farhana mohamad: March 2015

Pages

24 March 2015

punca blog terabai


Haaaa
iya iya 
aku tahu blog dah lama terabai.
blog sendiri terabai apatah lagi nak terjah blog orang.


ini salah satu punca!


Doakan semua urusan aku dipermudahkan 
sehingga semuanya selesai.

alhamdulillah,
 setakat ni semuanya dipermudahkan Allah.

Geng2 mak jemah bising minta aku cerita disebalik tabir ni. Nanti2 la ye. 
InsyaAllah aku akan ceritakan nanti.






P/s: doakan aku jadi isteri dan ibu yang baik kepada suami dan anak2 aku kelak. Bilamana kita cuba hindarkan diri dari sesuatu larangan Allah, maka Allah akan permudahkan semua urusan kita. Yang penting jaga hubungan kita dengan yang lain. Pelihara diri kita dengan yang lain, dan Dia akan pelihara diri kita.


12 March 2015

happy belated birthday to me!



Busy. Tak sempat ngadap blog.
 Blog sendiri terabai apatah lagi nak blogwalking blog lain.
 Maaf semua.
 InsyaAllah, akan tetap langsaikan hutang piutang terjah blog.

Actually birthday dah lepas pun beberapa hari lalu.
 7 Mac lalu maka genaplah 25 tahun.
 Terasa diri makin tua.
cepat masa bergerak,
rasa macam baru je habis spm hari tu.

Setiap kali ulangtahun kelahiran, 
aku tak tahu macam mana nak zahirkan perasaan tu. 
patut ke aku happy?
 Ke aku sebenarnya sedih?

50-50.

happy sebab masih diberikan ruang
 untuk bernafas dalam dunia ni. 
Happy masih diberi peluang tatap wajah umi abah.
 Happy masih mampu melihat senyuman umi abah,
 sakit demam orang tua aku.

 Pada masa sama, aku turut rasa sedih.
 Sedih bila fikir balik.
 sepanjang 25 tahun ni,
 apa yang aku dah buat untuk islam. 
Sejauh mana aku cuba memelihara dan mempertahankan islam. 
Aku ikut ke tak apa yang Allah suruh, apa yang Allah larang.

ketika aku sedang drive di hari kelahiran aku, 
menuju ke suatu destinasi,
aku melalui satu tanah perkuburan.
ramai orang.
kelihatan seperti ada orang meninggal.
aku perlahankan kereta,
off music,
seperti kebiasaan yang dilakukan bila melihat satu kematian.
selekoh hadapan kelihatan ramai orang
 sedang berjalan menuju ke kubur.
dan aku nampak keranda yang sedang dipikul 
oleh sanak saudara arwah mungkin. 
Bila melihatkan pada keranda tu, 
seperti ada sesuatu yang tusuk hati aku.
aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku ketika tu. 





Hanya satu yang aku fikir,
andai aku insan yang berada dalam keranda tu.
-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign