farhana mohamad: boleh tak kalau ibu tak kerja?

Pages

30 September 2014

boleh tak kalau ibu tak kerja?



Assalamualaikum wbt.


Tadi, saya berkesempatan menemani anak makan tengahari di kantin sekolahnya sebelum bermulanya kelas agama di sebelah petang. Sementara menunggu si anak makan, saya berbual dengan beberapa orang temannya.

Saya bertanya kepada salah seorang kawan anak saya sama ada dia akan pulang ke kampung untuk berhari raya. Katanya kali ini dia beraya di rumah sendiri dengan bapa dan adik-beradiknya kerana ibunya akan ke luar negara pada malam raya kerana bertugas.

Saya tanya lagi sama ada dia ok dengan ketiadaan ibu di hari raya. Dia merenung wajah saya tanpa berkelip. Mencuka wajahnya. Saya cuba senyum, tetapi dia tidak membalasnya. Ketika saya baru hendak memujuknya, saya lihat birai matanya sudah berair, diseka pula dengan tapak tangan yang kecil...

Sungguh saya rasa amat bersalah. Saya peluk anak kecil itu kuat-kuat. Saya pujuk dengan mengatakan saudara maranya pasti akan datang menziarah. Dia terus teresak-esak, saya sapu matanya yang basah dan membetulkan tudungnya.

Tiba-tiba dia berbicara: '...tidak bolehkah jika semua ibu tidak bekerja? Bukankah ibu yang lahirkan anak-anak? Jagalah anak-anak dengan baik...jangan tinggalkan kami sesuka hati...biarlah ayah-ayah yang pergi, bukan ibu-ibu...saya nak ibu saya jadi macam aunty, sebab aunty tak kerja, boleh datang sekolah tengok saya...'

Tanpa sedar, pipi saya juga turut basah. Ya Allah! Dengan sapaan yang seminit itu aku insaf dengan teguranMu melalui anak ini!

cerita di atas perkongsian dari madam kesayangan aku, madam nik salida suhaila. ataupun ada yang panggil ustazah nik salida suhaila. bila baca cerita ni, aku sebak. tak tahu nak cakap macam mana. bila anak kecil tiba-tiba bersuara macam tu.

jujurnya, aku pun macam tu jugak time kecil2 dulu. abah kerja di terengganu, jadi semua tugas rumah mahupun urusan anak-anak kebanyakannya umi yang buat. bila abah balik, abah akan ambil alih tugas tu. umi aku pun bekerja jugak di bandar kota bharu. tak jauh sangat kiranya dengan sekolah aku.

abang2 aku sekolah berdekatan rumah. nenek ngan atuk yang akan tengok2 kan diaorang sebelum umi aku balik ke rumah. disebabkan jarak usia antara aku dan abang2 jauh, aku dengan adik2 dihantar ke sekolah swasta di kota bharu. jarak dari rumah ke kota bharu kira2 setengah jam jugak la. habis sekolah pukul 2.30 petang, aku kena stay kat sekolah dengan pakcik aku. owhh ye, pakcik aku mengajar kat sekolah tu. dari pukul 2.30 petang aku stay kat sekolah sampai pukul 5, sampai umi aku habis kerja. mandi dan buat homework siap2 kat sekolah, dalam bilik pakcik aku. kadang2 duk main dengan sepupu2 aku.

bila habis waktu sekolah, pukul 2.30 petang tu aku tengok kawan2 semua balik ke rumah masing2. mak diaorang datang ambil, kadang si ayah yang ambil. dalam hati aku, bestnya kalau umi dan abah dapat ambil aku sharp lepas habis sekolah. kiranya tak payah tunggu sampai pukul 5. jeles kot tengok habis je sekolah mak ayah terus datang ambil. kan best kalau umi aku pun macam tu jugak. umi tak payah kerja, biar la abah je kerja. balik rumah awal boleh tengok cartoon. -kekdahnya. tu tujuan asal nak balik awal-

tapi tu dulu. zaman budak2. zaman takleh fikir panjang lagi. and now, aku tahu kenapa si ibu kena turut sama bekerja. dengan kos sara hidup yang makin tinggi, mana mungkin si ibu tak bekerja melainkan kalau si ayah benar-benar mampu untuk tanggung keluarga sendiri. bukan anak2 je, nak tanggung mak ayah lagi. kalau adik2 masih kecil, nak kena tanggung adik2 lagi. besarnya tanggungjawab insan bergelar ayah. kalau ikutkan kata hati, aku percaya ramai ibu-ibu sebolehnya nak duk rumah. tengok anak-anak membesar, memadai buat kerja rumah je. 






16 comments:

  1. pernah terdetik juga masa kecil dlu :(

    btw, farhana di tag :)

    http://www.schanazri.com/2014/09/paris-souvenirs-giveaway-by-jindrisska.html

    ReplyDelete
  2. sebak bace bile anak kecik boleh utarakan soalan mcm tu..

    ReplyDelete
  3. Sayu baca perkongsian Farhana nie...

    ReplyDelete
  4. Sebab dada bila baca artikel nie..thnks for sharing

    ReplyDelete
  5. sedih pula membacanya walaupun pada awalnya tak berminat sebab tulisan kecik tapi cerita ni buat Acik gigih membacanya

    jemput join
    http://acikwatie.blogspot.com/2014/10/giveaway-birthday-you-alls.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik ke acik?
      Alamak. Tak pernah plak org komen.
      Tq kak inform. :)
      Nanti sy besarkan ehh

      Delete
  6. salam..

    wana tag awak ya,
    http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/10/giveaway-pertama-sitisab.html

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Farhana.. Jalan2 hari sabtu.. Tersesat ke sini.. Follow terus! #269.. Hehe... Memang sedih bila anak sendiri cakap macam tu.. Nampak sangat dia lonely tanpa perhatian yang penuh dari parents.. Oh, btw salam kenal ye.. ^^,
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  8. Nanti sy balas kunjungan ke sana ye. :)

    ReplyDelete
  9. saya pun membesar dengan mak ayah yang bekerja tahu macam mana kita kena uruskan banyak perkara sendiri.. Tapi tak pernah sedetik pun nak salahkan mak & ayah... sebab kita tahu kita bukan orang senang. adik beradik ramai.. kalau mak tak kerja bantu ayah.. mungkin ada antara kita yang tercicir dari pelajaran.

    ReplyDelete
  10. alaaah T.T alaaa budak kecik tapi still boleh luahkan perasaan macam tu sekali. alaaa.. CT ni anak tunggal and memang berkepit ngan mak ayah saja. time uni dulu memang hari hari kena call and if they didnt pick up akan rasa resah dah. itu kita yang dewasa.. ni apatah lagi anak kecik..

    ReplyDelete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign