Assalamualaikum wbt
"Rambut
adalah mahkota setiap wanita"
haa. kan. aku pasti semua pernah dengar pepatah ni. Rambut sememangnya mahkota wanita. Sebab tu la orang perempuan ni kena pandai jaga dan belai rambut. Tapi, yang lebih utama kenapa dikatakan rambut adalah mahkota wanita kerana rambut ataupun bahagian kepala adalah part of body yang wajib ditutup, bukanlah untuk ditayang pada umum.
Apabila bertudung, lain pula cara penjagaannya. Padang kadang rambut tengah basah pun kita sarungkan tudung. Penjagaan rapi perlu dititikberatkan supaya rambut kekal segar, sihat dan menawan. Macam yang aku tengah alami sekarang ni, bila ada anak kecil dan anak pula dah start menyembur, maka berguguran rambut aku. kadang rasa seram je nak sikat rambut.
so apa yang aku buat, aku cari syampu yang bersesuaian dengan wanita bertudung. ye, aku guna Safi Shayla. Memang dah lama guna SAFI Shayla iaitu satu rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda . Dah banyak botol aku beli. Tapi sekarang ni, Safi Shayla diinovasikan dalam bentuk comel pula, Safi Shayla Pek Fleksi. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, sudah pasti aku sangat menitik beratkan sesuatu perkara sebelum membeli. Sesuatu yang murah dan menjimatkan menjadi pilihan aku. Jimat dan murah tetapi mempunyai kualiti yang sama dengan yang mahal. Serius sangat comel dan yang pasti sangat mudah dibawa ke mana-mana.
Kata Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman, " Safi Shayla sebagau teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mydah guna buat semua wanita. Dengan Safi Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat." Dalam erti kata lain, hanya dengan satu syampu, kita para pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan berbeza.
Untuk pengetahuan korang juga, warna
dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi masih dikekalkan sama dengan format asal SAFI
Shayla dalam bentuk botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk
mencari produk ini. Safi Shayla Pek Fleksi yang hanya bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa
kemana sahaja.
Produk
ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper
utama pada harga hanya RM14.65. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari pautan Safi seperti dibawah:-
Facebook:
Instagram:
YouTube:
No comments:
Post a Comment