Assalamualaikum wbt.
Kawan aku Afifah tengah sakit bertarung nak melahirkan seorang bakal pemimpin. Hanya aku sahabat yang mengetahui tentang kehamilan dia. Setelah banyak hari sakit, keluar masuk hospital, mungkin hari ni masanya the lil one nak keluar. 36 minggu dah turun darah dengan bukaan 1cm, agak awal bagi aku. Aku dulu pun melahirkan auni pada 37 minggu kehamilan. Baru teringat, rupanya aku tak cerita lagi pengalaman aku sendiri melahirkan auni.
Edd aku sepatutnya 29 Mei 2016. Tapi pagi isnin, 9 Mei tengah khusyuk layan whatsapp group, tiba-tiba aku rasa something keluar. Terus cek cepat-cepat.
Turun darah!
Sepanjang mengandung, ini pertama kalinya aku turun darah. Gabra semacam rasanya. Terus tanya umi, umi pun tak tahu nak cakap apa sebab umi tak pernah alami macam ni.
Aku ambil inisiatif untuk call klinik kesihatan tempat aku rutin cek setiap bulan. Misi minta aku terus ke hospital memandangkan aku dah dalam edah untuk bersalin. Dah masuk 37 minggu bermaksud kelahiran akan terjadi bila-bila masa.
Then call la suami yang baru 30 minit je sampai office. Terkejut, tergamam, kenaling kot sampai bekal yang aku sediakan dia tinggal je kat office rushing balik rumah. Sampai rumah dengan muka blurr je aku tengok. Nak tergelak pun ada tapi perasaan masa tu bercampur baur terfikir baby kat dalam. Dalam kepala ni duk fikir baby ok ke tak, sebab aku tak rasa sangat pergerakan baby. Dan yang sebenarnya, aku tak siap packing pun lagi. Aku langsung tak packing barang aku walaupun misi tu pesan 7 bulan dah kena stand by barang dalam kereta. Kalut la ehh duk packing segala bagai.
Settle packing kami ke hospital. Umi tunggu kat rumah memandangkan anak saudara aku ada kat rumah. Umi baru je sampai kelantan 2 hari lepas dan bawa balik firash sekali. Sampai hospital, kami ke pendaftaran dan staff kat situ dah pesan awal-awal bagitahu untuk request doktor perempuan. Di fail aku pun dia dah highlight request doktor perempuan. Siap daftar, aku kena masuk dalam untuk prosedur cek kandungan. Terkejut aku, ramainya la ibu-ibu mengandung tengah tunggu turn. yang ni air ketuban leaking, yang ni diabetes, yang ni darah tinggi, yang ni nak kena induced. seram mak nak!
Cek degupan jantung baby, cek jalan semua ok! degupan baby ok, jalan pun belum bukak. *yang paling scary, bendalah yang sumbat untuk cek jalan tu patah. patah masa doktor tengah cek aku.nangis tak berlagu aku kat situ.
lama juga ye satu-satu prosedur. Dari pagi sampai kul 4 petang baru selesai. Siap scan baby aku tanya doktor boleh balik tak memandangkan jalan pun tak buka lagi, dan baby pun ok je. HO tu cakap boleh balik! oiii happy rasanya. Dah plan macam-macam nak ajak suami g situ sini sebelum bersalin, nak makan itu ini sebelum pantang. Tiba-tiba misi cakap, "ehh, awak tak boleh balik lagi. kena tunggu doktor pakar cek sebab awak dah turun darah ni walaupun takde bukaan lagi". Agak-agak apa perasaan aku? meleleh air mata kat situ jugak.
Dengan muka sememeh aku maklumkan dekat suami kena tunggu doktor pakar dulu. Tadi excited sangat bagitahu dah boleh balik. Sedih kau! Then datang la doktor pakar cek aku dan jawapan dia, "ok, awak warded terus ye walaupun jalan tak buka lagi. risiko kepada awak kalau terjadi apa-apa dekat rumah nanti ataupun dalam perjalanan nanti. kalau dekat sini kami boleh jaga awak". Teriak la hati aku! dengan airmata yang takmo keluar, aku maklum dekat suami kena warded dah lepas ni. maka terkejut la suami aku sebab plan asalnya aku nak bersalin di klinik swasta. Tapi kita hanya mampu merancang.
Aku dibawa ke wad 25 iaitu wad yang penuh dengan ibu-ibu mengandung. ehh sayu pula hati aku! touching pula dah nak beranak ni. Suami belikan aku makanan, dan aku request nak milo ais. hahaha. Last minum ais sebelum start pantang. Haru aku rasa nak masuk wad tu. Dengan takde siapa teman aku. Suami tak boleh masuk nak tunggu aku. Umi kat rumah jaga firash. Adik, kakak ipar semua duk jauh. Teriak la aku malam tu. Dalam hati ni masih duk doa, minta boleh keluar esok. Banyak lagi benda aku nak makan ni.haha. Mandi, pakai baju hospital, ambil wudhu, solat dengan bertemankan sorang akak ni. Akak ni kena masukkan belon kat bawah. Lupa pula aku apa sebabnya.
Lepas isya' bagitahu la akak tu rasa macam senggugut la kak. Soalan budak-budak aku tanya dekat akak tu, "kenapa rasa macam ni kak? takkan nak beranak kot. awal lagi ni saya kalau nak beranak pun". Tergelak akak tu. Dan dia cakap berdasarkan pengalaman dia sebelum ni, rasa senggugut tu memang dah tanda nak beranak. Gulp! Tak ready lagi mak oiiii
Lepas isya' call umi borak-borak dengan umi dan bagitahu juga rasa macam senggugut tu. umi cakap kalau dah rasa senggugut tu dah tak lama la tu. Lagi seram pula bila umi cakap macam tu, sama dengan apa yang akak tu bagitahu. Sambil layan perasaan tu duk la whatsapp dengan suami. Ngadu sakit macam senggugut, pastu bagitahu apa yang umi cakap tu. Terkejut suami, katanya takkan awal sangat. Suami aku tunggu dalam kereta, nak tidur dalam kereta katanya. Aku minta dia balik walaupun dalam hati kalau boleh taknak dia balik, nak dia ada sebelah, nak borak dengan dia, nak dia picit belakang. Aku minta dia balik dan datang pagi esok je sambil bawak barang baby. Ya, aku tahu dia penat.
Kul 12 tengah malam, aku dah mula gelisah. kejap kejap tengok jam. ok, aku dah sakit 10 minit sekali. Berdasarkan apa yang dibaca, 10 minit sekali tu bermakna lambat lagi nak beranak. Tak lena aku tidur. Contraction datang, aku pusing kiri kanan. Akak tu tanya dah sakit ke. Dengan muka duk tahan sakit aku jawab "sakit juga ye kak contraction ni". Kul 4 pagi, rasa sakit tu makin kuat.Whatsapp suami cakap sakit, tapi tak berbalas. ok, letih sangat tu tak sedar whatsapp masuk. Tengok jam lg, masih lagi dengan kiraan 10 minit sekali sakit. Kebetulan ada misi datang cek tekanan darah, aku minta dia cek jalan. Sampai subuh sudahnya misi tak datang cek jalan aku. Gelisah tak usah cakap la macam mana. berguling-guling atas katil tu haa. Subuh tu suami aku reply whatsapp "sakit dah nak beranak ke? tunggu la dulu. jangan beranak lagi". Aku tak tahu nak sedih ke nak gelak baca whatsapp tu.
Kul 7.30 pagi doktor tukar shift. Katil sebelah HO lelaki tengah cek, risau aku kot nya kejap lagi doktor lelaki tu jugak yang cek aku. Kebetulan aku nampak HO perempuan, terus minta dia cek jalan. Alhamdulillah, dia terus ambil alatan dan cek aku. Bukaan dah 4cm. Whatsapp suami dan keluarga bagitahu jalan dah buka. Maka kelam kabut la suami aku. Dia ada dekat luar wad, tak boleh masuk. Suami buat alasan konon nak hantar barang dan makanan, so dapat la masuk jap. Belum pun sampai katil, misi lain bagitahu letak je barang lepas tu keluar sebab doktor pakar nak round wad. Sempat la ngadu jap cakap sakit. Aku gagahkan diri makan roti gardenia tu sekeping dan 3 biji tamar. Siap makan doktor pakar round wad dan datang la mengadap aku bersama beberapa orang HO. Aku tengah sakit, dan aku dijadikan bahan untuk HO tu terangkan kepada pakar. Tanya aku itu ini. Ko rasa apa aku buat? aku tak endah dah diorang depan aku, aku berguling pusing kiri kanan. Then doktor pakar tu minta HO cek contraction aku, kuat katanya. Seminit lepas tu, doktor pakar cakap "you ambil ubat tahan sakit kasi dekat patient ni". aku di inject dan terus tak sedar apa-apa.
Kul 10.45 aku tersedar, suami kejutkan. Dia terkejut tengok aku tidur. Tengok phone, lebih 10 kali call, whatsapp pun tak reply, patut la dia redah masuk. Tak sempat habis cakap, contraction datang. Aku minta suami panggilkan misi cek jalan sebab aku rasa macam nak meneran dah. terkocoh-kocoh misi dan HO datang cek aku. bukaan 8cm. Dengan kelam kabut aku ditolak ke labour room. Banyak benda berlaku dalam labour room. HO cucuk tangan aku merata tempat, tapi tak masuk elok. kiri kanan berjarum. Dan sebenarnya, aku masih lali sepanjang dalam labour room tu.
Tepat jam 2.20 petang, Alhamdulillah, keluarlah insan yang aku tunggu selama 9 bulan. Alhamdulillah normal walaupun hampir di vacum.
Auni Faqihah binti Aizuddin Hariri
10 Mei 2016
2.20 pm
2.7 kg
gegirl