farhana mohamad: April 2014

Pages

26 April 2014

Bantuan diperlukan. urgent



ALLAH....SEDIHNYA..INILAH GAMBAR WAJAH AHLI SYURGA YANG INSYAALLAH SEDANG MENUNGGU BONDA & AYAHANDANYA DI SYURGA..

Baru pulang dari menziarahi teman sepengajian saya semasa di Syria. Ustaz Firdaus Abd Latif dan isterinya Ustazah Raba'atulAdawiyah di DEMC sebentar tadi..Subhanallah!!...Besarnya ujian kalian..

Tengahari tadi selepas jumaat, pasangan bahagia menanti cahaya mata ini pulang dari kelas mereka di Al Madinah University Shah Alam dengan menaiki motosikal terlibat dengan kemalangan... MENYEBABKAN... mereka cedera teruk.. Suami baru sedar dari koma. Isteri masih lagi kritikal di ICU. Yang paling meyedihkan hentakan kuat menyebabkan bayi yang 7 bulan dalam kandungan terkeluar. ~ALLAH~..

Baru selesai operation. Terpaksa keluarkan baby..malangnya umurnya tak panjang..Ditambah lagi selepas operation satu lagi ujian besar menimpa mereka yang tak sanggup saya ceritakan disini..Bakal merubah hidup mereka suami isteri..Allah...Allah..

Ini anak kedua mereka yang dipanggil awal oleh Allah.Selepas anak pertama mereka dua tahun lepas yang meninggal selepas 8 bulan di dalam kandungan...Kini anak kedua mereka pula yang dipilih menunggu mereka di syurga..

Ujian yang besar buat hambaNya yang besar disisiNya..Saya membayangkan, saya sendiri rasanya bukan orang yang mampu menghadapinya jika saya berada di dalam "kasut"nya..

Saya MERAYU..MERAYU..MERAYU..buat teman2 yang pemurah dan mulia hatinya diluar sana..Kos pembedahan dan rawatan SANGAT MAHAL. Mencecah belasan ribu ringgit. Kedua-duanya masih belajar jurusan Usuluddin di MEDIU..

Boleh bank in kan terus ke akaun mereka

Mohd Firdaus B Abd Latif
Maybank : 1130 1530 7780
Bank Islam : 12038025657290

Raba'atul Adawiyah bt Ahmad@Yunus
Bank Islam : 13017020757056

Pesan Rasulullah SAW 
"Sesungguhnya Allah akan menolong hambaNya selagimana hambaNya itu menolong hamba yang lain"...

Subhanallah..Firdaus&Rabaah..Mujahid2 kalian insyaAllah sedang menunggu kalian di pintu syurga..Tabahlah wahai sahabat..

akaun mungkin telah diblock, untuk maklumat lanjut boleh contact kakak kepada mangsa.

Fon num : 0129013560 (Raidah Ahmad)
Email : Zulhimi@sriti.com.my


UPDATE!

UPDATE NO AKAUN UNTUK BANTUAN KEPADA UST FIRDAUS ABD LATIFF & USTAZAH RABA'AH

Oleh kerana masalah akaun Maybank Ust Firdaus telah diblock dan masih ramai lagi para dermawan yang simpati dan ingin menyumbang.

Alhamdulillah..setelah berbincang dengan presiden Yayasan Amal Malaysia. Pihak Yayasan Amal Malaysia bersetuju untuk membantu Ust Firdaus&Ustz Raba'ah dan menawarkan akaun Maybank Yayasan Amal untuk tujuan transaksi bantuan kepada 2 orang saudara kita ini.

Yayasan Amal Malaysia :-

(MAYBANK)
NO AKAUN : 553 010 122 090

(BANK ISLAM)
NO AKAUN : 130 530 100 03149

Harap teman2 yang ingin menyumbang dapat memasukkan ke dalam akaun tersebut dan InsyaAllah saya sendiri akan menyelia segala perjalanan bantuan ini insyaAllah.

Semoga Allah membalas jasa kalian dengan sebesar2 ganjaran...

Hari ini hari mereka..Mana tau esok hari kita insyaAllah akan ada orang yang membantu...

24 April 2014

antara minat dan permintaan ibubapa

setiap orang ada minat masing2, dan ada target sendiri dalam kerjaya. apa skop pekerjaan untuk bidang pengajian yang diambil. nak jadi apa lepas ni. pekerjaan tu sesuai tak dengan kelulusan kita, bidang kita. tapi kadang2 impian yang kita nak sangat tu terhalang dengan permintaan ibubapa.

contohnya macam ni, korang belajar bidang syariah. bidang yang korang belajar ni melayakkan korang untuk menjadi lawyer syarie ataupun hakim syarie dan banyak lagi. kenapa aku bagi contoh lawyer syarie ataupun hakim syarie, sebabnya most orang fikir itulah pekerjaan yang selalu dikaitkan dengan bidang syariah.

sejak dari kecil lagi, korang memang dah pasang impian nak jadi lawyer. then, dapat further study dalam bidang yang memang kena dengan minat korang. elok je dah habis belajar, tiba2 ibubapa korang menyuarakan hasrat supaya korang pilih kerjaya lain. 

agak2 apa tindakan korang? teruskan minat korang ataupun tunaikan permintaan ibubapa? 

personally, aku memilih untuk tunaikan permintaan ibubapa. walaupun hati korang dah hancur sebab tak dapat apa yang dicitakan, just be positive. ketepikan perasaan korang dulu, letaklah harapan ibubapa di atas. rezeki Allah itu luas. InsyaAllah, ada rezeki korang dalam kerjaya lain. siapa tahu mungkin ada rezeki untuk jadi editor syariah atau pegawai syariah atau macam2 lagi. banyak lagi prospek kerjaya yang sesuai dengan bidang tu. 

adalah satu kebahagiaan bagi aku kalau aku dapat bahagiakan ibubapa. walaupun hati dah retak seribu, hati tu kembali bercantum bila dapat penuhi hajat ibubapa. kena ingat, Redha Allah terletak pada Redha ibubapa. dalam hadis nabi s.a.w mafhumnya menyebut, redha Allah bergantung pada redha ibubapa, dan murka Allah bergantung pada murka ibubapa. 


taruk tepi dulu cita2 korang, jom kita gapai redha Allah. hebat mana sekalipun kita, kita bukan siapa2 kalau hati ibubapa terguris. insyaAllah, ada rezeki lain menanti. sentiasa solat dhuha. peace!

20 April 2014

muhasabah diri

Allahuakbar...  T_T


Imam Muda Fakhrul yang mula2 up gambar ni. serius. bila tengok je gambar ni, terus mengalir airmata aku. sayunya hati bila tengok insan yang kita sanjung, penuh zuhud solat di muka pintu masjid. masjid beliau sendiri, Masjid Pulau Melaka.

aku sangat menyanjungi Tok Guru Nik Aziz. ada ceritanya tersendiri, arwah atok aku dulu selalu bercerita pasal TGNA. bila aku up gambar ni dalam group whatsapp, ada yang cakap aku cuba nak bercakap pasal politik. dah kamu fikir pasal politik, politik je la dalam minda kamu. cuba fikir luar kotak, taruk tepi dulu pasal politik kejap.

cuba kamu risik2 dari orang sekeliling macam mana perilaku TGNA, baru kamu akan faham maksud aku. korang nampak tak apa yang aku nampak? TGNA dah tersangat uzur. tapi tetap gagahkan jugak diri dia ke masjid setiap kali solat lima waktu. kalau TGNA tak ke masjid, itu tandanya TGNA tak sihat. dalam gambar tu, berkemungkinan TGNA lewat ke masjid, sebab tu beliau solat kat depan pintu. 

 cuba muhasabah diri kita balik. 
kita yang muda belia ni, ada ke masjid?? 
yang tengah sihat walafiat, yang masih mampu untuk berjalan, 
yang masih ada kudrat, ada tak kita ke masjid? 
dalam sehari ada tak ke masjid? 
tak payah cakap kat orang, aku tuju diri aku sendiri. 
ke sana ke sini laju je, nak ke masjid punya la payah.
hinanya diri aku kalau nak dibandingkan dengan beliau. itu baru bab ke masjid, belum lagi bab ilmu agama, belum lagi dari segi akhlak. jauh gila beza aku dengan dia. hinanya diri aku. setiap pagi jumaat, beliau tetap gagahkan diri jugak ke Dataran Ilmu.

Ya Allah, tolong panjangkan umur beliau. kami masih perlukan beliau.

#prayforTGNA#beliasayangulama'

11 April 2014

kuatkan semangatmu sayang


Mohamad Umar Al-Khattab bin Rozaidi


baby umar (3 bulan) dilahirkan tidak cukup bulan. merupakan anak ketiga pasangan Pn. Zuraidah bte Abu Bakar dan  En. Rozaidi bin Mohamed. baby umar disahkan menderita penyakit post hygic hydrocephalus on vp shunt, recurrent nosocomial sepsis dan bilateral ingrinal hernia. beliau terpaksa bergantung kepada tiub saluran seumur hidupnya.  


baby umar juga telah menjalani pembedahan sebanyak 2 kali untuk mengeluarkan air di dalam kepalanya. insyaAllah, pada 23/4/2014 baby umar akan menjalani satu lagi pembedahan untuk penyakit "hernia".


bagi yang berminat untuk membantu si kecil umar bolehlah hubungi Bella di talian 0129998002 untuk membeli sambil menderma. hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung baby umar.
untuk mengetahui perkembangan baby umar, anda boleh follow instagram baby_umar atau melalui fb Umar perlukan sokongan dan doa anda.


sebarang pertanyaan boleh hubungi terus ibu baby umar, 
pn zuraidah: 013-3302569
mohon bantuan untuk baby umar,  
164098503964 - zuraidah bte abu bakar (maybank)
164687041563 - rozaidi bin mohamed (maybank)

p/s: jom sama2 salurkan bantuan buat baby umar. sumbanglah ikut kemampuan kita, walaupun sedikit ia sangat membantu. hari ni kita tolong orang, esok lusa orang tolong kita. 
jom amalkan sikap menderma! 
selitkan juga doa buat umar dalam solatmu.
#prayforumar


09 April 2014

nikmat apa lagi yang kau dustakan

ke pasaraya petang tadi, dari dalam kereta aku nampak seorang pakcik tertunduk2 dan ditangannya ada satu plastik. memakai baju kemeja yang dah agak pudar warnanya. kelihatan teragak-agak nak masuk pasaraya. mungkin pakcik ni peminta sedekah, aku fikir. disebabkan nak cepat, terus aku masuk ke dalam pasaraya. abaikan dulu pakcik tu, dengan harapan bila keluar nanti dia masih ada kat situ.

tengah pusing2 dalam pasaraya, aku ternampak kelibat seseorang. owhh, pakcik tadi rupanya. sama macam diluar tadi, dia tertunduk2 dan sedang memegang plastik. dari jauh aku perhatikan, duduk di satu sudut untuk tengok apa yang pakcik tu sedang buat.

sentap!
Ya Allah. pakcik tu tengah kira duet dia.
duet syiling!
dia keluarkan satu plastik, tuang syiling ke dalam tapak tangan. sayup2 aku dengar dia mengira.

"seringgit. seringgit dua puluh sen. seringgit tujuh puluh sen."

AllahuAkbar. mata aku basah tiba2.

pastu dia keluarkan pulak plastik kedua dari kocek. duet syiling jugak. sambung mengira.

entah apa agaknya yang pakcik tu nak beli. cukup ke tidak duetnya. siapa lagi yang ada di rumah dia, cukup ke makan minum pakai diaorang. berharap untuk jumpa pakcik tu lagi.


p/s: heyyy, kau tak bersyukur lagi ke. masuk pasaraya pun takde kira2 duet sebab kau tahu duet kau cukup untuk beli barang. kadang kadang kalau nak beli barang, cari yang mahal, kualiti tinggi, nak yang semua tiptop. sedarlah sikit, masih ada yang kurang bernasib baik dari kita semua. nak beli barang tak berkualiti pun belum tentu cukup duet. kau bertuah Allah dah bagi nikmat kesenangan untuk kau. tapi itu pun tak abes2 mulut kau duk merungut itu ini. sekurang2 nya kau dapat rasa nikmat kesenangan tu.

Ust Badlishah, "kalau ikutkan hati kita, macam2 yang kita nak. tapi kita tak mungkin dapat semua yang kita nak tu. sekiranya kita tak dapat apa yang kita inginkan, maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada."

03 April 2014

speechless

dapat forward mesej dari kawan.
pulak dah.
speechless.
istighfar kejap.
apa nak jadi dengan Malaysia ni.
ini ke antara program2 untuk tahun Melawat Malaysia?
sedih. confirm ramai muda-mudi sebaya dengan aku akan ikut serta.
Ya Allah, jauhkan aku dari benda2 macam ni.


-------------------------------------------------------------------------------------------
##### original post #######

ORIGINAL POST : THE LIBRARY @ SKUDAI (Bukit Indah): 5th April (SAT) MEDIAVINES presents THE POOL PARTY! Yes, Mediavines is bringing this party BACK to JB and we are putting 2 SWIMMING POOLS inside THE LIBRARY! It will be the craziest night that you'll never forget!

Ladies who come in BEACHWEAR get FREE CHAMPAGNE (before 12am)! Guys, you are welcome to show up in beach wear and sandals! Tons of prizes to be WON! No cover charge and great promotions available!!

THE LIBRARY @ SKUDAI, Giant Hypermarket, Lot G13-15, 1 Jalan Bestari 7/2, Taman Nusa Bestari, 81300 Skudai, Johor Bahru, Johor. Tel: 07 236 1163
-------------------------------------------------------------------------------------------

sudah pasti gambar yang disertakan untuk promosi ni tidak menepati shariah compliance.
then, i have to removed!

bertebaran rupanya iklan pasal pool party ni.
tak cukup menginsafi lagi ke tragedi fmfa 2014 lepas?

tepuk dada, tanya iman.
kalau hati anda masih tersentuh sensitiviti mengenai pool party ni,
percayalah masih ada iman di hati anda.
mohon pihak berkenaan jalankan siasatan.

p/s: alhamdulillah. Brunei dah kuatkuasakan hukum hudud di sana mulai 1 April 2014. waiting for Malaysia. maybe one fine day if the government agreed to applied hudud in Malaysia.

sanah helwah Qhaliff Iman!

Muhammad Qhaliff Iman officially 2 tahun. sanah helwah adik comey. anak bigboss kami kelab blogger ben ashaari pantai timur.  :)


Qhaliff, meh nak bagitau sikit. 

Qhaliff, nanti dah besar jangan lupakan daddy dan ibu ye. 
jadi anak yang soleh, abang yang boleh menjaga adik2.

Qhaliff, daddy amek keputusan berhenti kerja tau semata2 nak jaga keluarga Qhaliff.
nak buat yang terbaik untuk keluarga Qhaliff.
daddy dan ibu sama2 jaga Qhaliff semenjak Qhaliff lahir.

Qhaliff, perasan tak banyak gambar Qhaliff yang daddy snap?
gambar duckface mu yang menjadi pujaan ramai, 
gambar ragammu yang pelbagai. 
katanya nanti Qhaliff boleh tengok balik semua gambar2 tu. 
sampai macam tu sekali tau daddy simpan memori bersamamu.
semuanya kenangan bersamamu. 

Qhaliff, sebagai anak sulung, sebagai anak lelaki, tanggungjawab qhaliff sangat berat.  
walau Qhaliff dah kahwin nanti pun, jangan dilupakan tanggungjawab Qhaliff.
pikul amanah ni walaupun berat.  

Qhaliff, disaat kamu belum mengerti apa2,
daddy banyak menyimpan kenangan bersamamu.
kerenahmu dalam genggaman daddymu.
nanti bila dah besar, rakamlah pula setiap detik peluangmu bersama daddy dan ibu.
jangan dilupakan walau satu detik pun saat bersama mereka.
kutiplah sebanyak mungkin memori bersama ibubapamu.

Qhaliff, ramai yang sayangkan Qhaliff. Jaga dirimu baik2 adik. 
Jaga agamamu, jaga ibubapamu, jaga adik beradikmu, lunaskan tanggungjawabmu. 


p/s: kek birthday dari kak nina cybercake. siyes sangat awesome!

gambaq: ben ashaari
-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign