farhana mohamad: Embun Hidayah

Pages

15 March 2010

Embun Hidayah

Menjelang Maghrib, seorang warga emas terbongkok2 dgn tongkatnya menuju ke masjid. Beberapa kali dia hampir terjatuh.. tetapi sempat dikawal menggunakan tongkatnya. Berhampiran di pintu masjid,
warga emas tersebut tersadung sehingga tubuhnya terhuyung-hayang ke depan. 'untunglah' seorang pemuda yang kebetulan berada disitu sempat memegang bahu warga emas tersebut sehingga dia tidak jatuh. kemudiannya, pemuda tersebut membawa warga emas tersebut sampai ke pintu masjid.

Selesai solat, warga emas tadi baru menyedari bahawa pemuda yang membantunya sebentar tadi tidak turut solat berjemaah. Dilihatnya pemuda tersebut duduk termenung di pintu masjid tanpa melakukan apa2 pun. "wahai pemuda, kamu sudah membantuku menuju ke masjid, tetapi mengapa kamu sendiri tidak solat?" tanya warga emas sambil menghampiri pemuda itu. "saya tidak mungkin solat pakcik... saya anak iblis.."

warga emas tersebut t'peranjat, tetapi dia masih mencuba bertanya, "kalau kamu anak iblis, kenapa kamu b'usaha menolongku ketika aku hampir jatuh?". "Ayahku sudah lama perhatikanmu. Ia sgt marah kerana setiap kali kamu t'huyung-hayang... dilihatnya dosa-dosamu berguguran. Ketika kamu
hampir jatuh, ayahku takut dosamu akan habis sama sekali,sehingga disuruhnya aku membantumu berjalan menuju ke masjid"...

hayatilah...

No comments:

Post a Comment

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign