seriously, aku tak tahu kenapa. setiap kali dapat berita ada sahabat2 yang bakal menunaikan umrah,
aku tersangatlah jeles!
yess. sangat jeles. jeles mereka dapat jejak kaki ke sana.
alhamdulillah, pada march 2013 aku dan family berpeluang menjadi tetamu Allah s.w.t.
betul apa orang cakap, bila korang dah pernah ke sana, korang memang akan rindu nak ke sana balik. rindu nak ke masjid, rindu nak minum air zam zam sepuas-puas hati, rindu nak laungkan lafaz talbiah, rindu nak tawaf kaabah, rindu nak saei dan semua aktiviti2 kat sana. terus terang aku cakap, terasa sangat tenang kat sana. memang langsung takde fikir pasal urusan2 kerja yang bertimbun kat malaysia. kerdilnya rasa diri aku bila memandang kiblatku.
Ya Allah, izinkan aku menjadi tetamu-Mu lagi.
aku ingin berada dekat dengan Rasulullah s.a.w.
Alhamdulillah..seronoknya..cita2 kami sekeluarga juga..InsyaAllah..
ReplyDeleteinsyaAllah. ada rezeki akak ke sana nnt. lambat atau cepat je. keep on praying kak :)
Delete