farhana mohamad: sekilas fmfa2014

Pages

19 March 2014

sekilas fmfa2014

terkedu kejap aku bila tengok frontpage satu paper.
beberapa anak muda meninggal dunia dalam sambutan konsert tu. meninggal disebabkan pengambilan dadah yang berlebihan. pada awalnya, aku sangkakan konsert biasa ala2 jom heboh. erkk, rupanya satu konsert besar. 

FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA 2014. aku tak tahu langsung kewujudan konsert ni dan tak tahu apa jenis konsert ni. aku sedih bila melihatkan ramai anak2 muda yang terbabit dalam konsert ni. yess, sebaya aku je usia rata2 anak muda ni. 

madam kesayangan aku up status pasal isu ni. 
"na, apa pendapat you pasal kejadian fmfa2014?"

"pendapat saya? siapalah saya untuk bagi pendapat pasal kejadian tu madam. just two things yang saya rasa,  sedih dan malu. itu je madam."

"kenapa you perlu rasa sedih? I percaya takde pun family you yang join konsert tu." madam senyum.

"mungkin betul takde family saya yang join konsert tu. tapi saya sedih dan malu bila benda ni melibatkan orang islam, saudara seislam saya walaupun takde pertalian darah. lagi sedih bila saya tengok mangsa2 tu meninggal dalam keadaan agak mengaibkan. gambar dan nama mereka terpampang di semua paper, laman2 sosial. dikritik, dikutuk, dicaci oleh mereka2 yang masih lagi bernyawa. semoga Allah melindungi saya dari semua yang mengaibkan tu. jauh disudut hati saya, saya dambakan husnul khatimah"

madam senyum lagi. "betul na, sebab tu Allah cakap, 'la taqrabu zina', jangan menghampiri zina. zina ni banyak jenis, zina mata, zina hati. anak2 I masih kecik. kalau la zaman sekarang pun dunia dah macam2, I tak tahu la zaman anak2 I dah besar nanti macam mana. kalau tak silap I, akan ada lagi satu konsert "Life in Color" akan dibuat di Sepang International Circuit, KL anjuran Zouk. Budaya gila ini semakin menjadi-jadi. Konsert-konsert ini bukan sekadar muzik, tetapi datang terus dengan pakej dadah, seks dan arak. yang paling I geram, penganjur boleh salahkan penonton yang bawa masuk dadah dan arak semasa konsert. siap nak haramkan kemasukan dua items ni dalam anjuran konsert akan datang. hangin betul I dengar. sepatutnya, konsert ni pun kerajaan dah haramkan terus! bukan takat haramkan dadah dan arak je. makin rosaklah anak2 muda nanti."

"haa kan. madam yang dah ada anak pun risau dengan anak2 madam. apatah lagi saya yang belum kawen ni. sebab tu saya cakap kat madam, saya takut nak kawen. hehehe. madam pulak asyik duk push saya suruh kawen. saya risau kot la nanti saya tak mampu jaga anak2 saya dengan baik. madam faham la kan dengan masalah sosialnya sekarang. aishh, takut saya tau." seloroh dengan madam jap sambil senyum kambing.

"ala, you takut nak kawen lepas duk mahkamah. hari2 ngadap kes cerai, tu yang you fobia sangat nak kawen. I ada calon untuk you. you nak kenal tak?"

p/s: dushhh3. kena sebijik dengan madam. cakap la isu apa sekali pun, ends up pasal kawen jugak jadi topiknya.   

7 comments:

  1. Betul soalan madam Ana tu..bila Ana nak kawen..tak sbr K.Ma nak mkn nasi minyak ni ;-) ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala. next question pliz. =P
      hehe. insyaAllah, kak ma. akan tiba hari dan detik tu nanti. nanti ana jemput geng kbba pantai timur k. :)
      doakn yang terbaik utk sy kak.

      Delete
    2. Sure..InsyaAllah..gadis yg baik utk lelaki yg baik ;-)

      Delete
  2. akak yg duduk berdekatan dkt stadium tu pun tak tau lansung psl konsert tu..
    huhuhuhu..
    memang malu & sedih bila sedara seislam kita ramai yang meramaikan konsert tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu.
      tau2 selepas kejadian. sebelum tu xtau pun psal konsert.

      Delete
  3. hebatnya konsert ni.... hebahan secaghe senyap.. tapi crowd nye...... ramai gile.... cuba benda2 berkaitan agama...kalo bagi imbuhan pun siap tolak takmo pegi....... moga2 kita tak termasuk dalam golongan yang lalai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.
      kita yang masih hidup perlu amek iktibar dari kejadian ni. semoga Allah redha

      Delete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign