farhana mohamad: MINYAK NAIK : Mahasiswa Disaran Berbasikal ke Kampus (EP 1)

Pages

07 December 2010

MINYAK NAIK : Mahasiswa Disaran Berbasikal ke Kampus (EP 1)

salam mujahadah..kenaikan minyak oleh kerajaan baru2 ni menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai especially student. berikut adalah luahan hati seorang pelajar U***~


Kenaikan minyak secara mendadak yang diumumkan oleh kerajaan memberi impak negatif kepada ekonomi rakyat khususnya mahasiswa. Berbekalkan pinjaman MARA, PTPTN dan Bantuan zakat U*** pada setiap sem tidak memungkinkan mahasiswa untuk menjalani hidup seperti biasa. Kerana seperti sedia maklum, kedai-kedai makan dan runcit di sekitar U*** mulai menaikkan harga makanan dan barangan asasi. Justeru di sini mahasiwa diberi jalan alternatif untuk mengubah gaya hidup masing-masing.


Setiap hari, mahasiswa U*** antara pengguna kenderaan bemotor terbanyak. Apatah lagi kolej kediaman yang berada di luar kampus menggalakkan penggunaan kenderaan bermotor pada kebanyakan mahasiswa. Ditambah dengan masalah pengangkutan bas yang tidak mesra pelanggan. Driver bas yang “poyo” dan perasan hebat sungguh menyakitkan hati para mahasiswa setiap kali menaiki bas ke kampus.


Selepas berita kenaikan minyak, belanja untuk isi minyak setiap pelajar bertambah dengan mendadak. Jika setiap hari pelajar hanya mengeluarkan RM3 untuk pergi balik ke kampus. Kini ia meningkat kepada RM 4 dan RM 5. Apatah lagi jika kenderaan berkapasiti besar seperti Waja, Wira dan Honda. Malahan penunggang Honda Wave 125, EX5 dan Yamaha 135 LC juga mengalami nasib serupa dengan kenaikan harga minyak. Penghuni Camelia dan Sutera Indah pasti menggeleng kepala memikirkan hal ini.


Maka solusinya, kenderaan kecil seperti basikal adalah alternatif terbaik bagi menghilangkan beban kenaikan minyak. Tidak perlu lagi fikirkan untuk belanja isi minyak dan bayaran ansuran kenderaan. Hanya naik dan tunggang terus ke kampus. Justeru galakan untuk mahasiswa menjalani gaya hidup yang sihat pasti tercapai dengan budaya baru ini. Mahasiwa pastinya akan cergas dan berstamina tinggi dengan amalan berbasikal setiap hari ke kampus. Inilah masanya kita meniru gaya hidup orang Jepun dan Korea yang suka berbasikal ke tempat belajar.


Saya cadangkan orang yang mula-mula menjayakan budaya berbasikal ini adalah ayahanda kita Prof Mat dan Tok Asin. Pastinya mahasiswa bergembira jika kedua ayahanda kita merasmikan acara berbasikal di dalam kampus. Saya yakin sokongan pihak atasan bakal diteladani oleh mahasiswa lain. Sedang tersenyum memikirkan cadangan ini.


Agak-agaknya larat ke mahasiswa nak naik bukit ke Canselori dengan basikal ye???? Hik.hik.hik.. –MAHASISWA SEDAR


P/S : Dianjurkan Pegawai berpangkat tinggi memotong elaun pengangkutan kenderaan masing-masing untuk diinfakkan ke dalam akaun kebajikan mahasiswa. Kaya mahasiswa lepas ni.


oleh: mahasiswa sedar

1 comment:

  1. senget~
    tau da spe punyer keje nih...hysss

    ReplyDelete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign