farhana mohamad: di sebalik tangis sebatang tamar

Pages

08 May 2014

di sebalik tangis sebatang tamar


Assalamualaikum wbt.

ada kenalan yang pm aku di fb minta ceritakan pasal lagu yang aku pernah post dulu. Tangis sebatang tamar dari Daqmie. meh aku share sikit cerita pasal pokok tamar tu. ilmu aku pun tak banyak, aku share setakat yang aku tahu je la ehh. 

Di zaman Rasulullah saw, Rasulullah saw selalu bersandar pada sebatang pohon tamar tempat baginda selalu berkhutbah.

Satu hari sahabat mendirikan satu mimbar baru yang dibuat dengan tiga anak tangga. Ketika Rasulullah saw berkhutbah, kedengaran satu tangisan yang sangat kuat. Pada asalnya hadirin tak sedar bunyi tangisan tu. Semua sahabat mencari-cari dari mana datang suara tangisan tersebut yang teramat sedih dan kuat. Rupa-rupanya tangisan tu datang dari pohon tamar yang dulunya selalu Rasulullah saw berkhutbah.

Rasulullah saw telah menggosok dan memujuk pohon tamar tersebut dan bertanya sebab kesedihannya. Batang tamar itu sedih apabila ia tidak digunakan lagi kerana seorang sahabat baginda telah menggantikannya dengan sebatang kayu yang baharu untuk kegunaan Rasulullah saw.

Bagi meredakan keadaan, batang tamar diberi pilihan sama ada ingin hidup di dunia atau dihidupkan dalam syurga. then, batang tamar tu memilih dan didoakan oleh Rasulullah saw untuk dihidupkan dalan syurga kerana beliau tidak sanggup kehilangan Rasulullah saw.

Allah..Allah..Allah..

Apa ertinya hidup kita di dunia tanpa digunakan untuk agama, tanpa dapat bersama Nabi saw, tapi ingin dihidupkan dalam syurga Allah.

Ya Allah maafkan kami, kami tidak pernah menangis bila sunnah Nabi saw telah terkubur dan hilang dari ummah ini.

Sebatang pohon tamar menangis. 
Saat kewafatan Rasulullah saw, baginda masih menangis untuk umat.
yess! untuk kita!
tapi kita tak menangis dalam kerinduan kepada Rasulullah saw.
entah pernah terdetik atau tak dalam hati kita rindukan Rasulullah saw.


Jom selawat, sebarkan selawat, ajak orang lain berselawat.    :)
اللهم صل على سيدنا محمد و على آل سيدنا محمد

1 comment:

  1. Alhamdulillah, thanks for sharing! tgh dgr lagu ni and then wondering the meaning behind it as maksud tamar pun I don't get :D

    ReplyDelete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign