Assalamualaikum wbt.
Lama betul rasanya tak tekan keyboard. taip, luah, selami perasaan. Sebelum ni everything aku coret kat sini, supaya semua peristiwa yang terjadi akan aku ingat dan simpannya sebagai memori aku.
Ibu,
Ummi,
Mama,
Mak,
semua orang pun ada mak kan?
kalau takde mak, kita pun takde didunia ni. :)
aku?
umi aku dah meninggal. :)
perit rasanya nak hadap perasaan tu.
perit berganda sebab kehilangan pakcik dan arwah umi serentak.
dan ianya makin berganda apabila aku terpaksa menghadap kehilangan umi dalam keadaan aku menunggu hari untuk bersalin. dia insan yang paling tak sabar menanti kelahiran anak ketiga aku.
emosi aku? berbaur-baur. berkecamuk.
selepas adik aku bersalin, dia guna khidmat confinement lady sewaktu dalam pantang.
umi tanya aku, "na, nanti lepas bersalin nak minta siapa urutkan?"
aku balas, "na nak makcik yang sebelum ni. dia urut sedap. klu orang lain urut tak rasa sangat."
umi, "umi rasa ambil la confinement lady macam Ah ambil ni. ok jugak. umi tak sempat dah nak tengok na lepas ni".
"takpe umi. na taknak. bersalin auni dan anis pun tak macam bersalin bukannya reti duk diam. hari kedua bersalin pun dah masuk dapur."
aku balas tanpa rasa pelik pun kata-kata umi tu. dalam fikiran aku, betul la umi tak sempat nak tengok, nak jaga aku lepas bersalin. maklum la, adik aku pun ada di kampung baru lepas bersalin, auni, anis, firash lagi. mana la sempat umi nak tengok aku. cucu-cucu pun tengah aktif.
dari awal umi dah bagi tanda. tapi aku langsung tak perasan. cuma tak tahu kenapa, perbualan ni asyik terngiang-ngiang di telinga aku. sehinggalah dihari aku kehilangannya, baru aku faham maksud kata-katanya.
kenapa awal sangat umi tinggalkan kami??
na belum bersalin pun lagi ketika itu..bukan ke umi cakap nak tengok cucu lelaki umi?
T_T
Allahuakbar..sabar yer. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hama-Nya yang beriman aamiin
ReplyDelete