farhana mohamad: ~shortsemku~

Pages

27 June 2010

~shortsemku~

Salam mujahadah..agak lama kiranya ana x mengupdate blog lantaran kesibukan tugas ana sebagai seorang pelajar. Sibuk ke..?? hehe. .sibuk sangat sampaikan tak tau nak buat apa time weekend ;D

Post kali ni agak mengarut dan yang penting da macam diari sikit2. la baksa, dis is my blog! =P (classmate ana time tamhidi dulu selalu cakap camni, “la baksa, walakin bakso laziz jiddan”. Tiba2 teringat kt dia pula, dia akan balik Malaysia akhir bulan ni setelah hampir 2 tahun berada diperantauan)

Back to the topic please cik nuna!!

jangan mengarut.. dushh3…

Terlalu banyak sangat benda nk citer sampaikan tak tahu nak citer apa. Ok, ana start dengan pengalaman ana pada hari pertama di kolej kediaman baru. Selesai final sem 2, ana dan kawan2 terpaksa berpindah ke kolej kediaman baru, ada juga kawan2 ana yang mula menetap di rumah sewa lantaran ditendang keluar dari kolej kediaman (ana juga tergolong dalam golongan ni, bulan 7 ana akan masuk rumah sewa. Huhhh..kena tendang tu..dasyat betul).

Banyak barang nak kena packing, time mula2 masuk kolej kediaman dulu juz 2 beg. Sekarang ni berdouble2 dacker pula. Setelah selesai aktiviti mempacking barang, ana dan cik fiea mengangkut barang2 kami turun ke bawah untuk dibawa ke kolej kediaman baru kami. Penat juga angkut barang sorang2 ni, time masuk dulu ada family T_T. Sepupu ana, abang rashidi tawarkan diri nak tolong ana, tapi ana tolak. Segan la nak terima pertolongan dari dia, sepanjang ana belajar kat sini, da banyak kali dia tolang ana. Kali ni biar ana berdikari pula.

Bile bus da sampai, kami masukkan barang2 kami ke dalam perut bus. Ana dan cik fiea hampir tertidur dalam bus coz kepenatan even jarak dari nilam court ke kolej kediaman baru bukannya jauh sangat.

Yeahhh..da sampai! (kena angkut barang lagi…aduyaii)

Akhirnya sampai juga kt kolej kediaman baru kami.. itu dia.. SUTERA INDAH (Indahkah..?? terfikir sejenak..)

Misi kami diteruskan lagi..tiba2 ana ternampak kelibat seseorang. Yeahh! Itu dia..Abang rashidi tersenyum melihat ana sedang menjalankan misi (bukannya nak tolong pun..bagus betul pakcik tu sorang)

Selesai meletakkan barang2 dalam kawasan kolej kediaman, ana segera pergi mendaftar. “saya bukan penduduk tetap kat sini” kerani pejabat tersenyum mendengar kata2 ana. Dia memahami maksud kata2 ana =P

Urm~ ana dapat rumah A-3-7. “Alhamdulillah,dapat rumah tingkat 3. sama macam kat nilam court dulu” ana bermonolog lagi. Ana memilih untuk tidak tinggal bersama kawan2 ana. Jangan salah faham pula, ana bukannya mengasingkan diri dari dieorang tapi ana nak rasa environment baru. Nak juga kenal kawan2 kos lain. Huhuhu..

Da sampai tingkat 3..tapi kenapa kat dinding tulis tingkat 2..? ohhh tidak..rupa2 nya tingkat 1 bermula dari tingkat 2. Bahagian bawah sekali adalah ground floor. Rumah ana ibarat tingkat 4. Ana redha..huhuhu…

Itu dia A-3-7!! Rumahku! Assalamualaikum! Tiada suara yang menjawab tapi ana tahu ada makhluk Allah yang lain menjawab salam ana. Ana orang pertama sampai rupa2nya. MasyaAllah!! Ini rumah ke kapal pecah..??? mengucap panjang ana tengok rumah baru ana. Tunggang langgang, kotor dan macam2 lagi. Tak tahu nak cakap macam mana, cuma terfikir macam mana dieorang hidup dalam rumah ni.

Ana butakan mata ana lalu terus ulang-alik dari atas ke bawah sebanyak 3 kali untuk mengangkut barang2 ana. Setelah ana pasti kesemua barang2 da dibawa masuk ke dalam rumah, ana terus mencari penyapu. Buka stoking, pakai selipar then amek penyapu. Bermula dari bilik ana, next bilik sebelah lastly bilik kat dapur lak.

Next mission, kemaskan loker! Aduyaii..banyaknya barang2 peningggalan.. baju melayu, t-shirt, kain pelikat dan macam2 lagi. Penat ana kali ni, ingatkan dapat keindahan tapi kehampaan yang ana dapat. Sampah yang ditinggalkan ex-tuan rumah ni pun da berulat. Tapi ada satu benda yang betul2 buat ana terkejut. Keadaan rumah yang tunggang langgang tak sama dengan keadaan toilet. Toilet amat bersih sekali cuma ada la sehelai baju dan kain pelikat yang dieorang tinggalkan. Memang ana x sangka sangat2. Toilet bersih tapi rumah macam kapal pecah!

Kedengaran orang memberi salam dari luar. Kenalan baru pun masuk, itu la roommate ana. Kak hani dan kak ila namanya. Merupakan pelajar tahun akhir FEM dan kedua2 nya orang besut. Urm~ senang sikit bagiku, x perlu cakap luar dengan dieorang. Kami ditakdirkan bertiga dalam main room..

Tidak lama kemudian, Aisyah dan Shila memasuki rumah. Kedua2 nya student FKP, amek kaunseling. Aisyah berasal dari Pahang manakala Shila berasal dari Johor.

Lastly, Alia memasuki rumah. Alia adalah sahabat satu kuliah ana. kami juga pernah ditakdirkan berada didalam kelas yang sama pada sem 1.

malam itu, kami tidur awal lantaran kepenatan dan kelas kami juga seawal jam 9 pagi untuk keesokkan hari.

::stay tuned::

No comments:

Post a Comment

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign