepadamu, nescaya ibu akan berterima kasih kepadanya. Sementara Ibu telah sekian lama berbuat baik kepada dirimu. Manakah balasan dan terima kasihmu pada Ibu ? Apakah engkau sudah kehabisan rasa kasihmu pada Ibu ? Ibu bertanya-tanya, dosa apa yang menyebabkan dirimu enggan melihat dan mengunjungi Ibu ? Baiklah, anggap Ibu sebagai pembantu, mana upah Ibu selama ini ?

Anakku..
Ibu hanya ingin melihatmu saja. Lain tidak. Bila hatimu memelas dan luluh untuk wanita tua yang sudah lemah ini dan dirundung kerinduan, sekaligus duka dan kesedihan ? Ibu tidak tega untuk mengadukan keadaan ini kepada Dzat yang di atas sana. Ibu juga tidak akan menularkan kepedihan ini kepada orang lain. Sebab, ini akan menyeretmu kepada kedurhakaan. Musibah dan hukuman pun akan menimpamu di dunia ini sebelum di akhirat. Ibu tidak akan sampai hati melakukannya,

Anakku…
Walaupun bagaimanapun engkau masih buah hatiku, bunga kehidupan dan cahaya diriku…
Anakku…
Perjalanan tahun akan menumbuhkan uban di kepalamu. Dan balasan berasal dari jenis amalan yang dikerjakan. Nantinya, engkau akan menulis surat kepada keturunanmu dengan linangan air mata seperti yang Ibu alami. Di sisi Allah, kelak akan berhimpun sekian banyak orang-orang yang menggugat.

Anakku..
Takutlah engkau kepada Allah kerana kedurhakaanmu kepada Ibu. Sekalah air mataku, ringankanlah beban kesedihanku. Terserahlah kepadamu jika engkau ingin merobek-robek surat ini. Ketahuilah, “Barangsiapa beramal soleh maka itu buat dirinya sendiri. Dan orang yang berbuat jahat, maka itu (juga) menjadi tanggungannya sendiri”.

Anakku…
Ingatlah saat engkau berada di perut ibu. Ingat pula saat persalinan yang sangat menegangkan. Ibu merasa dalam keadaan hidup atau mati. Darah persalinan, itulah nyawa Ibu. Ingatlah saat engkau menyusui. Ingatlah belaian sayag dan kelelahan Ibu saat engkau sakit. Ingatlah ….. Ingatlah…. Kerana itu, Allah menegaskan dengan wasiat : “Wahai, Rabbku, sayangilah mereka berdua seperti mereka menyayangiku waktu aku kecil”.

Anakku…
Allah berfirman: “Dan dalam kisah-kisah mereka terdapat pelajaran bagi orang-orang berakal” [Yusuf : 111]
Pandanglah masa teladan dalam Islam, masa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam masih hidup, supaya engkau memperoleh potret bakti anak kepada orang tua.

KISAH TELADAN KEPADA ORANG TUA
Sahabat Abu Hurairah sempat gelisah kerana ibunya masih dalam jeratan kekufuran. Dalam shahih Muslim disebutkan, dari Abu Hurairah, ia bercerita.

Aku mendakwahi ibuku agar masuk Islam. Suatu hari aku mengajaknya untuk masuk Islam, tetapi dia malah mengeluarkan pernyataan tentang Nabi yang aku benci. Aku (pun) menemui Rasulullah dalam keadaan menangis. Aku mengadu.

“Wahai Rasulullah, aku telah memujuk ibuku untuk masuk Islam, namun dia menolakku. Hari ini, dia berkomentar tentang dirimu yang aku benci. Mohonlah kepada Allah supaya memberi hidayah ibu Abu Hurairah”. Rasulullah bersabda : “Ya, Allah. Tunjukilah ibu Abu Hurairah”. Aku keluar dengan hati riang kerana do’a Nabi. Ketika aku pulang dan mendekati pintu, maka ternyata pintu terbuka. Ibuku mendengar kakiku dan berkata : “Tetap di situ Abu Hurairah”. Aku mendengar kucuran air. Ibu-ku sedang mandi dan kemudian mengenakan pakaiannya serta menutup wajahnya, dan kemudian membuka pintu. Dan ia berkata : “Wahai, Abu Hurairah ! Asyhadu an Laa Ilaaha Illa Allah wa Asyhadu Anna Muhammadan Abduhu wa Rasuluhu”. Aku kembali ke tempat Rasulullah dengan menangis gembira. Aku berkata, “Wahai, Rasulullah, Bergembiralah. Allah telah mengabulkan do’amu dan menunjuki ibuku”. Maka beliau memuji Allah dan menyanjungNya serta berkomentar baik” [Hadits Riwayat Muslim]

Ibnu Umar pernah melihat lelaki menggendong ibunya dalam thawaf. Ia bertanya : “Apakah ini sudah melunasi jasanya (padaku) wahai Ibnu Umar?” Beliau menjawab : “Tidak, meski hanya satu jeritan kesakitan (saat persalinan)”.

Zainal Abidin, adalah seorang yang terkenal baktinya kepada ibu. Orang-orang keheranan kepadanya (dan berkata) : “Engkau adalah orang yang paling berbakti kepada ibu. Mengapa kami tidak pernah melihatmu makan berdua dengannya dalam satu talam”? Ia menjawab,”Aku khawatir tanganku mengambil sesuatu yang dilirik matanya, sehingga aku durhaka kepadanya”.

Sebelumnya, kisah yang lebih mengharukan terjadi pada diri Uwais Al-Qarni, orang yang sudah beriman pada masa Nabi, sudah berangan-angan untuk berhijrah ke Madinah untuk bertemu dengan Nabi. Namun perhatiannya kepada ibunya telah menunda tekadnya berhijrah. Ia ingin bisa meraih surga dan berteman dengan Nabi dengan baktinya kepada ibu, kendatipun harus kehilangan kemuliaan menjadi sahabat Beliau di dunia.

Dalam shahih Muslim, dari Usair bin Jabir, ia berkata : Bila rombongan dari Yaman datang, Umar bin Khaththab bertanya kepada mereka : “Apakah Uwais bin Amir bersama kalian ?” sampai akhirnya menemui Uwais. Umar bertanya, “Engkau Uwais bin Amir?” Ia menjawa,”Benar”. Umar bertanya, “Engkau dari Murad kemudian beralih ke Qarn?” Ia menjawab, “Benar”. Umar bertanya, “Engkau punya ibu?”. Ia menjawab, “Benar”. Umar (pun) mulai bercerita, “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Akan datang pada kalian Uwais bin Amir bersama rombongan penduduk Yaman yang berasal dari Murad dan kemudian dari Qarn. Ia pernah tertimpa lepra dan sembuh total, kecuali kulit yang sebesar logam dirham. Ia mempunyai ibu yang sangat dihormatinya. Seandainya ia bersumpah atas nama Allah, nescaya aku hormati sumpahnya. Mintalah ia beristighfar untukmu jika bertemu”.

(Umar berkata), “Tolong mintakan ampun (kepada Allah) untukku”. Maka ia memohonkan ampunan untukku. Umar bertanya, “Kemana engkau akan pergi?”. Ia menjawab, “Kufah”. Umar berkata, “Maukah engkau jika aku menulis (rekomendasi) untukmu ke gubernurnya (Kufah)?” Ia menjawab, “Aku lebih suka bersama orang yang tidak dikenal”.

Kisah lainnya tentang bakti kepada ibu, yaitu Abdullah bin Aun pernah memanggil ibunya dengan suara keras, maka ia memerdekakan dua budak sebagai tanda penyesalannya.

KISAH KEDURHAKAAN KEPADA ORANG TUA
Diceritakan ada lelaki yang sangat durhaka kepada sang ayah sampai tega menyeret ayahnya ke pintu depan untuk mengusirnya dari rumah. Sang ayah ini dikurnia anak yang lebih durhaka darinya. Anak itu menyeret bapaknya sampai kejalanan untuk mengusirnya dari rumahnya. Maka sang bapak berkata : “Cukup… Dulu aku hanya menyeret ayahku sampai pintu depan”. Sang anak menemplak : “Itulah balasanmu. Adapun tembahan ini sebagai sedekh dariku!”.

Kisah pedih lainnya, seorang Ibu yang mengisahkan kesedihannya : “Suatu hari istri anakku meminta suaminya (anakku) agar menempatkanku di ruangan yang terpisah, berada di luar rumah. Tanpa ragu-ragu, anakku menyetujuinya. Saat musim dingin yang sangat menusuk, aku berusaha masuk ke dalam rumah, tapi pintu-pintu terkunci rapat. Rasa dingin pun menusuk tubuhku. Kondisiku semakin buruk. Anakku ingin membawaku kesuatu tempat. Perkiraanku ke rumah sakit, tetapi ternyata ia mencampakkanku ke panti jompo. Dan setelah itu tidak pernah lagu menemuiku”

Sebagai penutup, kita harus memahami bahwa bakti kepada orang tua merupakan jalan lempang dan mulia yang mengantarkan seorang anak menuju syurga Allah. Sebaliknya, kedurhakaan kepada mereka, boleh menyeret sang anak menuju lembah kehinaan, neraka.

Hati-hatilah, durhaka kepada orang tua, dosanya besar dan balasannya menyakitkan. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : Akan terhina, akan terhina dan akan terhina!” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullahj, siapakah gerangan ?” Beliau bersabda, “Orang yang mendapati orang tuanya, atau salah satunya pada hari tuanya, namun ia (tetap) masuk neraka” [Hadits Riwayat Muslim]

[Diadaptasi dari Idatush Shabirin, oleh Abdullah bin Ibrahim Al-Qa’rawi dan Ilzam Rijlaha Fatsamma Al-Jannah, oleh Shalihj bin Rasyid Al-Huwaimil]

03 April 2010

Renovate Hati

Suatu hari yang suram, terdapat seorang pemuda yang mundar –mandir seperti mencari sesuatu yang dia sendiri tidak pasti apakah ia, akibat terlalu lama berkeadaan begitu, seorang pakcik yang sudah lama memerhatikan pemuda itu mendekati dan bertanyakan hal itu kepada pemuda itu.

“ Maafkan pak cik nak,dari tadi kamu ke sana ke sini,kamu cari sesuatukah? boleh pak cik bantu kamu?”

Tergamam pemuda itu kerana perbuatan nya di sedari orang.

“ Err...sebenarnya pak cik.....

“ Apa dia nak?? Bagitahu pak cik, pak cik tolong setakat mampu.

“Saya....saya....saya tak cari apa2 pun, cumanya saya sedang menderita pak cik!, hidup saya tidak tenang , terlalu banyak dosa yang saya lakukan...”. Kata pemuda itu sambil menangis teresak-esak.

ALLAHUAKHBAR! Nak.... sebenarnya tak terlambat untuk kamu bertaubat, ALLAH itu maha pengampun.

“ Tapi pak cik, dosa saya terlalu banyak....

“Nak....walau sebanyak mana pun dosa hambaNYA, tapi jika mereka bertaubat, nescaya ALLAH akan menerima taubat mereka. Kamu sungguh beruntung kerana ALLAH masih lagi memberi kesempatan untuk kamu bertaubat.”

Cerita di ats hanyalah rekaan semata2 walau hakikatnya ia terlalu reality dalam hidup manusia itu sendiri yang tak pernah lari dari kesilapan.

Hati yang di pandu oleh syaitan akan mudah terpengaruh dengan anasir2 yang tidak soleh. Di ibaratkan hati umpama gelas yang sudah terisi dengan air , jadi untuk mengisi air yang lain , kita terlebih dahulu perlu membuangkan air yang sudah sedia ada. Ini kerana jika terus sahaja menambah air yang lain, gelas itu akan menjadi penuh dan akhirnya air itu melimpah keluar.

Begitulah perumpamaan hati manusia, air yang sedia ada umpama karat-karat jahiliyyah yang perlu di buang terlebih dahulu sebelum di masukkan air yang baru ya'ni nilai-nilai islamiyyah. Mengapa keadaan sedemikian berlaku?? Ini kerana jika hati yang selalu bergelumang dengan dosa akan menjadi gelap jika tidak di sucikan dengan taubat sebenar-benar taubat kepada ALLAH s.w.t.

Suka untuk ana pinjamkan kata2 Saidina Umar r.a:

'Hisablah dirimu ,sebelum kamu dihisab'

Jadi alangkah baiknya jika kita bermuhasabah diri ats amalan2 yang telah di lakukan dalam kehidupan yang telah lepas. Ini kerana di akhirat nanti kita akan di tanya tentang waktu kita, ke mana ia di habiskan, adakah di jalan kebaikan atau sebaliknya.

Hati yang di pandu oleh ALLAH akan senantiasa tenang di atas segala yang ALLAH tetapkan. Tidak berputus asa ats kasih sayangNYA. Hati sebegitu juga akan mencuba untuk menjauhi perkara2 yang melaghokan seperti mana di dalam surah al-furqan ayat 72:

“ Dan apabila bertemu dengan perkara yang tidak memberikan faedah, mereka berlalu dengan menjaga kehormatan dirinya..”

Teringat ana pada kata2 ini :

“ Carilah hati mu sewaktu membaca Al-Quran, jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat, jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika, mengerjakan solat, jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak menjumpai juga, berdoalh kepada ALLAH , pinta hati yang baru..”

Salam permujahadahan, moga ALLAH memelihara hati yang ana yang lemah ini..
Wallahua’alam
sumber ~http://ibtisamsyarha.blogspot.com

02 April 2010

~untukmu IBU~

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………
” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.
-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign